Alhamdulillah kerana kita berjaya melalui fasa latihan di
bulan Ramadhan. Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah.
Dalam kesihatan, ibadah berpuasa melatih sistem tubuh berfungsi
lebih baik dan akan meningkatkan kualiti kesihatan.
Ada yang memilih untuk berehat daripada hardcore workout dan ada juga yang meneruskan rutin berkerja seperti bulan-bulan yang lain. Ramai yang gembira kerana berjaya menurunkan berat badan di
bulan puasa, diucapkan tahniah. Tetapi persoalan, mengapa tiba-tiba berat badan
naik mendadak pada minggu pertama atau sebulan raya?
Jawapan daripada persoalan di atas ialah:
(a) Water retention
- Kita mesti ingat bahawa naik turun berat badan yang banyak dalam tempoh singkat bukannya otot atau lemak, tetapi berat air atau makanan/minuman kita pada hari tersebut. Ketika berpuasa kita kurang makan, terutamanya karbohidrat. Dalam 1 gram karbohidrat terkandung beberapa gram berat air. Jika banyak melakukan aktiviti semasa berpuasa, kita selalu berpeluh akibat cuaca panas atau kekeringan. Badan tidak menyimpan terlalu banyak berat air maka kita akan turun banyak berat badan.
- Bagaimana ketika raya? Memang kita banyak berjalan dan berpeluh tetapi setiap kali kita singgah di rumah tetamu, makanan selalunya berlebihan serta kita berada di luar “kawalan”. Tambahan pula, masakan ketika hari raya kebanyakan mengandungi garam serta minuman yang gula berlebihan. Ini antara punca penambahan berat badan.
(b) Prinsip asas kalori
- Tidak semua suka mengira kalori pemakanan, bukankah begitu? Jadi kita akan sentiasa mengambil mudah berkenaan apa yang kita makan. Pada kita, kuantiti sedikit tidak menjadi masalah. Walaupun kuantiti makanan itu sedikit atau banyak, kalorinya tidak sama. Nasi putih 1 pinggan 300 kalori, aiskrim 1 scoop 300 kalori. Jika 2 scoops masih sedikit kuantitinya di segi logik.
- Bagaimana dengan kalori. Prinsip asas kalori ialah: (i) calorie intake > calorie output, gain weight (ii) calorie intake < calorie output, lose weight (ii) calorie intake = calorie output, maintain weight
- Berat air (atau orang kita gelarkan “gemuk air”) boleh naik turun mendadak. Berat air ini kita boleh turunkan mungkin 3 ke 5 kg dalam tempoh seminggu. Berbeza dengan lemak. Ia tidak terbentuk dalam masa yang singkat.
Apakah penyelesaiannya?
- Lebihkan minum air dan pengambilan potassium (buah-buahan), kurangkan pengambilan sodium (garam).
- Sama ada kita kurangkan kalori (pemakanan), atau tambahkan pembakaran kalori melalui aktiviti (bersenam).
- Pastikan ada sumber protein dan fiber dalam hidangan.
- Penuhkan masa lapang dengan aktiviti supaya kita tidak cenderung untuk 'melantak' yang bukan-bukan di open house Hari Raya.
Do not stress due to sudden weight gain and we should examine whether the actual cause and trying to overcome them. Selamat Hari Raya and have fun with family and friends. Be careful when driving on the road.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan