Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 16 Oktober 2011

DAGING DALAM DIET KANAK-KANAK


American Association for the Advancement of Science (2005) melaporkan, sedikit daging kalau dimasukkan ke dalam diet harian anak-anak kita mampu memperbaiki tahap kesihatan serta menambah kecerdasan mental mereka. 

Kajian telah di buat di pendalaman Kenya, didapati kanak-kanak yang makan 2 aun daging setiap hari bersama hidangan tengahari yang biasa diambil bersama jagung dan kacang telah berjaya mempamerkan kecemerlangan dalam ujian menyelesaikan masalah berbanding kanak-kanak yang hanya diberi tambahan susu atau minyak sayuran  di dalam menu hidangan tengahari mereka.

International Food Policy Research Institute (2005) melaporkan, sistem imun kanak-kanak akan menjadi lemah apabila kekurangan zat besi, zink dan pelbagai nutrient lainnya. 

Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa tumbesaran dan perkembangan kognitif mereka juga akan mengalami masalah. di Kenya, kebiasaan kanak-kanak mengambil hidangan tengahari dengan makanan tridisi mereka sahaja iaitu jagung dan kacang. 

Semasa kajian dijalankan, hidangan tengah hari mereka telah ditambahkan 2 aun daging, susu atau minyak sayur yang masing-masing sama nilai kalorinya. 

Hasilnya, mendapati kanak-kanak yang diberi makan tambahan berjaya menambah berat badan dan ketinggian mereka. 

Kajian ini juga melaporkan, kanak-kanak yang ditambah hidangan tengahari mereka dengan daging, berjaya mendapat markah yang tinggi dalam ujian penyelesaian masalah.

Kanak-kanak yang diberi makan tambahan daging dan susu juga mampu mendapat lebih khasiat vitamin B12. 

Selepas kajian dilakukan , didapati hanya 0.01% daripada kanak-kanak yang terlibat  di dalam kajian kes ini mengalami masalah kekeurangan vitamin B12. 

Walaupun jumlah dagingan yang diambil sangat sedikit, sebenarnya sumber protein daging masih mampu memenuhi keperluan harian vitamin B12 (vitamin B kompleks) bagi tubuh kanak-kanak. 

Dalam masa yang sama, kuantiti daging terhad itu juga berupaya memenuhi 68% daripada keperluan harian untuk zink dan 26% keperluan harian zat besi kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...