Bagaimana hendak bersenam? Bilakah senaman hendak dilakukan? Adakah masa terluang untuk melakukan senaman? Itulah antara beribu perseoalan yang diajukan kepada diri sendiri dan orang lain ketika ada niat untuk melakukan senaman. Biasanya kita mula terfikir hendak memulakan aktiviti bersenam apabila; badan mula menunjukkan tanda-tanda obes; perut mula membuncit; ada motivasi luaran seperti ramai gadis-gadis atau pemuda-pemuda yang seksi dan ganteng melakukan senaman di persekitaran tempat tinggal anda dan pelbagai lagi perkara-perkara yang mendorong kita melakukan aktiviti senaman.
Walau bagaimanapun dengan pelbagai alasan dan dorongan yang memotivasikan untuk kita melakukan senaman, lakukanlah senaman mengikut keupayaan dan kemampuan diri sendiri tanpa memudaratkan. Jadikanlah senaman sebagai amalan hidup dan dibuat mengikut kehendak dan kesenangan kita. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk tempoh masa selama 20 minit. Lakukan senaman secara berkala dan istiqmah. Sebelum memulakan senaman, panaskan badan dan lakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit dan sejukkan badan melalui regangan selepas melakukan aktiviti senaman. Lakukan senaman dengan bersungguh-sungguh tetapi tidaklah sampai memudaratkan. Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120 - 150 denyutan seminit......AWAS jika denyutan jantung anda melebihi paras 300 denyutan seminit dan dada anda berasa berdebar-debar, mungkin anda terpandang gadis seksi yang telah menggoncangkan iman di dada atau anda terpandang Sang Isteri sedang mengendap apa yang sedang anda buat tu ha………….
Dengan senaman sebenarnya, anda dapat mengurangkan risiko penyakit jantung; memperkuatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan beban pada jantung; menambah penerokaan pembuluh-pembuluh dan kapilari-kapilari darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan O2 ke dalam otot-otot jantung; Meningkatkan aras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai HDL (high density lipo proteins); membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada; mengurangkan tekanan darah tinggi bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi; mengurangkan stress dan membantu anda tidur dengan enak serta mimpi-mimpi indah bersama si dia semasa anda berjumpa di taman ketika berjogging ...AWAS jangan mengigau dengan menyebut-nyebut namanya ...nanti maut! dikerjakan oleh Sang Isteri di sebelah anda........
Dengan senaman sebenarnya, anda dapat mengurangkan risiko penyakit jantung; memperkuatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan beban pada jantung; menambah penerokaan pembuluh-pembuluh dan kapilari-kapilari darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan O2 ke dalam otot-otot jantung; Meningkatkan aras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai HDL (high density lipo proteins); membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada; mengurangkan tekanan darah tinggi bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi; mengurangkan stress dan membantu anda tidur dengan enak serta mimpi-mimpi indah bersama si dia semasa anda berjumpa di taman ketika berjogging ...AWAS jangan mengigau dengan menyebut-nyebut namanya ...nanti maut! dikerjakan oleh Sang Isteri di sebelah anda........
Ingatlah! senaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara, bukan hanya berjogging sahaja atau jangan disalah tafsirkan sebagai sukan permainan sahaja, anda boleh berbasikal, memanjat gunung, bukit, berenang, berjalan-jalan, naik tangga-turun tangga, berkebun, membersihkan persekitaran rumah dan beribu-ribu lagi cara-cara untuk bersenam, malah bersolat mahupun bermesra-mesera bersama sang suami atau isteri di malam Jumaat pun boleh dikategorikan sebagai senaman juga, selain ianya sebagai ibadah.
Kadang-kadang kita melihat orang-orang tua terutamanya berbangsa cina melakukan senaman regangan ala tai-chi. Senaman regangan ala tai-chi ini sebenarnya tergolong jenis senaman kalistenik dan senaman ini boleh; memperbaiki kelenturan sendi dan otot; melonggarkan otot-otot dan menyediakan tubuh badan untuk aktiviti yang lebih berat. Kadang-kadang kita juga terpanding gadis-gadis montok, janda-janda muda, mak-mak gadis malah segelintir Kaum Adam yang tidak dapat pergi ke kelab Dang Dut lantaran kawalan yang ketat dari Sang Isteri …. Ada juga yang mengambil bahagian di dalam aktiviti senamrobik ini untuk melepaskan gian. Senamrobik merupakan aktiviti senaman yang berfaedah untuk; menguatkan ketahanan fizikal dan jantung; mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot major serta meningkatkan kecekapan sel-sel otot menyerap O2 dan membebaskan CO2; melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih sihat.
Namun begitu, kita kena patuhi syarat-syarat semasa bersenam dengan; lakukan senaman dengan teknik yang betul untuk mengelakkan kecederaan; jangan bersenam ketika sakit atau cedera; pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam; pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat dan longgar; gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.
Berikut merupakan jenis-jenis senaman yang biasa dijalankan oleh rakyat Malaysia:
Jenis Aktiviti
|
Kecergasan Jantung
|
Kawalan Berat Badan
|
Tari Robik
|
Cemerlang
|
Baik
|
Badminton
|
Cemerlang
|
Cemerlang
|
Bola Keranjang
|
Cemerlang
|
cemerlang
|
Berbasikal
|
Cemerlang
|
Baik
|
Golf
|
Minimum
|
Sedarhana
|
Berjogging/Berlari
|
Cemerlang
|
Cemerlang
|
Sepak Takraw
|
Baik
|
Sedarhana
|
Bola Sepak
|
Cemerlang
|
Cemerlang
|
Berenang
|
Cemerlang
|
Baik
|
Tennis
|
Baik
|
Sedarhana
|
Table Tennis
|
Baik
|
Baik
|
Berjalan
|
Baik
|
Baik
|
Ragbi
|
Cemerlang
|
Cemerlang
|
Boling
|
Baik
|
Baik
|
Judi
|
Neraka
|
Jahanam
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan