Pertolongan segera/awalan yang diberikan kepada
pesakit dengan yang mengalami kemalangan sebelum mendapat rawatan dari doctor
atau pakar.
Perinsip-prinsip
Pertolongan Cemas
- Menyelamatkan nyawa pesakit
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan dari keadaan bertambah buruk
- Mendapatkan bantuan doctor atau menghantar pesakit ke hospital
- Bertindak dengan cepat dan tenang
- Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan kecemasan seperti ambulan, hospital, klinik dan sebagainya.
Biasanya teknik ini digunakan untuk pesakit yang
mempunyai kemalangan seperti terseliuh, dislokasi, retak tulang atau patah
tulang.
- I (Ice) - Gunakan ais atau sentuhkan pada bahagian yang cedera selama 15 minit hingga 20 minit dalam jangka masa 2 hingga 3 jam.
- C (Compression) - Balut bahagian yang tecedera
- E (Elevation) - Tinggikan bahagian yang tercedera itu melebihi paras jantung (45 dajah atau 4 inci dari pinggang)
Pendarahan -
- Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti (darah membeku)
- Jika darah masih mengalir, balut kawasan yang cedera dalam keadaan yang yang lebih tinggi dari jantung dan otak mangsa.
- Praktikan RICE
- Hantar mangsa segera ke hospital.
- Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligament tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki, di bahagian siku, bahu dan lutut
- Rehatkan kawasan yang cedera (Rest)
- Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera (Ice)
- Balut tempat yang cedera (Compression)
- Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)
- Hantar ke hospital.
- Kecederaan pada otot arkibat keregangan yang berlebihan akibat penggunaan otot di dalam jangka masa yang terlalu lama atau penggunaan otot secara berlebihan seperti mengangkat benda-benda berat.
- Tandanya ialah rasa sakit akibat kekejangan di bahagian otot-otot yang terlibat diikuti dengan bengkak. Gunakan teknik RICE
- Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu,siku, jari darang rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tandanya ialah sakit di bahagian yang cedera dengan tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera.
- Rehatkan kawasan yang cedera
- Jangan sekali-kali cuba memasukan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal
- Jangan lakukan banyak pergerakan
- Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera
- Hantar ke hospital dengan segera
KECEDERAAN
DALAM SUKAN
TOTAPS
- O (Observe) – Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan), perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (normal atau tidak). Perhatikan dan pastikan darjah kecederaan mangsa.
- P - (Passive Movement) – Bantu sekiranya mangsa tidak dapat mengerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu menggerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan; tujuan untuk memeriksa/menentujanb tahap kecederaan/kesakitan yang dialami. Reganghkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius
CPR
Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan
gabungan pemulihan pernafasan dengan pemulihan pergerakan jantung yang
terhenti. Di dalam kaedah ini, pemulihan pernafasan yang dilakukan adalah
secara mulut ke mulut atau mulut ke hidung. Manakala permjulihan pergerakan
jantung adalah secara mengenakan tekanan di bahagian tertentu dada.
Cara-cara
melakukan CPR
- Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan