Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 29 Mei 2011

KECEDERAAN SUKAN

  
      
     Kecederaan Tisu-tisu Lembut
Kecederaan ini biasanya berlaku pada bahagian otot, ligamen, tendon, kulit dan lapisan luar kulit.

2.   Kekejangan Otot
Disebabkan kehilangan air yang banyak dari tubuh. Biasanya berlaku apabila seseorang atlet menjalani aktiviti berintensiti tinggi dan berpanjangan.

3.   Ketegangan Otot
Otot-otot rangka terbena dari gabungan beberapa kumpulan otot dan setiap kumpulan mengandungi gentian otot yang dinamakan fiber otot. Apabila fiber-fiber otot ini mengalami kecederaan disebabkan hentakan yang kuat atau aktiviti fizikal yang berintensiti tinggi, fiber-fiber otot akan terdedah kepada kecederaan dan seterusnya menyebabkan ketegangan otot.

4.   Sengal-sengal Otot
Disebabkan dari kecederaan lama pada bahagian-bahagian tertentu badan serta hanya sekali-sekala melakukan aktiviti fizikal. Atlet yang mengalami masalah ini haruslah melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah tetapi kerap.

5.   Luka
Luka terjadi disebabkan “pecah” atau “koyak” pada bahagian bawah kulit selepas terkena benda-benda tajam. Ia terbahagi kepada dua jenis. Pertama: Luka terbuka seperti luka dihiris, luka terkoyak, luka tusukan dan luka calar-calar. Kedua: Luka tertutup seperti pendarahan dalaman, renjatan elektrik dan hilang upaya pada bahagian yang cedera.

6.   Kontusi
Hentakan yang kuat pada bahagian tubuh boleh mengakibatkan kecederaan pada kapilari darah di bahagian bawah kulit menyebabkan darah akan masuk ke dalam tisu-tisu menyebabkan kontusi. Kontusi yang teruk biasanya berlaku lebih dalam dan tersorok seperti keretakan otak mengakibatkan pendarahan dalaman pada otak.

7.   Dislokasi
Daya rentapan yang kuat pada bahagian sendi tulang boleh mengakibatkan tulang terkeluar pada bahagian sendi. Selain itu, penguncupan otot-otot yang terlalu kuat disebabkan rentapan yang terlalu kuat juga akan menyebabkan ligamen terkoyak atau putus menyebabkan berlakunya dislokasi. Biasanya dislokasi ini berlaku pada bahagian bahu, rahang dan lutut.

8.   Kecederaan Kepala
Kecederaan pada kepala berpotensi besar kepada kecederaan yang serius. Ia memerlukan tawatan perubatan pakar jika ianya melibatkan kecederaan yang teruk.  Kapilari pada bahagian dalam tengkorak atau keretakan tengkorak akan menyebabkan pendarahan pada otak yang boleh mengakibatkan gangguan pada sel-sel saraf.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...