Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 31 Mei 2011

ASAS KAWALAN MOTOR (PRINCIPLES OF MOTOR CONTROL)

Kawalan motor merujuk bidang kajian pergerakan manusia yang berkaitan mekanisme biologi yang berperanan dalam menghasilkan lakuan motor. Lakuan motor menjelaskan tentang kawalan postur dan pergerakan manusia. Semua pergerakan dihasilkan dengan baik menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh system biologi.
Lakuan motor boleh dibahagikan kepada voluntary motor dan involuntary motor. Lakuan motor voluntary merujuk pergerakan lakuan motor yang dihasilkan apabila pelaku memilih atau menentukan untuk melakukan pergerakan. Mutu lakuan yang terhasil sepenuhnya dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran. Lakuan ini dipanggil sebagai pergerakan voluntary. Segala tindakan atau lakuan pergerakan terkawal dinamakan pergerakan voluntary.

Terdapat dua jenis pergerakan voluntary iaitu Kemahiran Generik: Merupakan kemahiran yang berpunca daripada aspek genetic atau baka, contoh, berlari dan berjalan. Kemahiran generic ini berasaskan pembesaran dan kematangan seseorang. Kemahiran Berobjektif: Kemahiran pergerakan yang dilatih dan mempunyai objektif yang spesifik atau berojektif khusus. Contohnya mengubah suai teknik berlari. Kemahiran generic dan berobjektif terdiri dari dua jenis perge


rakan iaitu Pergerakan Lokomotor: Pergerakan yang melibatkan pergerakan mendatar seperti bernang dan berbasikal. Pergerakan bukan Lokomotor: pergerakan ini tidak melibatkan pergerakan secara mendatar seperti melompat setempat.

Lakuan Motor Involuntari merupakan segala lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawal atau involuntary, pelaku tidak mampu memilih atau mengubah lakuan yang dihasilkan. Lakuan ini dikenal sebagai gerak balas atau pergerakan involuntary. Gerak balas fizikal pada peringkat periferi diterima oleh system biologi manusia. Mekanisme umum pergerakan involuntary adalah seperti berikut: Sistem reseptor menerima rangsanagan pada peringkat periferi; Seteusnya, neuron sensori menerima rangsangan fizikal dan mengubah rangsanag tersebut kepada maklumat sensori; Seterusnya, maklumat sensori tadi dihantar ke system saraf pusat yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang; Seterusnya, impuls sensori sinaps disalurkan kepada neuron motor: Impuls sesori bertukar menjadi impuls motor: seterusnya impuls motor dihantar ke system efektor; Akhirnya pergerakan involuntary terhasil

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...