Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 5 Mei 2011

SEL

Sel sperma lelaki






Jika kamu melihat sekeliling kamu pada pelbagai organisma dan tumbuhan, tentu sukar dipercayai bahawa kesemuanya terbena daripada unit kecil seperti gel

Itulah kebesaran Allah S.W. Gel yang terkandung di dalam kulit yang sangat nipis, iaitu selaput dan sebahagiannya terbena daripada air, gula dan protein. 

Selain selaput, dua bahagian utama sel ialah nukleus dan sitoplasma. 

Nukleus ialah sel sfera pejal yang legap dan mengandungi jalur kecil bahan kimia khusus yang dinamakan asid nukleik yang membawa semua arahan untuk aktiviti sel dalam kod-kod tertentu. 

Dengan itu nukleus merupakan pusat kawalan untuk tindak balas kimia sel; ia mengarah sel apa yang perlu dilakukan oleh sel. 

Semua haiwan dan tumbuhan hidup menggunakan kod-kod yang sama untuk mengawal tindak balas kimia mereka walaupun sesetengah kerja dilakukan oleh sel khusus manusia, contohnya tugas sel darah merah adalah sangat berbeza daripada sebarang tugas yang dilakukan dalam tumbuhan. 

Sitoplasma ialah gel seperuh pepejal yang membentuk sebahagian besar sel dan di sinilah hampir kesemua tindak balas kimia sel berlaku. 

Di dalam sitoplasma terdapat banyak struktur kecil dinamakan organel; di sinilah terdapat pelbagai proses kimia yang berbeza dijalankan. 

Mitokondria adalah sejenis organel yang bertanggungjawab menjana dan membebaskan tenaga daripada makanan. 

Oleh itu mana-mana bahagian tubuh kita yang sangat aktif, seperti otot atau hati; terdapat banyak mitokondria di dalam sel-selnya. 

Selaput sel yang sangat tipis mengawal apa yang masuk dan keluar dari sel. 

Dengan itu, tugasnya yang paling penting ialah mengatur penghantaran bahan untuk keperluan sel membina sebatian yang rumit. 

Semua sel haiwan dibentuk daripada tiga struktur ini, nukleus, sitoplasma, dan selaput, tetapi sel manusia adalah lebih khusus untuk dapat melaksanakan tugas yang tertentu. 

Misalnya sel sperma lelaki mempunyai ekor panjang untuk membantunya berenang jauh bagi mendapatkan telur dalam tiub Fallopio. 

Kepalanya mengandungi semua kod-masej asid nukleik yang dibentuk untuk menurunkan pelbagai ciri-ciri lelaki kepada anak-anak. 

Sel-sel otak manusia mempunyai sambungan gentian sitoplasma untuk membolehkannya bertemu dengan sel-sel lain otak. Ini membolehkan masej disampaikan cepat dari satu sel ke sel yang lain.



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...