Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Sabtu, 21 Mei 2011

CARA SALAH UNTUK KURUS: Siri 1

Ratusan ubat-ubatan pelangsing badan banyak terdapat melalui jualan langsung, di gedung-gedung terkemuka sehinggakan di kaki-kaki lima. Hormon, sebatian menyerupai hormon, perencat sintesis lemak dan perencat penyerapan nutrien adalah sejenis dadah yang terkandung di kebanyakan ubat-ubat pelangsing badan sama ada ianya daripada jenama terkenal ataupun dikeluarkan daripada pengilang-pengilang haram. Tiada satupun dadah-dadah ini bersifat selamat dan berkesan dan kebanyakannya berbahaya dan menyebabkan masalah sampingan yang tidak diingini. Selagi persepsi masyarakat ialah “kurus itu cantik” terutamanya kaum wanita, maka selagi itulah terdapatnya salun untuk menguruskan tubuh. Kita sering dipaparkan dengan ayat how to be slim and yet you can eat everything you want melalui produk-produk pelangsing badan formula diet, ubat pengurus badan, jamu tradisional (katanya), resipi, urut tradisional, mesin dan baju melangsing tubuh (harga jangan cakap…cekik darah), krim selulit dan yang terbaru mesin wap yang kononnya boleh melarutkan lemak ???????? Ada juga, kerana inginkan mendapat bentuk tubuh yang diidam-idamkan, maka langkah drastik yang lebih ekstreme dilakukan seperti jaw wirirng atau kata orang melayu penguncian geraham serta intestinal bypass atau pembedahan pintasan usus dan menyedut lemak yang kadang-kadang kita pernah digemparkan dengan satu kes di Malaysia sikit masa dulu……menyebabkan mauttttttttt…….


Biasanya ubat-ubat pelangsing yang terdapat di pasaran mengandungi dadah untuk mengurangkan berat badan kepada pengamalnya tetapi kebaikannya masih diragui. Dadah yang digunakan sebagai pelangsing mungkin hanya boleh digunakan dengan pengawasan doktor-doktor pakar, tetapi hanya sebagai kaedah tambahan kepada pengdiet dan bukan sebagai pengganti kepada pencatuan kalori. Semua jenis dadah yang digunakan di dalam campuran ubat penglangsingan badan mempunyai pengaruh sampingan yang boleh memudaratkan pengguna selain daripada masalah ketagihan, kerosakan organ-organ dalaman seperti hati, jantung, ginjal dan gangguan psikosis serta kanser …….. tak takut ke ???????


Antara jenama jamu yang mengandungi dadah berbahaya
Jenis-jenis dadah yang biasanya terdapat di dalam campuran ubat-ubat pelangsing ialah Amphetamine yang digunakan sebagai penghilang atau pengurang selera makan. Pengaruh sampingan dadah ini ialah sukar tidur, mengantuk, keresahan, mulut terasa kering, rasa cemas, peningkatan tekanan darah dan palpitasi (denyutan jantung deras). Dadah Dexfenfluramine berfungsi sebagai penggalak untuk cepat berasa kenyang dan pengaruh sampingannya ialah cirit-birit, mengantuk, kemurungan dan mulut terasa kering. Dadah Thyroxine berfungsi sebagai perangsang metabolisme yang akan mencetuskan peningkatan pembakaran lemak. Walau bagaimanapun, Thyroxine mempunyai kesan yang agak teruk seperti tubuh terketar-ketar, denyutan nadi meningkat, dan gangguan ritma jantung atau takikardia. 
Antara jenama pil langsing berasaskan dadah
Jika anda telah menggunakan ubat-ubatan, walaupun dikatakan diperbuat daripada astrak bahan-bahan semula jadi atau bahan tradisional turun-temurun, baca dan perhatikanlah kandungannya. Jika ubat-ubatan pelangsing badan yang digunakan mengandungi bahan-bahan yang disenaraikan di bawah, ianya merupakan campuran dadah yang amat bahaya kepada anda dan boleh merosakan pelbagai system tubuh ……antaranya ialah: Amphetamine, Benzphetamine resin kompleks, Chlotermine, Dextraamphetamine, Diethylpropion, Mazindal, Phendimetrazine dan Phentermine.

Baju dalam untuk jadi kurus????
Jadikan diri anda pengguna yang bijak, tak guna tubuh anda “nampak cantik” dengan penggunaan ubat-ubatan pelangsing badan yang dibeli daripada permis-permis terkenal hingga ke permis-permis kaki lima atau daripada jurujual multi leval dengan membawa peralatan “scanner penipu” yang boleh scan pelbagai jenis penyakit melalui jari dan tapak tangan je…???? atau pakai gelang magnetic yang konon antaranya boleh membetulkan perjalan darah dan setrusnya menghindari dari pelbagai penyakit termasuk obesiti ????????? atau ntah apa-apa lagi penipuan untuk cepat menjadi kaya hasil daripada kebodohan kita sendiri …… (tulisan ini tiada kaitan yang masih hidup atau mati dan jika tak setuju dengannya abaikan sahaja)……


Biblografi
Bastian, G.F., 1994. An Illustrated Review of Anatomy and Physiology: The Digestive system. New York: harper Collins.
Ganong, W.F., 1995. Review of Medical Physiology. Edisi ke -17, London:Prantice-Hall International Inc.
Mohd Hamim Rajikin, Baharudin Omar dan Suhana Sulaiman., 1998. Pemakanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...