Dah lama tak pekena asam pedas Muo ...Fuhhhh! |
Ramai
rasanya yang takut dengar perkataan nasi, sehingga timbul tanggapan umum, ‘nasi
menggemukkan’.
Tetapi mengambil nasi benar-benar akan menggemukkan anda?
Ramai yang dididik dengan gaya pemakanan barat seperti kentang, pasta, pitzza, burger, cheese dan
sebagainya sehingga beranggapan, nasi tak boleh disentuh langsung untuk kelihatan cantik.
Apa kata jangan tengok yang cantik sahaja tetapi cuba tengok pula berapa ramai yang
obes di sana. Makanan ruji mereka di sana bukan nasi, tetapi di Asia boleh
dikatakan nasi. Beras adalah makanan utama bagi lebih daripada 3 bilion orang
di seluruh dunia dan majoriti di kawasan Asia. Terdapat lebih 15 ribu jenis
beras di seluruh dunia. Beras menyediakan lebih daripada satu perlima daripada
kalori yang digunakan di seluruh dunia oleh manusia.
Beras padat dengan nutrien dan menyumbang
lebih daripada 15 vitamin dan mineral. Ia adalah sumber yang sangat baik untuk
karbohidrat kompleks, yang mana tersimpan di dalam otot dan digunakan untuk
memberi tenaga kepada kita apabila memerlukan. Tidak seperti karbohidrat yang
lain, beras mengandungi protein yang bermutu tinggi. Beras mengandungi kesemua
lapan asid amino yang membantu dan mengekalkan tisu otot dan membuat enzim,
antibodi dan hormon.
Asid amino terdiri daripada leucine,
isoleucine, valine, lysine, methionine, phenylalanain, theronine, dan
trytophan. Asid amino ini dianggap penting kerana badan manusia tidak boleh
mengeluarkannya sendiri dan mesti diperolehi daripada sumber makanan. Kegagalan
mendapatkan cukup lapan asid amino perlu boleh menyebabkan degradasi protein
badan.
Dalam satu hidangan nasi putih, kandungan
nutrisinya mungkin kurang daripada nasi perang. Sebagai contoh, kandungan zat
besi mungkin separuh daripada beras perang. Kandungan proteinnya juga kurang
berbanding nasi perang. Nasi perang menawarkan enam kali lebih banyak vitamin
B1 (thiamine), tiga kali lebih banyak vitamin B2 (riboflavin), lima kali lebih
banyak vitamin B9 (folat) jika dibandingkan dengan nasi putih. Daripada
kebanyak segi nasi perang lebih baik daripada nasi putih. Nasi putih memiliki
kanji yang lebih tinggi.
Terdapat juga nasi putih diperkaya dengan
vitamin tambahan, tetapi tetap tidak menyamai nasi perang. Kanji di dalam beras
adalah jenis rintangan tinggi iaitu ia akan dihadamkan di usus. Ini
menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menjaga kesihatan usus.
Berbalik kepada persoalan, bolehkah makan
nasi dalam membentuk badan?
Boleh, selagi mana dalam keperluan kalori tubuh.
Nasi berlebihan mungkin akan disimpan, tetapi jika tidak berlebihan,
kenapa badan perlu simpan?
Bagaimana dengan roti?
Elok ke ganti nasi
dengan roti?
Kenyang ke makan roti 2 keping?
Kebanyakan
yang makan roti akan cenderung untuk makan lebih. Roti putih 2 keping dah hampir
seperti 1 hidangan nasi. Lebih kenyang makan nasi berbanding roti 2 keping.
Anggaran roti serat pula, sekitar 2 kali kurang daripada roti putih. 4 keping
hampir 1 hidangan nasi putih.
Angaran Nutrisi 1 hidangan:
- 1 cawan Nasi putih 29g karbohidrat
- 1 cawan Nasi perang 16g karbohidrat
- 1 cawan Nasi Poni 25g karbohidrat
- 1 cawan Nasi Basmathi 27g karbohidrat
- 2 keping Roti putih 23g karbohidrat
- 2 keping Roti serat 11g karbohidrat
- 1 keping Rice Cake 7g karbohidrat
Dalam diet, perlu bijak memilih
makanan, usah terpengaruh dengan ideologi diet atkins, diet nasi dan
sebagainya. Ikutlah piramid makanan sebagai panduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan