Prinsip latihan boleh ditakrifkan sebagai perkara yang harus diikuti oleh setiap atlet dan jurulatih. Prinsip latihan perlu dijalankan secara sistematik dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Antara prosedur yang perlu diamalkan semasa prinsip latihan ialah:
(a) Prestasi atlet
(b) Penemuan dalam bidang-bidang sains sokongan
(c) Pertandingan
(d) Pengetahuan dan persenoliti jurulatih
(e) Kemudahan dan peralatan
(f) Kebolehan atlet – genetik/warisan baka dan motivasi
Prinsip latihan fizikal merangkumi prinsip-prinsip berikut:
Prinsip Tambah Beban
Latihan bebanan melibatkan latihan rintangan yang progresif dengan berulang-ulang
untuk mendapatkan pergerakan, kuasa, daya tahan otot, kelembutan dan kekuatan.
Tiga pembolehubah dalam latihan ini ialah:
untuk mendapatkan pergerakan, kuasa, daya tahan otot, kelembutan dan kekuatan.
Tiga pembolehubah dalam latihan ini ialah:
- Intensiti
- Jangkamasa
- Frekuensi
Prinsip Perbezaan Individu
Setiap individu unik dan bertindak balas secara berlainan terhadap latihan. Oleh itu sesuatu program harus diubahsuai mengikut perbezaan individu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi latihan terhadap individu: Genetik/baka; kematangan fizikal/ mental; pemakanan; tahap kecergasan fizikal
Prinsip Pengkhususan
Individu atau atlet diberikan latihan yang lebih khusus pada kemahiran-kemahiran yang
sesuai dengan cara yang disertai selari dengan keperluan objektif yang hendak dicapai.
sesuai dengan cara yang disertai selari dengan keperluan objektif yang hendak dicapai.
Prinsip Kebolehbalikan
Seseorang atlet perlu menjalani latihan secara berterusan untuk mengelakkan penurunan tahap kecergasannya. Jika latihan tidak dilakukan untuk jangka masa yang lama selepas sesi latihan, tahap kecergasan individu itu akan kembali ke paras pralatihan. Lazimnya prestasi fizikal akan menurun jika latihan tidak dilakukan lebih daripada 3 hari (72 jam).
Prinsip kepelbagaian
Untuk mengelakkan kebosanan semasa menjalani latihan, aktiviti-aktiviti perlu
dipelbagaikan.Contohnya, latihan yang berat seharusnya diikuti dengan rehat atau
aktiviti yang ringan dan santai.
dipelbagaikan.Contohnya, latihan yang berat seharusnya diikuti dengan rehat atau
aktiviti yang ringan dan santai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan