Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 6 Julai 2011

KONSEP IMPULSE



Impuls merupakan ledakan hasil daripada tindakbalas daya dan masa. Tindakbalas di antara daya dan masa yang melampau di mana daya yang bertindakbalas menunjukkan perubahan kelajuan terhadap masa. Ini diikuti pertambahan sama ada pada magnitud daya atau pada masa melampau atau pada kedua-duanya sekali. Pertambahan pada kelajuan berubah mengikut masa. Impulse merupakan hasil ledakkan daya dan masa yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam dalam sukan olahraga terutama ketika ingin membuat pecutan maksima.

Dalam beberapa acara sukan seperti badminton, golf, bola sepak, rugby dan sebagainya, kita memukul atau menyepak bola untuk menukarkan momentumnya. Newton mencadangkan bahawa daya yang diperlukan untuk menukar momentum sesuatu objek dihitung dengan persamaan:

F = pertukaran momentum
 masa


F = mv - mu
   t


F = daya
m = jisim bola
v = halaju akhir
u = halaju awal
t = masa yang diambil untuk momentum bertukar

Kalau disusun semula kita mendapati bahawa ft =mv-mu. Ini bermaksud bahawa saiz pertukaran momentum adalah bergantung kepada hasil darab f dan t.

Impulse = Daya X Masa

Sekiranya kita inginkan impulse daya yang lebih besar, maka kita perlu memberi perhatian rapi kepada: Saiz daya yang dikenakan atau digunakan (misalnya berapa kuat kayu golf dihayunkan); Tempoh sentuhan kepala kayu golf dengan bola. (semakin panjang tempoh sentuhan t semakin banyak momentum yang boleh dialihkan, dan semakin tinggi impulse yang dikenakan terhadap bola golf.

Menumpukan hanya terhadap kekuatan hayunan kayu golf sahaja tidak mencukupi dan pemain perlu memanjangkan tempoh sentuhan pada bola iaitu meningkatkan tempoh t. Impulse merupakan faktor kekencangan pukulan. Oleh itu pastikan masa sentuhan t itu di panjang sedikit dalam pukulan dengan memanjangkan jarak hayunan. Jika seorang pelontar peluru, ia perlu memanjangkan jarak perjalanan perluru untuk menambahkan masa.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...