Kecergasan adalah keupayaan untuk hidup dalam keadaan seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial serta berkeupayaan melakukan kerja-kerja harian tanpa mudah berasa letih dan lesu dan dapat melakukan aktiviti riadah dan bertindak jika berlaku kecemasan.
Kepentingan kecergasan ialah:
- Membentuk keperbadian, kepimpinan dan disiplin diri
- Membantu melibatkan di dalam aktiviti sosial dengan lebih cergas dan bersemangat
- Meningkatkan kesedaran individu terhadap diri, masyarakat dan negara
- Membantu mengawal emosi
- Mencapai kehidupan yang sehat dan cerdas
Kecergasan terbahagi kepada 5 kompenan utama:
- Kecergasan Fizikal - Keupayaan individu berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran.
- Kecergasan mental - Membolehkan individu berfikir secara rasional dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup
- Kecergasan Sosial - Keupayan individu untuk bergaul denganorang lain bagi mewujudkan perhubungan yang sihat
- Kecergasan Emosi - Keupauaan untuk menghadapi masalah harian dan membentuk system nilai
- Kecergasan Rohani - Dapat menafaatkan masa lapang dengan berfaedah; mempunyai kepercayaan beragama; meningkatkan perasaan kendiri dan dapat menghadapi sebarang kecemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan