Kasut tumit tinggi sejak sekian lama diketahui menyebabkan masalah
urat saraf pada kaki wanita yang memakainya, selain salah satu punca tapak kaki
menjadi rata.
Bagaimanapun kajian sekumpulan saintis dari New York menemui satu
lagi akibat mengejutkan kepada wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi,
apabila ia juga didapati menjadi punca payu dara menjadi kendur.
Menurut
penyelidik yang dipetik dari majalah Prevention, pemakaian kasut tumit tinggi akan
menyebabkan otot-otot pactrolis major atau otot-otot kecil di bahagian dada
menjadi lemah dan ini akan mengakibatkan payu dara menjadi kendur dan tidak
kelihatan menarik.
Segelintir wanita beranggapan bahawa mereka akan kelihatan lebih
tinggi, menawan, menarik dan seksi ketika memakai kasut tumit tinggi.
Bagaimanapun mereka tidak menyedari bahawa kasut tumit tinggi menyebabkan
sipemakainya mencondongkan tubuh ke hdapan hampir sepanjang masa.
Keadaan ini
menyebabkan otot dada menjadi tegang dan ‘menarik’ bahu wanita secara
berterusan.
Keadaan ini akan mengurangkan kecantikan bentuk tubuh dan lebih
buruk lagi, badan yang sentiasa membongkok akan memeberi tekanan di bahagian
atas tulang-tulang vertebra (tulang belakang) hingga ke leher dan akan
menyebabkan sakit di bahagian bahu.
Otot di dalam tubuh manusia adlah saling berkait antara satu bahagian
otot dengan otot yang lain.
Jika otot menjadi tegang, Ia akan member kesan
kepada keseluruhan sendi.
Penyelidik berkenaan mengesyorkan supaya wanita
sentiasa memerhatikan cara duduk kerana cara dududk yang tidak betul boleh
memburukkan lagi keadaan otot-otot dada yang kendur akibat penggunaan kasut
tumit tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan