Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 14 Oktober 2012

FAEDAH 1000 LANGKAH SEHARI



Banyak faedah boleh dinikmati daripada aktiviti berjalan kaki, angtaranya membawa kebaikan bukan saha kepada jantung bahkan membantu mengekalkan kecergasan fizikal sepanjang hari. 

Biarpun umum mengetahui aktiviti berjalan boleh membantu melancarkan aliran darah untuk mengelakkan risiko penyakit jantung dan strok, seribu langkah sehari turut membantu mengurangkan risiko osteoporosis, diabetes, tekanan, obesity dan tekana darah tinggi. 

Berjalan juga meningkatkan keupayaan tubuh untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah sekali gus membina daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular serta meningkatkan kadar imunisasi tubuh. 

Menurut Journal of Clinical Practice, aktiviti berjalan kaki dan berbasikal selama 30 minit seminggu dapat mengurangkan risiko demensia atau nyanyuk, menggalakan pembinaan otot, dan mengurang berat badan. 

Menurut majalah itu lagi, berjalan selama sejam sehari dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan menurunkan peratusan lemak dalam badan. Selain itu, sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki, minum sekurang-kurangnua 500 ml air untuk menggalakan peluh keluar dari badan dan seterusnya dapat menyingkirkan toksin yang berlebihan.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...