Sukan hari ini tidak hanya
tertumpu kepada disiplin sains sukan semata-mata, malah pengunaan teknologi
yang diaplikasikan kepada peralatan sukan juga memainkan peranan yang cukup
penting. Pelbagai peralatan teknologi baru direkacipta khas bertujuan untuk
memulih dan merawat anggota badan selain membantu atlet meningkatkan latihan
kecergasan mereka.
Peralatan sukan juga direka bentuk mengikut kesesuaian jenis permainan |
Kewujudan teknologi moden telah
menghasilan satu bidang pengetahuan baru untuk difahami seluruh aspek gerak
laku manusia. Pengetahuan ini telah dapat bantu meningkatkan lagi prestasi
kuasa motor manusia secara saintifik dan sistematik ke tahap yang optimum.
Sejak tahun 1960, terdapat
peningkatan yang mendadak dalam bidang teknologi sukan khususnya terhadap gerak
laku manusia. Ia telah melahirkan bidang-bidang kajian baru antaranya
biodinamik iaitu cantuman perinsip-perinsip mekanik, kejuruteraan, fisiologi
senaman, anatomi dan kinesiologi.
Bidang ini menjurus kepada
penumpuan bercorak saintifik dengan bantuan peralatan yang canggih dan
berteknologi tinggi. Peralatan mekanik dan elektronik termasuk peraltan computer
dan radiotelemetrik kemudiannya dibangunkan dengan meluasdan digunakan
bertujuan meningklatkan prestasi dan menganalisis setiap gerak laku tubuh badan
mengikut prinsip-prinsip yang betul. Ia dipertingkatkan lagi dengan pengunaan computer
yang membolehkan data-data diproses untuk keputusan yang lebih tepat.
Dinamometer Isokenatik digunakan untuk fisiotrapi |
Justeru tidak hairanlah, didalam beberapa lapangan sukan di dunia, teknologi telah mendorong kepada kejayaan luar biasa atletnya yang pada logic akal manusia, ia sebenarnya di luar kemampuan atlet itu sendiri. Contohnya penggunaan baju renang terutamanya di kalangan perenang Australia yang dihasilkan daripada gabungan teknologi bembuatan termoden serta aplikasi sains termaju. Hasilnya, penggunaan baju renang itu telah menjadikan perenang-perenang dari negara berkenaan meletakkan mereka sebagai kuasa besar dalam lapangan sukan berkenaan.
Selain itu, teknologi moden juga
digunakan untuk mencipta peralatan dan membina kemudahan tempat bersukan yang
lebih selamat. Teknologi berkaitan sains biomekanik juga telah dibangunkan dan
diguna pakai untuk membina mesin-mesin untuk tujuan latihan dan pemulihan
atlet. Ia melibatan peraltan isokinetik, isometric dan isotonic yang banyak
membantu atlet meningkatkan daya fizikal mereka mengikut keperluan sukan
masing-masing.
Basikal yang menggunakan teknologi F1 berjenama Koga Kimera |
Lapangan atau trek sukan juga
tidak terkecuali daripada menerima sentuhan teknologi moden, contohnya
pengunaan kamera berkepantasan tinggi. Teknologi ini membolehkan pergerakan
tubuh badan atlet dirakam dan dianalisis bagi menentukan kecekapan atau
kesilapan pergerakan ketara. Teknologi itu juga digunakan bagi menentukan
catatan masa direkodkan dengan tepat.
Adizero F50 kasut bola sepak pintar pertama di dunia keluaran Adidas |
Sebenarnya masih banyak lagi
teknologi berkaitan sukan yang sudah dan sedang dipelopori. Persaingannya
menjadi semakin sengit apabila bidang sukan ini tidak hanya berkaitan kesihatan
atau kemenangan semata-mata, malah turut membawa imej sesebuah bangsa dan
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan