Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 6 Mei 2011

TIDAK CUBA MEROKOK


Merokok atau tidak merokok?????  Inilah soalan yang jarang kita tanya pada diri sendiri, atau orang sekeliling yang suka mengamalkan tabiat membunuh diri ini, tetapi ......mmmmm.........mengapa pula tidak? Persoalan yang bermain difikiran ialah, mengapa orang suka merokok??? Mari kita cuba memahami beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu merokok dan juga bahaya-bahaya merokok. Selepas itu mungkin dapat kita kemukakan soalan ini kepada diri kita sendiri serta orang-orang dipersekitaran kita dan kemudian kita bolehlah membuat keputusan. Buat permulaan, cuba perhatikan Si Anu tu merokok ...... Kita buat hipotisis, kebanyakan orang mula merokok ketika masih muda lagi iaitu; semasa di bangku sekolah atau maktab/universiti; bila mula berkerja. Kita buat ramalan melalui pemerhatian kita pula; Perkara penting tabiat mula menghisab rokok ini dilakukan bersama kawan. Setengah orang muda merokok mungkin disebabkan; mahu menunjuk bahawa mereka telah mencapai taraf dewasa atau telah berjaya; ingin bergaya; berpendapat bahawa merokok memberikan keyakinan; dipengaruhi oleh kawan-kawan, ahli keluarga ataupun persekitaran mereka; ingin masuk "klik"; tekanan perasaan...putus cinta misalnya; ingin mengisi masa lapang dan seribu kemungkinan lagi. Selepas itu kita bolehlah membuat kesimpulan iaitu biar apapun sebabnya seseorang itu mula merokok, lazimnya ia mungkin lebih kuat merokok hari demi hari dan tidak dapat berhenti dengan mudahnya. Setiap kenaikan harga rokok selepas belanjawan negara, mereka akan mencuba jenama-jenama rokok yang lebih murah di pasaran untuk di sesuaikan dengan rasa rokok terdahulu demi menjimatkan wang poket.  
Walaupun kadang-kadang berbuih mulut kita menasihati, menyindir, menempelak, memarahi , memaki-hamun dan pelbagai lagi cercaan yang kita telah lemparkan kepada penghisp rokok ni, namun sikap dan ketegasan pendirian mereka iaitu "masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri" telah mendatangkan rasa hormat kita kepada golongan mereka ini.
Mereka "buat dek je" setiap nasihat dan alasan yang dikemukakan oleh pakar-pakar kesihatan tentang bahaya merokok ni, antaranya; setiap kali perokok menghisap rokok dan orang -orang sekitarnya menyedut asap rokok, akan terisilah paru-paru mereka kepada 3 jenis bahan iaitu: Nikotin - Dadah yang sangat bahaya kepada jantung dan sistem saraf yang boleh menyebabkan meningkatkan kadar denyutan jantung, penguncupan salur-salur darah dan meninggikan tekanan darah; Karbon Monoksida - gas yang amat berbahaya jika disedut dan akan mengurangkan keupayaan darah yang membawa O2 ke tisu-tisu seterusnya kurang nafas dan cepat letih; Tar - sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser paru-paru, perut, mulut dan hati iaitu keberangkalian jauh lebih tinggi dengan orang yang tidak merokok ....ada faham?  Kita bolehlah buat rumusan bahawa setiap perokok ni akan menyebabkan Allah memendekkan umur mereka dengan pelbagai penyakit kronik di sebabkan kerosakan yang dilakukan oleh mereka sendiri iaitu Allah akan mendatangkan bala kepada pelakunya berupa penyakit seperti; jantung, bronkitis (jangkitan salur pernafasan), emfisima (paru-paru kembang), kanser, kecacatan pertumbuhan anak di dalam rahim dan penyakit-penyakit di dalam mulut.
Oleh yang demikian, apa juga nikmat dari merokok selalunya tidak setimpal dengan bahaya merokok ni.... INGATLAH !!!! jika anda belum lagi merokok, JANGAN MULAKAN !!! Biar apapun yang anda ketahui mengenainya, fikirkanlah perkara-perkara ini; lebih mudah menjadi seorang penagih rokok daripada berhenti merokok; merokok bukan tabiat yang diwarisi/keturunan, tetapi orang itulah yang belajar merokok; perokok merupakan pembunuh, sebab tabiatnya ialah boleh membunuh ramai orang tak kira kaum keluarga, kawan mahupun lawan; Ramai orang yang baru mula merokok berkata " Saya akan berhenti merokok selepas saya kawin" dan " Saya akan berhenti merokok selepas isteri saya mengandung" dan " saya akan berhenti merokok selepas saya dapat anak" dan " Saya akan berhenti merokok selepas saya mendapat teman" dan saya berhenti merokok bila-bila masa sahaja" tapi malangnya ini semua kata-kata dusta belaka...mereka telah mencuba tetapi gagal; merokok membazirkan wang yang boleh membeli barangan lain yang lebih berfaedah, tetapi ......mereka tetap teguh dengan pendirian mereka, biar harga rokok semahal manapun, biar mereka telah mengetahui akan becana/bala Allah disebabkan perbuatan mereka itu namun ...mereka tetap dengan pepatah "Tengok tu, orang yang tak hisap rokok, muda-mudapun boleh mati"

Mengapa mulakan sesuatu yang anda tak dapat HENTIKAN? Langkah yang bijak ialah TIDAK CUBA MEROKOK.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...