Semua pergerakan merupakan hasil daripada
penguncupan/kontraksi otot. Otot membantu pergerakan sendi dan tulang. Tisu
otot menyumbangkan 40% hingga 50% berat tubuh dan mempunyai sel-sel khusus.
Otot mempunyai ciri-ciri pergerakan tertentu. Otot berupaya menerima dan
bergerak balas terhadap rangsangan.
Sifat-sifat
Otot
Menguncup atau kontraktiliti; Mengendur dan
relaksi; Regangan; Berubah bentuk pada asal msetelah mengalami kontraksi atau
relaksi.
FUNGSI-FUNGSI
OTOT
Semua penguncupan notot bergantung pada fungsi
tulang, sendi dan otot yang melekat pada tulang. Tujuannya adalah untuk
menjalankan aktiviti harian. Penguncupan otot juga menghasilkan haba dan
mengekalkan postur badan. Otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
Otot Licin
– bersifat involuntari; mempunyai gerakan di luar kawal; berbeza dengan otot
jantung kerana tiada jalur; contoh, otot abdomen.
Otot Rangka
– serat/fibernya boleh memanjang sejauh 30cm atau lebih; setiap seratnya
dikelilingi oleh membran yang disebut sarkolama; Sarkolama dan miofilamen
bergabung untuk menghasilkan pergerakan; contohnya otot muka.
Otot Jantung
– bertindak tanpa rangsangan saraf; kuasa sistem saraf bergantung pada
pengenduran dan penguncupan otot-otot kardiak mengikut keperluan tubuh;
contohnya otot jantung.
Ciri-ciri
Otot Rangka:
Kontraktiliti (memendek)
Ekstansibiliti (memanjang)
Eksitabiliti (bergerak balas terhadap rangsangan)
Elastiliti (pergerakan pelbagai arah)
PELEKATAN
OTOT
Dua tempat perlekatan otot ialah:
Pelekatan Proksimal
– pelekatan ini bersambung pada tulang yang tidak bergerak atau statik
contohnya sendi bahu, pelekatannya adalah di tulang klavikal yang memegang otot
Deltoid.
Pelekatan
Distal – pelekatan yang bersambung pada tulang yang bergerak atau dinamik
contohnya, sendi bahu, pelekatan distal adalah pada tulang Humerus.
INTERAKSI
OTOT-OTOT DALAM PERGERAKAN RANGKA
Interaksi otot terbahagi 3 jenis iaitu:
Agonis -
merupakan kumpulan otot-otot utama atau primer yang menghasilkan pergerakan.
Antagonis
– merupakan kumpulan otot-otot yang bergerak bertentangan agonis.
Sinergis –
bergerak dengan agonis. Sinergis berkerjasama dengan agonis untuk menyatukan
daya pada perlekatan otot-otot.
PERANAN OTOT
DALAM PERGERAKAN
Penguncupan Isometrik
– penguncupan otot-otot yang statik dan tiada perubahan di dalam pemanjangan
otot-otot. Ketegangan berlaku pada bahagian yang dihasilkan tetapi tiada
pergerakan mekanikal contohnya, menolak dinding.
Penguncupan Isometrik |
Penguncupan
Isotonik – penguncupan otot yang menyebabkan otot-otot memendek apabila
melakukan aktiviti. Menghasilkan pergerakan dinamik. Melakukan kerja
penguncupan (konsentrik) dan pengembangan (esentrik) contohnya, mengangkat
berat.
Penguncupan Isotonik |
Penguncupan
Isokinetik – Melibatkan penguncupan yang berbeza untuk melakukan
pergerakan. Pergerakan otot mengikut bebanan yang boleh ditentang oleh otot
contohnya aktiviti burpee.
Penguncupan Isokinetik |
HALAJU
PENGUNCUPAN OTOT
Fast Twich Muscle – digunakan oleh
atlet pecut jarak dekat seperti 100 meter
dan 200 meter. Melibatkan sistem tenaga anaerobik iaitu asid laktik.
Slow Twitch Muscle – digunakan oleh
atlet maraton jarak jauh dan melibatkan sistem tenaga aerobik iaitu oksigen.
Peratusan fiber otot slow twitch muscle |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan