Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 25 Mei 2012

Kecergasan Fizikal


Kecergasaan adalah keupayaan untuk hidup dalam keadaan seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial serta berkeupayaan melakukan kerja-kerja harian tanpa cepat atau mudah mengalami keletihan dan kelesuan. Di samping itu masih bertenaga untuk melakukan aktiviti riadah dan bertindak balas jika berlaku sesuatu kecemasan.

Kepantingan kecergasan ialah: (i) Membentuk keperbadian, kepimpinan dan disiplin diri. (ii) Membantu melibatkan diri dalam aktiviti sosial dengan lebih cergas. (iii) Meningkatkan kesedaran individu terhadap diri, masyarakat dan negara. (iv) Membantu mengawal emosi. (v) Mencapai kehidupan yang sihat dan cergas.

Kecergasan terbahagi kepada 5 komponen utama: (i) Kecergasan Fizikal – keupayaan individu berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran. (ii) Kecergasan Mental – membolehkan individu berfikir secara rasional dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup. (iii) Kecergasan Sosial – keupayaan individu untuk bergaul dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang sihat. (iv) Kecergasan Emosi – keupayaan individu untuk menghadapi masalah harian dan keupayaan individu untuk membentuk sistem nilai. (v) Kecergasan Rohani – dapat memanafaatkan masa sanggang dengan berfaedah, mempunyai kepercayaan beragama, meningkatkan perasaan kendiri dan dapat menghadapi sebarang kecemasan.


KECERGASAN FIZIKAL

Kecergasan fizikal ialah kerja fizikal harian dan dapat berfungsi secara berkesan. Individu juga dapat mengatasi hal-hal kecemasan dengan efisien dan meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaeah. Kecergasan sering kali dikaitkan denga keupayaan individu untuk menggunakan masa sanggang, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecergasan.

Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan daripada ancaman penyakit-penyakit hipokinetik seperti penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk kemahiran pula merujuk fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkannya bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, mempunyai daya kuasa, kuat, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya, (Falls, 1980).

Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas fizikalnya sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin terjadi, (Clarke, 1979).


KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN

Daya Tahan Kardiovaskular (DTK)
Merujuk keupayaan kardiovaskular mengedar sistem darah beroksigen ke otot-otot yang berkerja dengan efisien dan pada jangka masa yang lama. DTK individu bergantung kepada kombinasi sistem jantung, sistem paru-paru dan sistem saluran darah yang efisien.

Sistem respirasi dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel dan organ-organ di dalam badan untuk melakukan aktiviti fizikal di dalam jangka masa yang panjang. Aktiviti-aktiviti DTK melancarkan lagi sistem peredaran darah dan meningkatkan lagi kebolehan paru-paru berfungsi secara optimum.

Contoh aktiviti DTK ialah latihan aerobik, seperti berjalan kaki, berenang, berjogging, jeda, fartlek dan mendaki gunung.

Daya Tahan Otot (DTO)
Kebolehan sesuatu jenis otot atau kumpulan otot menghasilkan daya berulang-ulang di dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu. DTO membantu individu melakukan kegiatan yang membebankan anggota-anggota badan secara berterusan.

Contoh aktiviti DTO antaranya ialah, naik dan turun tangga, bench press dan jeda.

Kekuatan Otot
Kebolehan kumpulan otot menghasilkan daya untuk mengatasi sesuatu rintangan. Kekuatan sesuatu jenis otot atau kumpulan otot boleh menghasilkan kuasa kontraksi otot yang maksimum.

Contoh latihan kekuatan otot antaranyanya, tekan tubi, bangkit tubi dan latihan litar.

Fleksibiliti
Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen melakukan pergerakan dengan lancar pada julat pergerakan yang maksimum. Hasil sesuatu pergerakan ditentukan oleh kefleksibelan serta panjang otot-otot, ligamen, tendon dan struktur sendi.

Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan fleksibiliti ialah pusing sisi, lentik sisi dan lentik belakang.

Kompisisi Tubuh Badan
Ianya merujuk kepada peratusan kandungan tubuh berbanding dengan berat tubuh yang terdiri tulang dan otot-otot. Pada amnya, berat badan individu merangkumi 70% – 80% otot dan tulang manakala 20% - 25% adalah lemak.

Bentuk badan manusi terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (i) Endomorf (gemuk). (ii) Ektomorf (kurus).     (iii) Mesomorf (sasa).




KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN MOTOR

Koordinasi (KOD)
Ianya merujuk kepada keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan individu. Koordinasi melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota tubuh. Individu yang mempunyai koordinasi mata dan tangan berbakat di dalam bidang sukan seperti badminton dan tenis. Individu yang mempunyai koordinasi mata dan kaki yang baik cemerlang dalam sukan bola sepak.

Contoh latihan untuk meningkatkan koordinasi ialah burpees.

Imbangan
Ianya merujuk kepada keboleh individu mengekalkan keseimbangan apabila pusat griviti, dasar atau tapak yang menyokongnya diubah atau statik. Imbangan terbahagi kepada dua jenis iaitu: (i) Imbangan Statik – merujuk kepada, kebolehan mengekalkan keseimbanagan ketika pusat griviti berada setempat. (ii) Imbangan Dinamik – merujuk kepada, kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat griviti diubah.

Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan imbangan antaranya ialah, berdiri dengan sebelah kaki dan berjalan atau berlari dengan sebelah kaki.

Ketangkasan
Merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan berturut atau mengubah kedudukan dengan pantas dan tepat. Kepantasan melibatkan kepada aspek-aspek koordinasi gerak tubuh.

Contoh latihannya ialah lari ulang-alik.

Kuasa
Merujuk kepada keupayaan otot untuk menghasilkan daya yang maksimum di dalam jangka masa yang singkat. Kuasa melibatkan kekuatan dan kelajuan otot.

Conto latihannya antaranya ialah, melontar peluru, bola segar dan lompat tinggi.

Kelajuan
Merujuk kepada keupayaan untuk melakukan pergerakan dari satu kedudukan ke kedudukan yang baharu dalam jangka masa yang singkat. Kelajuan ditentukan oleh hasi jarak langkah dan kekerapan melangkah.

Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan kelajuan antaranya ialah, pecut 50m dan 100m

Masa Tindak Balas (Reaction Time)
Merujuk kepada satu jangka masa yang diambil untuk bergerak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

Contoh aktiviti, antaranya ialah berlari pecut, menangkap bola.



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...