Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 18 Oktober 2012

Badminton : Pilih Raket yang Sesuai


Terdapat kekeliruan mengenai konsep pengunaan raket di kalangan kanak-kanak atau remaja ketika di awal perkenalan mereka terhadap sukan ini. Kebanyakan ibubapa beranggapan, raket yang murah sudah mencukupi kerana usia muda, tambahan mereka baru berjinak-jinak dengan sukan ini. 

Raket yang baik atau mahal hanya diperlukan apabila anak mereka sudah meningkat dalam sukan ini. Tanggapan ini adalah kemungkinan kesilapan paling besar kepada mereka apabila memilih peralatan sukan. Raket yang murah biasanya berat kerana diperbuat daripada bahan yang murah. 

Hakikatnya, otot tangan kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa dan apa yang terjadi, kanak-kanak akan menggunakan kekuatan pergerakan seluruh bahagian otot-otot tangan, bukannya pergerakan di bahagian pergelangan tangan untuk melakukan pukulan bulu tangkis. Ini sesuatu yang kita perlu sedar apabila kita membelikan raket untuk anak-anak kecil kita. Pilihlah raket yang dikhususkan dengan ukuran saiz dan berat ketika mereka mula berjinak-jinak dengan sukan ini.

Di alam profesional, biasanya raket yang berat lebih digemari oleh pemain-pemain yang memiliki kekuatan pergelangan tangan untuk mendapatkan impak yang kuat di dalam pukulan mereka. Hari ini, kebanyakan pengeluar raket menyediakan empat jenis pemegang (grip) atau cengkaman. 

Di dalam raket badminton, saiz grip diukur melalui saiz-saiz G2, G3, G4 hingga G5 dimana G2 adalah saiz grip yang terbesar dan G5 adalah saiz yang terkecil.

Untuk bermain, pilihlah saiz grip yang bersesuaian dengan kita kerana di dalam permaianan saiz grip yang bersesuaian adalah penting untuk keselesaan dan memberi impak yang berkesan di dalam corak permainan anda. 

Jika anda gemar bermain dengan corak menyerang, saiz grip besar sesuai untuk anda kerana anda perlu memegang raket dengan ketat bagi menghasilkan kekuatan pukulan. 

Sekiranya anda gemar bermain secara rali, saiz grip kecil sesuai dan memudahkan anda untuk memusingkan pergerakan pergelangan tangan. Berat raket yang paling menjadi pilihan kepada pemain-pemain profesional adalah antara 83 gram hingga 100 gram.

Selain itu, jika pukulan-pukulan anda tidak memiliki cukup tenaga, cuba rendahkan ketegangan tali raket anda untuk menambahkan lagi daya lantunan raket anda. Walaubagamanapun, tali yang kurang tegang akan menyukarkan kawalan dan ketepatan pukulan kerana lantunan yang lebih. Ketegangan tali raket antara 21-22 lbs merupakan ketegangan tali raket badminton yang paling rendah dan mempunyai lantunan raket yang paling tinggi. 

Sebaliknya, jika anda merasakan pukulan-pukulan anda cukup bertenaga dan anda memerlukan ketepatan dan kawalan di dalam setiap pukulan, anda perlulah meningkatkan ketegangan tali reket anda. Walau bagaimanapun, anda di nasihatkan tidak melepasi ketegangan maksimum yang dinyatakan dalam spesifikasi raket anda kerana ketegangan tali yang melebihi had maksimum akan merosakkan raket anda.

Kita sebenarnya tidak perlu membeli raket yang terlalu mahal tetapi memadai ianya ringan dan bersesuaian dengan umur anak-anak kita. Berat raket mestilah tidak melebihi 100 gram dan raket mestilah cukup ringan untuk membolehkan mereka memegang, mengawal serta boleh menggunakan bahagian pergelangan tangan apabila melakukan pukulan. 

Selain itu, kanak-kanak masih terlalu muda  dan menyukarkan mereka memegang raket yang panjang, saiz yang besar dan berat. Oleh yang demikian, dapatkanlah raket yang bersesuaian dengan umur dan kemampuan mereka.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...