Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 20 Julai 2016

Perihal KENTUT!



Purrrrtttttt .... ooooohahhhh lega!

Kentut merupakan salah satu nikmat hidup yang menyeronokkan. 

Anda pasti setuju!

Kentut merupakan proses gas disingkirkan daripada rektum. Kentut dibawa ke rektum melalui proses peristalsis yang menyebabkan najis turun dari usus besar. 

Bunyi yang dihasilkan adalah disebabkan getaran sfinkter dubur atau dalam bahasa mudahnya disebabkan punggung tertutup. 

Mereka yang kentut tidak berbunyi mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk kekuatan teras tidak kuat untuk menghasilkan tekanan, kekuatan otot punggung tidak kuat dan sebagainya.

Ada apa dalam komponen gas kentut? 

Kandungan utamanya ialah gas nitrogen bersama dengan karbon dioksida. Komponen kecil lain termasuk gas metana dan hidrogen yang mudah terbakar. Namun tidak semua manusia menghasilkan kentut yang mengandungi gas metana. 

Cuba kita buat ujian dengan kentut dihadapan api. Adakah api itu bertambah marak atau terus terpadam? Atau punggung kita yang terbakar!

Sudah tentu gas yang dibebaskan semasa kentut mempunyai bau yang kurang menyenangkan. 

Ujian kromatografi gas menunjukkan ia mengandungi sebatian sulfur seperti methanethiol, hidrogen sulfida yang berbau telur busuk dan dimetil sulfida. 

Bau kentut adalah mengikut tabiat pemakanan kita. 

Bau kentut juga boleh disebabkan kehadiran sebilangan besar bakteria mikrofloria dan kehadiran najis dalam rektum.

Komponen utama kentut yang tidak berbau mengikut peratus adalah seperti berikut;
Nitrogen: 20-90%
Hidrogen: 0-50%
Karbon dioksida: 10-30%
Oksigen: 0-10%
Metana: 0-10%

Tahukah anda, menghidu bau kentut boleh membunuh? 

Terdapat kes dilaporkan, individu yang suka menghidu bau kentutnya sendiri mati disebabkan gas-gas yang dihidu.

Kenapa kentut? 

Apa kebaikannya? 

Kentut membantu dalam membawa najis daripada usus besar ke rektum sebelum dikeluarkan. 

Kentut juga menunjukkan kekuatan otot teras. 

Untuk menghasilkan bunyi yang kuat, gas itu perlu dikeluarkan dengan halaju yang tinggi. Kekuatan meneran berasal dari otot teras.

Gas yang dihasilkan berpunya daripada pelbagai sumber termasuk udara yang disedut dan sumber endogen, iaitu gas yang dihasilkan dalam saluran penghadaman. Gas endogen dihasilkan sama ada sebagai produk pencernaan makanan atau penghadaman tidak lengkap. Gas tersebut dicampur dengan penapaian najis menghasilkan bau yang mengasyikkanMakanan yang menghasilkan bau yang hebat termasuk kekacang, kuning telur, cheese. 

Gas endogen timbul daripada penghadaman oligosakarida kompleks. Mereka ini susah dihadamkan, apabila sampai ke usus, bakteria memakan mereka dan menghasilkan kentut yang banyak. 

Dalam kes intoleransi laktosa, biasanya pengambilan ‘weight gainer’, bakteria usus memakan laktosa dan mengeluarkan gas berlebihan. Pelbagai lagi makanan dikaitkan dengan kentut yang mengasyikkan ini, termasuk rempah, kanji seperti kentang, jagung, ubi keledek, ubi kayu dan bawang putih.

Bagaimana mengurangkan bau yang kurang menyenangkan ini? 

Antara cara adalah dengan pengambilan probiotik seperti yogurt, kultur hidup yang mana mengembalikan keseimbangan flora usus. 

Lactobacillus acidophilus berguna dalam mengurangkan kembung perut. Ia mengurangkan bau tetapi tidak menukar baunya menjadi wangi. 

Jika ingin kentut yang wangi, anda mungkin boleh menggantungkan 1 botol minyak wangi di bahagian permukaan dubur anda. 

Suplemen enzim pencernaan juga membantu mengurangkan jumlah angin yang disebabkan beberapa komponen makanan yang tidak dicerna oleh badan dan seterusnya menggalakkan tindakan mikrob dalam usus kecil dan besar. 

Antara enzim yang boleh didapati di farmasi termasuk enzim alfa-galaktosidase, laktase, amilase, lipase, protease, sellulase, glucoamylase, invertase, pectinase, dan bromelain. Rifaximin biasa digunakan untuk merawat cirit birit yang disebabkan oleh mikroorganisma E. coli.  Mikroorganisma E. coli lah yang menyebabkan kekerapan kentut bertambah dengan bau yang hebat.

Kekerapan kentut boleh jadi satu kebaikan, tetapi boleh juga jadi simptom untuk penyakit seperti irritable bowel syndrome atau penyakit-penyakit organik yang lain. Jika kentut berlarutan tanpa henti, dapatkan bantuan perubatan. 

Menahan kentut boleh jadi bahaya juga. Gas yang ditahan boleh meresap kembali keluar melalui atas dan melalui paru-paru. Kebiasaan, apabila seseorang menahan kentut, dia akan membebaskannya apabila berada dalam keadaan rehat seperti tidur.

Tahukah anda?

Menghidu asap rokok lebih bahaya daripada menghidu bau kentut tetapi kebanyakkan kematian disebabkan pengkentut pasif lebih ramai berbanding kematian perokok pasif.

Analogi kentut!

Tak jujur - Dia sendiri kentut tapi salahkan orang lain
Bodoh -  Tahan kentut sendiri berjam-jam
Yakin diri - Kentut dengan kuat dan selamba dek 
Sadis - kentut dalam selimut kemudian dikibas-kibas baunya
Ada strategi hebat - kentut pelan-pelan kemudian ketawa dengan kuat
Misteri - kentut yang tak dapat dikesan orang
Sikap gugup - terkentut bila disergah
Periang - Kentut pelan-pelan kemudian senyum sorang-sorang
Pemalu - kentut sikit-sikit
Bangsat - tutup semua tingkap kemudian kentut kuat-kuat 


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...