Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 22 Mei 2011

CARA SALAH UNTUK KURUS: Siri 2


Pakaian dalam peramping tubuh
Ada beberapa syarikat jualan langsung menjual peralatan untuk melangsingkan badan apabila memakainya berupa baju dalam, bengkung, cawat ajaib, mini sauna, gelang bermagnet dan pelbagai lagi peralatan yang dikategorikan sebagai “sampah” dan harganya fuyooo…boleh mencecah ribuan ringgit. Dengan sedikit putar alam, jurujual daripada yang hanya pas UPSR sehinggalah peringkat Doktor, dapat mengaut keuntungan daripada jualan “sampah” ini yang kononnya alat tersebut boleh mengecutkan tubuh dan anda tidak payah bersenam untuk menguruskan badan…..(nampaknya deme penipu bebeno yeop).

Mini sauna
Sebenarnya apabila kita menggunakan peralatan “sampah” ini, terutama pakaian dalam (kebanyakkannya tebal, sempit dan diperbuat dari kain sintatik yang boleh memerangkap haba) atau mini sauna (yang boleh mempercepatkan dihidrasi) dan seterusnya mempercepatkan kehilangan cecair tubuh kepada penggunaanya dan seterusnya pengurangan berat badan 1 – 2 kg di dalam jangka masa yang singkat 2-3 jam sahaja……Salesman akan cuba membuktikannya dengan menimbang berat badan anda sebelum dan selepas penggunaan peralatan tersebut….dengan katanya, “Peralatan ini akan melarutkan lemak di dalam tubuh awak” ……dan sesiapa yang tak mempunyai ilmu akan terus disembelihnya…….. Dan lagi, mangsa biasanya di yakinkan bahawa dengan menggunakan peralatan yang dikatakan mendapat pengiktirafan antarabangsa dan telah laris jualannya di negara-negara maju antaranya USA, Jerman, Kanada, UK (siap tunjuk katalog sebagai bukti) boleh melarutkan atau meleburkan lemak di dalam tubuh pemakainya………tetapikan cuba kita fikir sejenak????? Bukankah negara-negara ini merupakan negara-negara yang mempunyai rakyat yang paling ramai mengalami obesiti yang kronik dan jika alat ini berkesan dah tentu fakta sebaliknya …….fikirkan (Kalau 2 jam sehari boleh hilangkan 1 kg X 30 hari akan hilang 30 kg X 3 bulan 90 kg)……Wow….

Sejenis alat stimulator
Begitu juga halnya dengan mengurut menggunakan stimulator yang boleh dibeli di pasaraya atau daripada jurujual yang angun dan seksi dengan bentuk tubuh yang mengiurkan di pusat membeli-belah. Sebenarnya stimulator tersebut hanya sekadar mengalihkan kedudukan otot melalui gelombang atau gegaran. Stimulator ini tidak akan memecahkan lemak kepada tenaga dan semestinya tidak akan mengurangkan berat badan anda. Kehilangan berat , badan selepas penggunaan peralatan di atas merupakan bersifat sementara sahaja kerana kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan menyebabkan berat tubuh berkurangan dan sebaik sahaja anda minum setelah menggunakan peralatan sedemikian rupa, maka berat anda akan kembali seperti sedia kala…….

Tali pinggang wap
Secara saintifik, lemak-lemak di dalam tubuh seseorang tidak boleh terlarut dengan hanya memakai peralatan, misalnya bengkung atau melilitkan sesuatu kepada tubuh. Lemak harus digunakan terlebih dahulu dengan mengubahnya di dalam bentuk tenaga melalui aktiviti fizikal seperti berjogging, berenang, menunggang basikal dan sebagainya dan seterusnya lemak di dalam tubuh akan berkurangan……fikir-fikirkanlah… (Tulisan ini tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati, kalau tidak setuju dengan tulisanku ini…abaikan sahaja)


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...