Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 9 Oktober 2011

KEBAIKAN VITAMIN E TERHADAP KESIHATAN JANTUNG


Satu daripada zat makanan membantu jantung yang sihat ialah vitamin E. 

Selain gaya hidup di dalam mengekalkan kesihatan jantung seseorang, makanan tambahan berkhasiat juga sama pentingnya. 

Vitamin E merupakan anti oksida yang berkesan dalam mencegah penyakit jantung di mana ianya bertindak sebagai mekanisme perlindungan dengan kebolehan untuk menutralkan radikal bebas yang menyebabkan pengoksidaan kolestrol LDL. 

Vitamin E akan mengelakkan dan mengurangkan pembentukan plak lemak di dalam dinding saluran darah. 

Plak lemak akan menyebabkan penyempitan saluran darah menyebabkan berlakunya serangan penyakit jantung.

Kajian oleh Cambridge Heart Axtioxidant Study (CHAOS :1996) dan Secondary Prevention with Antioxidant of Cardiovascular Disease in End Stage Renal Disease (SPACE : 2000) menunjukan, vitamin E dapat mengurangkann penyakit jantung. 

Kajian oleh SPACE menunjukan, 196 orang pesakit dengan pra kewujudan penyakit jantung dan sesiapa yang melalui dialysis ginjal mempunyai 54% pengurangan penyakit jantung apabila diberi 800 IU vitamin E setiap hari selama 519 hari. 

CHAOS mengesahkan vitamin E mengurangkan risiko serangan jantung lebih kurang 75%.

About Laboratories (1998) menyatakan bahawa sumber semulajadi yang kaya dengan vitamin E adalah minyak sayur-sayuran termasuk minyak sawit, kekacang dan bijirin penuh. 

Diet biasa yang diambil oleh seseorang puratanya hanya membekalkan sebanyak 10 hingga 15 IU vitamin E, tetapi kajian menunjukkan seseorang memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 400 IU   hingga 800 IU untuk menunjukkan keputusan yang positif terhadap jantung yang sihat. 

Untuk memperolehi 100 IU vitamin E, seseorang harus mengambil 5 paun bayam atau 4 cawan kekacang. Biji bunga matahari atau 4 paun gandum perlu diambil untuk mencapai 400 IU vitamin E tetapi jumlah tersebut mempunyai diet tinggi kalori dan lemak.

Supplements vitamin E adalah satu alternative terutamanya di dalam bentuk pil. 

Namun begitu, terdapat begitu banyak jenis pil supplements vitamin E di pasaran dan untuk membelinya, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan: 

(a) Vitamin E semulajadi di bawah Label “d” alpha-tocopherol . Vitamin E semulajadi adalah 36% lebih berkesan secara biological dan bertahan lebih lama di dalam tisu-tisu badan untuk melindungi tubuh daripada kesan buruk radikal bebas. 

(b) Label bio-enhanced Vitamin E – vitamin E lebih pantas tersebar di dalam perut dan lebih berkesan diserap oleh tubuh. Berdasarkan keupayaan penyerapan yang tinggi, dos terendah biasanya cukup memadai iaitu 250 IU dos bio-enhanced bersamaan dengan 400 IU dos konvensional vitamin.



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...