Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 20 Julai 2016

Slapped Disc


Entri ini saya tulis, selepas berziarah hari raya di rumah Mak Cik di Sg. Mati. Saya dapati pergerakan beliau terbatas kerana katanya beliau mengalami slipped disc akibat tersalah langkah di bathub rumah anaknya di KL. Didoakan semoga beliau cepat sembuh dan sentiasa dirahmati Allah seisi keluarga...ameen

Apa itu slapped disc?

Slipped disc atau juga dikenali sebagai prolapsed atau herniated disc merupakan kecederaan yang berlaku di bahagian vertebra (tulang belakang). Ada 33 tulang vertebra jika dikira semua bermula dengan cervical, thoracic, lumbar, sacrum dan coccyx. 26 vertebrae ada kusyen atau disc. 


Setiap disc ada 2 bahagian. Bahagian lembut di dalam dan bahagian keras di luar. Kecederaan atau kelemahan otot boleh menyebabkan bahagian dalam disc keluar daripada ring-nya. Ia menyebabkan sakit dan tidak selesa. Jika ia menekan saraf, mungkin menyebabkan kebas dan kesakitan pada sambungan saraf tersebut. Jika kes teruk, mungkin memerlukan pembedahan untuk buang atau memperbaik. 


Apa simptom-simptonya?

• Sakit dan kebas di mana-mana bahagian, kebiasaanya sebelah badan sahaja.
• Sakit berlarutan mungkin ke bahagian tangan atau kaki.
• Sakit menjadi teruk di waktu malam.
• Sakit menjadi teruk ketika berdiri atau duduk.
• Sakit ketika berjalan walaupun sekejap.
• Terdapat otot yang lemah tertentu, bergantung pada kecederaan di mana.
• Berdenyut-denyut, sakit atau seperti terbakar di tempat yang cedera.

Simptom-simptomnya mungkin berbeza mengikut individu. Jumpa ‘pakar’ jika ada kesakitan atau kebas atau hilang keupayaan mengawal sesuatu otot. 

Kenapa ‘pakar’? 

Ada sebahagian doktor klinik yang hanya bagi ubat tahan sakit dan suruh berehat di mana ianya mungkin merupakan SOP dalam bidang perubatan iaitu menghilangkan kesakitan dahulu.

Beberapa jenis pakar yang boleh dirujuk:
• Pakar Orthopedic
• Pakar Chiropractor
• Pakar Terapi Fizikal (Fisiotrapi)
• Pakar Neuro

Menurut kajian, mereka di usia 35 hingga 45 paling tinggi kena masalah ini. Ia disebabkan disc mula kehilangan cecair pelindung ketika itu. Masalah lebih biasa pada lelaki berbanding perempuan.

Apa bahayanya?

Dalam kes yang tidak dirawat, ia boleh mengarah ke kerosakan saraf yang kekal. Dalam kes tertentu, ia boleh mematikan saraf cauda equina di bahagian lower back dan kaki. Ia menyebabkan seseorang hilang upaya untuk mengawal bowel atau pembuangan air besar dan kecil. Masalah biasa berlaku lagi adalah saddle anesthesia. Ia menyebabkan seseorang hilang rasa di bahagian kaki dan keliling rektum.

Bagaimana mengesahkan kecederaan?

X-ray, CT scan, MRI atau discogram juga boleh dilakukan.

Bagaimana ianya dirawat?

Ia boleh jadi daripada rawatan konservatif ke alternatif ke pembedahan. Jika boleh, rujuk beberapa pakar dahulu sebelum buat keputusan untuk pembedahan. Kebiasaanya, ada pihak terus cadang pembedahan untuk dapatkan duit lebih. 

Sebenarnya, ada senaman-senaman yang boleh dibuat untuk mengurangkan sakit (rujuk pakar fisiotrapi). Kalau terlalu sakit, biasanya dicadangkan ubat tahan sakit atau sebarang alternatifnya. Jika ubat tahan sakit biasa tak berkesan, biasa dicadangkan muscle relaxer, atau mungkin dadah narkotik atau ubat saraf seperti gabapentin atau duloxetine (rujuk doktor)

Bagi pembedahan, biasaanya ada 2 iaitu microdiskectomy, buang sebahagian disc yang terkeluar atau laminectomy, menukar disc dengan disc santetik/tiruan.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...