Tenaga boleh didifinisikan sebagai kesangupan dan
keupayaan melakukan kerja atau untuk menghasilkan perubahan jisim. Kerja
didifinisikan sebagai kebolehan menggunakan satu daya sepanjang jarak yang
tertentu. Tenaga yang dibebaskan semasa melakukan aktiviti dikenali sebagai
sebagai adenosine triphosphate (ATP),
kemudian dipecahkan kepada tenaga yang lebih kecil iaitu adenosine diphosphate (ADP).
Dalam sistem tenaga, terdapat tiga sistem asas yang
membolehkan ATP dibekalkan ke sel-sel otot untuk menghasilkan penguncupan otot
dan pergerakan. Pecahan tenaga adalah tersiri daripada : Sistem Aerobik, Sistem
Anaerobik dan Sistem Anaerobik Laktik.
Sistem
Aerobik
Bagaimana ianya berfungsi?
Intensiti aktiviti akan menentukan sistem yang mana
dicabar dan cara menghasilkan ATP untuk penguncupan otot. Glukosa ialah sumber
tenaga ATP yang utama datang daripada tisu otot. Untuk menjalankan fungsinya,
sistem tenaga memerlukan oksigen. Sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik.
Sistem
Anaerobik
Ianya merujuk kepada kemampuan individu melakukan
sesuatu gerak kerja yang berat atau berintensiti tinggi pada satu masa yang
singkat, contohnya tidak melebihi 90 saat. Latihan anaerobik dapat meningkatkan
keupayaan otot-otot tertentu untuk membekalkan tenaga ATP-PC dengan kadar yang
tinggi.
Sistem
Anaerobik Laktik (ATP-PC)
ATP di Mayosin
Cross Bridge diuraikan untuk memberi tenaga bagi penguncupan otot dan
menjadi ADP. ATP diuraikan untuk menghasilkan tenaga dan ADP sehingga Creatin Phosphate (CP) habis ketika
bersukan antara 5 hingga 10 saat. Tenaga ini digunakan untuk membuat sejenis
sebatian kimia dikenali sebagai adenosine
triphosphate dan disimpan di sel-sel otot dan digunakan untuk aktiviti yang
diperlukan.
Ciri-ciri
Umum Sistem Tenaga
SISTEM
ASID LAKTIK
|
SISTEM
ADENOSINE DIPHOSPHATE
|
SISTEM
OKSIGEN
|
Cepat
|
Sangat cepat
|
Perlahan
|
Anaerobik – penghasilan ATP terhad
|
Anaerobik – penghasilan ATP sangat terhad
|
Anaerobik – penghasilan ATP tanpa terhad
|
Aktiviti jangka masa pendek ( 1-3 minit )
|
Aktiviti jangka masa singkat
|
Aktiviti jangka masa panjang
|
Langkah-langkan
Untuk Meningkatkan Simpanan Sumber Tenaga
(i) Amalkan pemakanan yang seimbang (ii)
pengambilan karbohidrat yang banyak (iii) Latihan yang seimbang dengan
pengambilan makanan.
Kelesuan
Otot
Menurut kajian, otot jenis fast twitch lebih cepat menjadi lesu berbanding dengan otot jenis slow twitch. Kelesuan otot adalah
disebabkan oleh kapasiti glikoliti yang tinggi tetapi kapasiti aerobik yang
rendah. Komponen yang memeinkan peranan
dalam kelesuan otot ialah: Sistem saraf; Mekanisme kegagalan pengecutan otot.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kelesuan otot
ialah: Pengumpulan Asid laktik –
asid laktik yang terkumpul dengan banyak di dalam otot mengakibatkan kewujudkan
toksik. Keadaan ini menyebabkan kelesuan otot; Kekurangan Simpanan Glikogen Otot – aktiviti yang berpanjangan atau
berterusan melibatkan kadar kerja yang banyak. Glikogen membantu dalam
membekalkan pencapaian yang stabil tetapi peningkatan kadar glikogen pula tidak
berkadar dengan peningkatan kadar kerja. Oleh itu, aktiviti yang berintensiti
tinggi menyebabkan kelesuan otot; Kekurangan
Oksigen – apabila tenaga diperlukan, otot-otot pada fasa pantas sistem akan
mengeluarkan ATP tanpa oksigen. Keadaan ini akan menyebabkan otot-otot cepat
lesu.
Perbandingan
Otot Jenis Fast Twitch dan Slow Twitch
SIFAT
|
FAST TWITCH
|
SLOW TWITCH
|
Kelesuan
|
Cepat
|
Lambat
|
Kapasiti Aerobik
|
Rendah
|
Tinggi
|
Kapasiti Anaerobik
|
Tinggi
|
Rendah
|
SISTEM ANAEROBIK LAKTIK
Pergerakan sistem tenaga ini membawa kepada uraian
dan pecahan glikogen atau glukosa dalam keadaan anaerobik untuk menghasilkan
tenaga laktik atau ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen akan menjadikan otot
berasid dan ini menjadi punca utama kelesuan otot.
Reaksi kimia dalam glikolisis anaerobik menghasilkan
pyruvate dan laktik:
Oleh itu, penghasilan laktik bukan sahaja untuk
bekalan tenaga tetapi sebagai tempat simpanan ion-ion hidrogen bagi melancarkan
sistem bekalan tenaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan