Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 26 Julai 2016

Muntah dan loya semasa senam!


Terdapat beberapa kemungkinan: 
  • Bersenam Perut Kosong - Jika anda bersenam dengan perut kosong, terutama selepas bangun tidur, anda berkemungkinan rasa loya atau nak pitam. Ini adalah kerana badan anda rendah nutrisi dan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti tersebut. Jika karbohidrat terlalu rendah, badan akan menggunakan otot dan lemak sebagai tenaga. Apa kata cuba makan sedikit sebelum memulakan latihan. Jika anda menyasarkan bakar lemak, dapatkan sedikit makanan berprotein 30 hingga 60 minit sebelum bersenam.
  • Masa Makan - Masa makan tidak betul juga berkemungkinan menyebabkan rasa loya, pening dan nak muntah. Ada jenis karbohidrat yang cepat hadam, ada yang lambat hadam. Jika anda makan karbohidrat kompleks seperti nasi, pastikan masa makan sekitar 2 jam sebelum bersenam, bergantung pada metabolisme seseorang. Ada rasa mengantuk ketika bersenam? Ia mungkin disebabkan insulin dirembaskan pada masa yang tidak sepatutnya dan menyebabkan gula rendah dalam darah.
  • Kekurangan Cecair - Kesimbangan air dalam badan kita penting. Berpeluh menyebabkan air hilang daripada badan dan perlu digantikan balik. Minum air ketika bersenam. Air yang paling sesuai adalah air sejuk dengan suhu 2 hingga 4 darjah celsius. Air sejuk dan bukan air ais. Air panas menyebabkan air tersebut lambat turun ke usus dan berada di perut. Air diserap di usus dan bukannya di perut.
  • Tekanan Darah Tinggi - Pergerakan yang tertumpu pada satu bahagian mungkin menyebabkan rasa pening pada orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Bila kali terakhir anda periksa tekanan darah?
  • Tekanan Darah Rendah - Pergerakan laju, kurang rehat mungkin memberi masalah pada mereka yang mengalami tekanan darah rendah. Ambil masa anda untuk beralih daripada satu set senaman ke set berikutnya. Elakkan senaman yang perlu bangun dan duduk dalam masa cepat.
  • Pengumpulan Darah - Darah berkumpul di satu tempat pada senaman yang berat seperti squat, deadlift. Kurang darah beroksigen yang disalurkan ke otak ketika itu. Pastikan anda mengambil masa untuk pulih sebelum memulakan set seterusnya. Jangan duduk selepas squat. Berjalan berlahan untuk melancarkan kembali aliran darah atau baring dengan meninggikan kaki.
  • Anemia - Anemia adalah masalah disebabkan kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi menyebabkan kekurangan sel darah merah atau kurang pembawa oksigen. Senaman berat mungkin menyebabkan oksigen lambat kembali ke otak.
  • Pernafasan - Teknik pernafasan tidak betul ketika bersenam jika mungkin menyebabkan rasa pening dan mual. Bernafas dengan cara yang betul boleh meningkatkan kapasiti paru-paru dan mengawal kadar denyutan jantung agar tidak terlalu tinggi.
  • Terlalu Banyak - Jika anda baru bersenam atau sudah lama meninggalkannya, mulakannya secara berperingkat. Jangan terlalu syok sehingga ingin melakukan semua dalam masa sehari. Tak pasal-pasal kena panggil ambulan datang nanti.
  • Masalah Lain - Terdapat beberapa kemungkinan lain seperti masalah jantung dan sebagainya. Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman itu jika perlu.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...