Sistem ini digunakan untuk
perlawanan yang tidak rasmi. Sistem ini sesuai digunakan untuk sukan individu,
berpasukan dan perlawanan persahabatan antara kelab-kelab. Sistem
cabar-mencabar boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu, tangga, piramid dan
serombong.
Sistem Tangga
Sistem ini biasanya digunakan
untuk bidang sukan permainan yang melibatkan pertandingan individu seperti
tinju, tenis, badminton dan sebagainya. Dalam sistem ini, pemin-pemain akan
ditempatkan mengikut kebolehan mereka pada akhir pertandingan. Pemin-pemain
yang ditempatkan di bawah boleh mencabar pemain yang berada satu tangga di
atas.
Jika pemain di tangga bawah dapat
menewaskan pemain di atas, pemain tersebut akan ditempatkan di atas mankala
nombor berikutnya akan turun satu persatu. Pergerakan semua peserta akan naik
ke nombor yang teratas sekali. Tiada seorang pemain pun yang akan disingkirkan
dalam sistem ini. Setiap peserta diberi peluang untuk terus bertanding walaupun
menghadapi kekalahan.
Contoh ranking sistem tangga:
Peserta
|
Kedudukan
|
Fuad
|
1
|
Nurikhan
|
2
|
Pyan
|
3
|
Radhi
|
4
|
Muselihat
|
5
|
Jaafar
|
6
|
Rostam
|
7
|
Azizul
|
8
|
Fadhilah
|
9
|
Irwan
|
10
|
Sistem Piramid
Dalam sistem ini, peserta akan
berlumba-lumba untuk menduduki petak teratas piramid dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Pilihan pertama dalam sistem piramid, peserta hanya dibenarkan
mencabar peserta-peserta yang berada di kiri, kanan, di atas kiri dan di atas
kanannya sahaja.
Pilihan kedua dalam sistem ini,
peserta boleh mencabar peserta-peserta yang berada di petak sederet dengannya
dan peserta-peserta yang berada di petak satu tingkat di atasnya. Peserta yang
menang akana menggantikan tempat peserta yang kalah sehingga berada di petak
yang teratas. Peserta yang berada di petak teratas (puncak piramid) pada akhir
tempoh sesuatu pertandingan yang ditetapkan dan ditetapkan sebagai pemenang.
Sistem Serombong
Sistem ini adalah gabungan antara
pertandingan tangga dan piramid. Pada pusingan awal, akan diadakan pertandingan
piramid dan setelah melepasi peringkat piramid, tujuh peserta yang di atas akan
bertanding mengikut sistem pertandingan tangga. Peserta yang berada di tangga
teratas sekali merupakan juara keseluruhan.
Kebaikan dan keburukan Sistem
Cabar Mencabar
Kebaikan
|
Keburukan
|
Memberi peluang kepada peserta yang mempunyai kebolehan
|
Bilangan permainan bergantung kepada inisuatif peserta
|
Semua peserta dapat bertanding
|
Perlawanan tidak menarik
|
Pemain mempunyai semangat yang tinggi.
|
Peserta akan berasa keletihan
|
Boleh diadakan dalam tempoh masa yang berbeza
|
-
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan