Pernah rasa kebas di kaki selepas bangun
dari duduk, atau bersila? Kebas bukan sesuatu yang normal. Persoalannya,
kenapa kebas? Ada beberapa kemungkinan. Kebiasaanya disebabkan kurangnya darah
turun ke kaki atau mungkin disebabkan saraf. Terdapat saraf di belakang kaki
yang dipanggil sciatica. Sciatica adalah saraf terbesar di badan yang mana
boleh mencecah saiz jari terkecil.
Saraf ini terbentuk daripada kumpulan saraf
dari pinggang melalui bahagian punggung dan turun ke kaki. Jika saraf
ini tertekan, anda boleh berkeadaan tidak selesa
sehingga menyebabkan sakit. Simptomnya termasuk kebas, rasa terbakar, rasa
mencucuk, sakit, dan lemah di bahagian kaki. Terdapat beberapa keadaan
menyebabkan sciatica termasuk protrusion atau hernia di bahagian tulang belakang menyebabkan tekanan dan peralihan tulang belakang
atau dipanggil subluxation.
Satu lagi penyebabnya
adalah piriformis syndrome. Piriformis adalah otot di bahagian
dalam punggung yang diikat di sacrum kepada tulang pinggul. Apabila
berlaku pergerakan yang berputar, ia mungkin menyebabkan
sarat sciatic ditekan. Antara pergerakan berpusing adalah duduk, atau
bersila. Kebanyakan kes yang teruk adalah disebabkan alignment pelvik dan
pinggul tidak berada di tempat sepatutnya. Apa yang boleh dibuat untuk
mengurangkan atau menghentikannya? Betulkan kembali alignment dan
kurangkan keketatan pada otot piriformis.
Kebanyakan kes tidak merbahaya tetapi ada
juga kes yang dikaitkan dengan stroke dan tumor. Pengaliran
darah juga mungkin berkurangan disebabkan beberapa kondisi
seperti arteriovenous malformation, buerger’s disease,deep vein
thrombosis, frostbite, peripheral artery disease atau dikenali
juga sebagai peripheral vascular diseaseyang mana salur darah mengecil
disebabkan plak dan kolestrol dan seterusnya menyebabkan darah kurang dialirkan
kebahagian badan tertentu.
Keadaan kaki kebas boleh menyebabkan
keadaan jadi lagi teruk jika dibiarkan. Jika anda sudah
membetulkanalignment pinggul tetapi masih berdepan masalah sama, dapatkan
pengesahan pakar.
susulan yang dikaitkan dengan kaki kebas termasuk;
– Amputation
– Ketidakupayaan
– Kegagalan organ
– Paralysis
– Kehilangan kekal deria
– Sakit kekal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan