Pembentukan tenaga ialah hasil
daripada metabolism makanan. Tenaga yang diperolehi daripada proses metabolisme makanan yang dimakan tidak terus digunakan sebaliknya terpaksa melalui beberapa
proses kimia untuk menhghasilkan tenaga. Tenaga ini digunakan untuk
menghasilkan satu sebatian kimia yang dipanggil Adenoisine Triphosphate atau ATP. ATP disimpan dalam semua sel
otot. ATP seterusnya dibekalkan kepada sel-sel otot melalui tiga cara iaitu:
(i) Melalui Sistem Anaerobik Alaktik (ATP-PC). (ii) Melalui Sistem Asid Laktik
(Anaerobik). (iii) Melalui Sistem Oksigen (Aerobik).
Sistem anaerobic alaktik
menghasilkan bahan kimia yang dipanggil phsphocreatine (ATP-PC). Sistem ini
tidak memerlukan oksigen. Sumber ATP yang terhasil adalah sedikit untuk
membekalkan tenaga dalam masa yang singkat iaitu lebih kurang 10 saat. Oleh
sebab system ini paling pantas menghasilkan tenaga, maka system ini sesuai
untuk aktiviti-aktiviti seperti melontar peluru, lari pecut, merejam lembing
dan melempar cakera.
Sistem anaerobic laktik
menghasilkan bahan kimia melalui pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada
asid laktik. Sistem ini tidak memerlukan oksigen. Sumber ATPnya adalah sedikit
dan terhad. Tahap maksimum sumber ini menghasilkan tenaga hanya di antara 2
hingga 3 minit (selepas system ATP-PC). Oleh itu, aktiviti yang sering
menggunakan system ini ialah lari jarak sedarhana, badminton, dan permainan
yang memerlukan larian jarak sedarhana.
Sistem aerobic atau oksigen ini
wujud apabila berlaku pemecahan yang lengkap makanan serta karbon dioksida dan
air akan terhasil. Sistem ini berfungsi apabila sesuatu aktiviti berlanjutan
sehingga 5 minit atau lebih. Sistem ini memerlukan oksigen dan menggunakan
sumber karbohidrat, lemak dan protein dalam pembentukan tenaga.
Pengeluaran karbon dioksida dan air dan pembebasan tenaga dengan kehadiran oksigen dalam sistem aerobik |
MEKANISME TENAGA
|
MAKANAN ATAU BAHAN KIMIA
|
KEPERLUAN OKSIGEN
|
JANGKA MASA
|
|
ATP
|
Aerobik
|
Glikogen
Lemak
Protein
|
Ya
|
Lebih daripada 3 minit
|
Asid Laktik
|
Anaerobik
|
Glikogen
|
Tidak
|
45 – 60 saat
|
Alaktik
|
Anaerobik
|
(ATP-PC)
Phosphocreatine
|
Tidak
|
5 – 10 saat
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan