Diperkenalkan di Sweden oleh Gosta Holmer 1940. Fartlek bermaksud kepelbagaian kelajuan atau speed paly. Dalam latihan ini atlet boleh berlari, berjalan, jogging dan berlari semula.
Latihan ini terbahagi kepada dua jenis: fartlek bebas – satu bentuk disiplin diri dimana atlet bebas menentukan jarak dan kelajuan sendiri dengan melakukan pelbagai aktiviti. Jurulatih hanya menerangkan aktiviti yang perlu dilakukan serta aktiviti selingan pada setiap jeda pertukaran aktiviti. Boleh dijalankan di kawasan berbukit; fartlek terkawal – bergantung kepada arahan jurulatih dan dilakukan di balapan, trek atau padang yang rata. Tempoh masa ditetapkan oleh jurulatih mengikut keupayaan dan kecerdasan jurulatih.
Konsep fartlek - meningkatkan DTK; meningkatkan DTO khususnya otot kaki dan tangan; mengekalkan kecergasan fizikal atlet.
Matlamat fartlek – meningkatkan tahap kecergasan terutama DTK; Meningkatkan DTO, kelenturan dan kekuatan; menghindarkan rasa bosan; membentuk disiplin diri.
Prinsif fartlek – menyediakan program latihan; menentukan intensity latihan; mempelbagaikan latihan yang berulang; latihan harus dijalan secara prograsif; kesan latihan perlu dispesifikasikan.
Kebaikan fartlek – memenuhi keperluan dari segi intensity, ulangan, kekerapan dan rehat; perubahan dan fasa larian akan melambatkan keletihan; tidak menjemukan; membentuk disiplin yang kuat kepada atlet; objektif DTO dicapai dalam jangka masa singkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan