Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 18 Oktober 2012

Bersenam Janganlah Keterlaluan

Sedekad lalu, ramai orang bercakap mengenai senaman, bagaimana ia membantu kita menjadi cergas segali gus memberi bentuk tubuh yang menarik. Bagaimana bersenam dapat mengawal kadar gula dalam badan, mengurangkan kesakitan akibat arthritis pada waktu pagi, sakit belakang dan menguatkan otot-otot lutut yang semakin lemah ketika turun dan naik tangga.

Namun sejak akhir-akhir ini perbincangan mengenainya sudah berubah. Orang ramai kini bersungut kerana lenguh dan terasa sakit anggota badan selepas bersenam. Mereka tidak boleh menggerakan tangan selepas latihan menguatkan lengan, mereka sukar berjalan kerana kaki terasa sakit dan tubuh berasa lesu atau fatig keesokanya selepas melakukan latihan.

Apakah bersenam sudah berubah fungsi dan menyakitkan? Atau jurulatih terlalu ghairah untuk memperolehi hasil yang segera? Sebenarnya bukan kerana kedua-dua faktor itu. Persoalannya ialah sejauh mana latihan itu memadai dan sejauh mana ia keterlaluan.

Sebenarnya ia adalah sesuatu yang membabitkan gaya hidup pada masa kini. Kebanyakan penyakit menyerang golongan pekerja di pejabat yang tidak banyak bergerak yang boleh menjadi penyebab sakit jantung, peningkatan kolesterol dan kadar gula dalam darah bertambah, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit muskulosketal (otot).


Latihan yang tidak mencukupi pula merangkumi jenis senaman, tempoh bersenam, kekerapan intensity, dan kadar senaman fizikal yang diperlukan untuk melindungi kita daripada diserang pelbagai penyakit. Persoalannya kini di mana garis panduan penggunaannya? Pada tahap mana jumlah senaman yang dilakukan menghasilkan keputusan yang positif dan pada tahap mana pula ia member kesan negatif?

Banyak kajian menunjukkan peningkatan jumlah kematian di kalangan orang lelaki yang aktif. Secara teorinya, kemungkinan dos latihan yang keterlaluan boleh meningkatkan risiko. Mungkin peningkatan tekanan darah semasa melakukan latihan lasak dank eras boleh memberikan kesan sebaliknya pada arteri yang boleh menyebabkan kematian mengejut atau kerosakan pada mekanisme lain.

Jumah optimum aktiviti fizikal berubah mengikut usia, jentina,latar belakang, etnik dan faktor lain yang memberi risiko seperti sejarah keluarga, keturunan, wabak penyakit yang kronik dan keadaan persekitaran.


Adalah penting anda membuat penilaian kecergasan terlebih dahulu sebelum anda memulakan regim latihan yang keras dan berdisiplin. Penilaian kecergasan yang lengkap adalah meliputi peratusan lemak dalam badan, ujian kecergasan kardiovaskular, ujian fleksibiliti, ujian kekuatan bahagian atas badan dan ujian ketahanan abdomen. Anda perlu melakukan ujian itu sekali lagi selepas menjalani latihan untuk mengetahui sama ada kesihatan anda meningkat atau tidak. Simpan semua keputusan ujian dan saring serta bandingkan untuk mengetahui sama ada apa yang anda lakukan itu betul atau salah.

Dapatkan laporan kesihatan daripada doktor pakar yang menyatakan anda bebas daripada sebarang penyakit yang boleh berlaku ketika anda melakukan latihan fizikal yang kadang kala memerlukan ketahanan. Keputusan ujian ini membolehkan anda mengawasi dan mengawal kadar latihan yang perlu anda lakukan dan anda perlu focus kepada latihan yang bersesuaian dengan tahap kemampuan tubuh anda. Ramai yang melakukan rutin latihan atau mendaftar di gemenasium sebagai aktiviti sosial atau tempat anda boleh bertemu dan bersembang bersama-sama rakan taulan.

Ingatlah, bila anda bersenam, pastikan kenapa anda perlu bersenam dan adakah anda melakukan senaman dengan teknik yang betul untuk tujuan yang khusus dan sesuai? Bersenam adalah ubat dan kaedah rawatan, tetapi lakukan dengan teknik yang betul dan berkesan untuk memperolehi kesan kesihatan yang positif.



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...