Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Sabtu, 14 Mei 2011

OTOT

Kebanyakkan berat badan kita adalah merupakan berat “daging”. Daging merupakan tisu-tisu otot yang disusun di dalam pelbagai cara yang akhirnya menjadi ciri atau bentuk badan manusia. Terdapat tiga jenis otot di dalam badan manusia yang setiap satunya mempunyai cirri dan fungsi yang khusus. Otot yang paling ketara ialah otot yang melekat pada tulang, iaitu dinamakan otot rangka. Satu lagi otot merupakan otot luar kawal yang terdapat di sekeliling pembuluh darah dan saluran penghadaman (usus). Otot yang ketiga ialah otot yang membentuk jantung dinamakan otot-otot kardium. 

Otot-otot rangka juga dikenali sebagai otot di bawah kawalan di mana kita boleh mengawalnya apabila kita inginkannya. Otot-otot ini dilekatkan pada tulang oleh tendon yang sangat elestik dan kuat. Apabila otot-otot mengecut ianya akan memendek dan menyebabkan tendon akan tertarik lalu menyentak tulang untuk menghasilkan pergerakan. Otot hanya boleh menarik, tetapi tidak boleh mengembang dan menolak. Situasi inilah menyebabkan mengapa otot wujud secara berpasangan. Setiap otot dalam pasangan akan berfungsi secara berlawanan supaya tulang bergerak dalam dua arah yang bertentangan.Pasangan otot yang paling biasa terdapat pada lengan atas di namakan pasangan biceps dan triceps, dan merupakan contoh terbaik bagaimana otot berkerja. Untuk membengkokkan lengan anda, biceps akan menarik bahagian bawah lengan ke atas dan meregang triceps. Triceps pula akan bertindak sebaliknya apabila anda meluruskan lengan dan meregangkan biceps. 

Banyak makanan dan oksigen yang diperlukan untuk membuatkan otot bawah kawal berkerja dan darahlah yang membawa bahan-bahan yang diperlukan ini. Jika otot kekurangan O2 semasa berkerja, bahan kimia buangan akan terbentuk seperti lactic acid dan ini akan menyebabkan kekejangan. Setiap otot rangka mempunyai sarung yang kuat di sekelilingnya. Di dalamnya terdapat berkas gentian otot, yang setiap satunya sepanjang sehingga 40mm. Sebenarnya setiap gentian merupakan banyak gentian halus yang terbena daripada sel yang bersambung. Otot bawah kawal ini boleh berkerja dengan sangat kuat dan menggunakan kuasa yang banyak. Bagaimanapun otot-otot ini mudah kelesuan. Otot luar kawal di sekeliling usus dan pembuluh darah berkerja secara automatic tanpa disedari. Otot ini mengecut dengan perlahan, tetapi tidak berasa penat. Otot kardium atau otot jantung pula terbentuk daripada gentian bercabang yang sangat kuat yang berkerja secara berterusan di sepanjang jangka hayat.



















Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...