Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia
boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa
yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang
lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik,
ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut
kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi
mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis.
Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan)
sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. Pengeluaran atau rembesan
asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan
dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid
hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi
lemah).
Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku
kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. Jika
orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu
banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin
menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Simptom
- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
- Rasa senak, berangin atau pedih
- Rasa tidak selesa
- Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
- Rasa mual (loya) dan muntah
- Hilang selera makan
- Berat badan turun (pada peringkat teruk)
- Najis menjadi hitam seperti tar
- Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa Yang Berisiko?
Umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik
dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti
:
- Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
- Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
- Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
Rawatan
- Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
- Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
- Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya
membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2
minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4
hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut
(endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit
mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.
Ubah Gaya Hidup
- Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
- Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
- Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
- Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
- Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
- Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
- Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
- Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut ke
Tiada ulasan:
Catat Ulasan