Roti adaah makanan yang berkhasiat kerana mengandungi segala zat yang disarankan untuk kehidupan yang sihat. Daripada sekeping roti (bukan roti canai) kita boleh memperolehi karbohidrat, vitamin dan mineral untuk kita menjalani kehidupan setiap hari.
Roti merupakan sumber karbohidrat kompleks yang tinggi dan kekerapan makan roti adalah cara terbaik dan mudah untuk memperolehi tenaga. Saranan pengambilan roti yang baik ialah enam keping setiap hari kerana karbohidrat kompleks tidak mengandungi banyak kalori.
Memakan oti tidak akan mengemukkan, tetapi lemak dan gula yang ditambah kedalam adunan rotilah yang akan meningkatkan jumlah kalori. Namun begitu, kebanyakan roti putih di pasaran tidak mengandungi gula dan amat
sesuai untuk mengekalkan tenaga setiap hari.
Roti merupakan makanan yang rendah lemak kecuali kita menambah inti seperti disapu majerin, mentega, keju, meyonis dan sebagainya. Kebanyakan roti di pasaran tidak mengandungi lemak tepu dari haiwan.
Bijirin, termasuk semua jenis roti adalah sumber fiber yang terbaik. Fiber boleh mengelakkan sembelit, buasir dan kemungkinan kanser usus. Fiber di dalam roti juga akan bertindak sebagai penyerap lemak yang berkesan. Roti penuh gandum dan roti perang adalah terbaik kerana mempunyai kandungan fiber yang lebih berbanding roti putih.
Kalsium yang terkandung di dalam roti juga amat penting untuk kesihatan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Kalsium di dalam roti membantu sistem saraf berfungsi dengan lebih baik dan seterusnya membantu sistem otot berkerja dengan lebih efesyen. Roti merupakan sumber kalsium termurah, dengan hanya enam keping roti sehari akan membekalkan 36% kalsium yang diperlukan tubuh setiap hari.
Thiamin, asid nicotinic dan ribofalvin adalah vitamin yang diperlukan untuk membantu penjanaan tenaga dari karbohidrat dan juga memastikan kulit, mata dan sistem saraf berkadaan sihat. Lebih 1/3 thiamin datang dari produk bijirin seperti roti yang juga sumber terbaik bagi asid nicotinic dan ribofalvin.


No comments:
Post a Comment