Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 16 Mei 2012

Psikologi Sukan



KONSEP
Psikologi sukan ialah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran dan tekanan, (Fantino, 1974). Psikologi merupakan bidang kajian tentang tingkah laku dan perhubungan manusia, (L.D. Crow dan A. Craw, 1987). Psikologi sukan merupakan bidang kajian saintifik berkaitan dengan tingkah laku manusia, (N.L. Mann, 1996).

Psikologi sukan merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji tingkah laku seseorang atlet dalam sukan. Ini dapat membantu jurulatih atau seseorang untuk memahami, menjelas dan menduga peristiwa yang berlaku kepada seseorang atlet.

Psikologi sukan bermaksud mengaplikasikan konsep-konsep dan teori-teori psikologikal ke atas aspek-aspek sukan tertentu. Psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti sukan terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif atlet yang terlibat dalam sukan.


Psikologi sukan bukan menumpukan kepada ahli sukan bermasalah tetapi memberi tumpuan terhadap latihan kemahiran psikologi. Psikologi sukan dapat membina aspek positif terhadap penyediaan mental, prestasi kemahiran dan keupayaan seseorang atlet seperti penentuan matlamat, penyediaan mental sebelum bertanding dan kemahiran komunikasi.

Psikologi sukan terbahagi kepada tiga prinsip iaitu:-
Prinsip pertama – pemahaman tentang pemikiran dan keadaan mental seseorang atlet.
Prinsip kedua – para atlet mempamer perbezaan psikologikal yang ketara
Prinsip ketiga – individu yang berpotensi tinggi ingin mencapai kejayaannya sendiri.
Tiga bidang utama dalam psikologi sukan ialah penyelidikan psikologi sukan, pendidik psikologi sukan dan ahli psikologi sukan klinikal.


KAITAN ANTARA PSIKOLOGI SUKAN DENGAN PRESTASI ATLET
Psikologis sukan sangat penting kerana mereka membantu atlet mengekalkan motivasi, menguruskan diri, menghadapi tekanan pertandingan, mengawal penumpuan, meningkat dan mengekalkan semangat percaya akan diri serta meninggikan kemahiran berkomunikasi. Semua kemahiran ini akan meningkatkan prestasi atlet dalam sesuatu pertandingan.

MOTIVASI
Motivasi ialah kecenderungan organisma untuk menjalankan aktiviti yang dirangsang oleh satu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud kerana ketegangan fisiologi.

Motivasi terbahagi kepada du jenis iaitu:-
Motivasi instrinsik – motivasi dalaman berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan aktiviti.

Motivasi ekstrinsik – motivasi luaran berdasarkan ganjaran, sokongan daripada orang tersayanag dan persekitaran.

Ciri-ciri motivasi ialah: tidak diwarisi; motivasi boleh diwujudkan oleh keperluan fisiologi; motivasi mendorong ke arah pencapaian matlamat.


Pengaruh Motivasi Terhadap Prestasi Individu
Motivasi yang diberikan dalam bentuk ganjaran seperti pemberian hadiah, piala dan anugerah kepada seseorang atlet boleh meningkatkan prestasi atlet tersebut. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau kata-kata manis dan senyuman oleh jurulatih juga dapat meningkatkan semangat seseorang atlet. Manakala atlet yang tidak berpeluang mendapat sebarang ganjaran walaupun berpotensi boleh menurunkan motivasinya. Jadi di sini ganjaran dalam bentuk ekstrinsik memudarkan motivasi seseorang atlet.

Teguran dan layanan yang buruk daripada jurulatih juga boleh menjadikan seseorang atlet tidak bersemangat untuk berlawan atau menunjukkan prestasi yang kurang baik.

Kemahiran Memotivasikan Diri
Terdapat pelbagai teknik untuk memotivasikan diri sendiri. Antaranya ialah menetapkan matlamat pencapaian diri dan kata-kata perangsang. Seseorang individu harus menetapkan matlamat pencapaian diri sebelum melibatkan diri dalam permainan dan sukan untuk mencapai kejayaan. Tahap menetapkan matlamat terbahagi kepada tiga iaitu matlamat jangka panjang, sederhana dan pendek.

Kata-kata perangsang pula dapat meningkatkan motivasi seseorang atlet. Sebagai contoh, “Aku pasti menang”, “Malaysia boleh”, “Biar putih tulang, jangan putih mata”.

KEBIMBANGAN
Kebimbangan ada;ah perasaan seseorang seseorang individu yang dialaminya apabila menerima sesuatu ancaman atau sesuatu situasi yang ditafsirkan sebagai ancaman. Kebimbangan juga diperjelaskan sebagai satu perasaan bersifat negatif yang wujud dari persaan takut, gugup, gementar dan menghubungkan kebangkitan dari segi tubuh badan.

Kebimbangan boleh dibahagi kepada dua jenis:
Kebimbangan tret  - Kebimbangan berdasarkan sifat sendiri. Kebimbangan sifat semula jadi mewakili perwatakan individu yang agak kekal. Ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan seseorang individu.
Kebimbangan suasana – Kebimbangan berdasarkan keadaan yang merujuk kebimbangan berasaskan pada situasi semasa atau tekanan semasa.

Proses Tafsiran Kebimbangan
Tafsiran kebimbangan dapat dibahagi kepada tiga komponen yang utama. Tiga komponen tersebut ialah: rangsangan, tafsiran dan perlakuan.

Teknik Mengawal Kebimbangan
Banyak teknik boeh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan anataranya yang lazim ialah: (a) Teknik Desensitization – Individu akan menyenaraikan perkara, orang dan situasi yang menyebabkan dia berasa bimbang dan individu akan cuba mengatasi masalah tersebut. (b) Teknik Visualisasi – Seseoran individu akan membayangkan sesuuatu yang boleh mententeramkan mereka apabila berada di dalam keadaan tertekan atau bimbang. (c) Teknik Relaksasi Otot Prograsif – Seseorang individu boleh memfokuskan perhatian kepada tubuh badannya. Teknik ini dapat mengawal ketegangan dan kebimbangan yang dialamai dan kebimbangan yang dialaminya sebelum dan semasa pertandingan. (d) Terapi Respirasi – Seseorang individu boleh menarik nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan secara berulang kali. Ini dapat mengurangkan kebimbangan atlet.


ATRIBUSI
Atribusi merujuk tafsiran dan jangkaan seseorang atlet terhadap sesuatu situasi yang akan berlaku pada satu jangka masa yang tertentu.  Ini merangkumi persepsi dan tafsiran individu.Seseorang individu akan mencar alasan atau penyebab kepada pencapaian mereka sama ada gagal atau menang.
Dimensi Penyebab

Berdasarkan kepada dimensi penyebab, apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan adalah pada tiga dimensi yang penting iaitu; kebolehan kawalan; lokus penyebab; kestabilan.

Kesan Atribusi Terhadap Seseorang Individu
Keyakinan memerima peranan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan. Justeru itu, jurulatih atau atlet perlu membuat atribusi yang sesuai untuk mendapatkan kejayaan dalam sukan yang mereka ceburi.


KEAGRESIFAN
Keagresifan merujuk kecederaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh seseorang individu untuk menyakitkan individu lain secara fizikal dan mental. Keagresifan boleh diklasifikasikan kepada tiga komponen iaitu keagresifan hostile, keagresifan instrumental dan keagresifan asertif.

     Keagesifan Hostile – mencederakan dan menyakitkan seseorang dengan sengaja disebabkan perasaan marah dan dendam.

    Keagresifan Instrumental – mencederakan seseorang untuk mendapatkan sesuatu ganjaran seperti memenangi sesuatu perlawanan.

   Keagresifan Asertif – Individu bermain mengikut undang-undang yang ditetapkan tanpa mewujudkan sebarang masalah.








Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...