Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 4 Mac 2012

ANATOMI DAN FISIOLOGI : Sistem Rangka



SISTEM RANGKA
Sistem rangka sentiasa menyokong pergerakan tulang-tulang. System ini merangkumi sendi, ligamen, tendon, rawan (kartilej) dan tulang. Tulang terbentuk khas supaya dapat menahan tekanan dan tarikan mekanikal. Tulang terbentuk daripada kalsium dan fosforus. Kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang membentuk serat tulang yang kuat.



TULANG
Tulang sebenarnya diliputi dengan porestium. Di hujung pangkal pula diliputi kartilej (rawan). Tulang juga diselaputi dengan kapilari darah.
Semua tulang mempunyai mineral. Garam mineral mengeraskan bahan antara sel tulang. Kandungan tulang ialah 2/3 garam galian dan 1/3 bahan organic (sel-sel yang laru dalam gliserol). Jika tiada gaam dalam tulang maka tulang akan menjadi lebih teguh, lentur dan elastic.



Tulang terdiri dari empat jenis saiz iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih dan tulang tidak sama bentuk.

Tulang Panjang
Berfungsi sebagai system tuas. Berbentk bengkok sedikit dan merupakan tulang mampat. Contoh femur, fibula dan tibia (kaki), radius, ulna, humerus (tangan) dan klavikel (badan).
Struktur tulang panjang ialah: epiphyses – hujung tulang panjang; diaphysis –dikenali sebagai aci, bersifat mam;pat dan mempunyai sum-sum tulang; periosteum – merupakan tisu penghubung yang berfiber.



Tulang Pendek
Berfungsi sebagai daya pergerakan dan bentuknya tidak tetap. Contohnya tarsal (tulang pergelangan kaki), karpal (tulang pergelangan tangan)



Tulang Leper
Tulang ini berbentuk melengkung dan nipis dan berfungsi sebagai ikatan pada otot. Contohnya kepala (tulang-tulang pada tengkorak) dan badan (sternum, scapula, pelvis).


Tulang Tidak Sama Bentuk
Kebanyakkannya terdapat pada tulang belakang dan berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contohnya tulang servikel, torasik, lumbar, sacrum dan koksiks.


Rawan/Cartilage
Berfungsi sebagai ‘kusyen’ pada tulang, bersifat kenyal dan terdapat di hujung tulang.



Sendi
Sendi merupakan bahagian yang membolehkan system rangka melakukan pergerakan. Tiga pergerakan sendi ialah: Amphiarthroses – pergerakan yang terhad (sendi lutut); Diathroses – pergerakan yang bebas (sendi bahu); Synarthroses – tiada pergerakan (sendi di bahagian tengkorak).



Jenis-jenis Pergerakan Sendi
Pergerakan bebas – sendi pelana, sendio lesung, sendi engsel, sendi pangsi dan sendi gelungsur.



Pergerakan terhad – radius, ulna, fibula, tibia, bahagian pubis, tulang rusuk dan sternum.




Tiada pergerakan – tulang-tulang tengkorak, lengkungan pelvis dan sendi di antara gigi.


Ligamen
Berfungsi untuk menyambungkan tulang dengan tulang, merupakan tisu berfiber dan menyokong pergerakan sendi-sendi tulang.




Tendon
Berfungsi untuk menyambunghkanotot dengan tulang dan meregangkan pergerakan anggota-anggota badan.



ANATOMI DAN FISIOLOGI : Hubungkait Antara Sistem-sistem Tubuh




Sistem tubuh sangat berhubung kait antara satu sama lain. Fungsi utama system tubuh ialah memberi sokongan mekanikal dan fisiologi tubuh.

Antara contoh-contoh system tubuh berhubung kait adalah seperti berikut:
Sistem integumentari (kulit) yang membekalkan vitamin D untuk menyerap kalsium dan fosforus untuk pembesaran tulang; Sistem respiratori berhubung kait dengan system rangka (sangkar tulang rusuk melindungi paru-paru); Sistem kardiovaskular berhubung kait dengan system rangka (sum-sum tulang membekalkan sel-sel darah); Sistem saraf berhubung kait dengan system rangka (tengkorak melindungi otak dan tulang vertebra melindung saraf tunjang; Sistem otot berkait dengan system rangka (otot bertindak sebagai tuas dan menyokong pergerakan rangka); Sistem endokrin berhubung kait dengan system rangka (Kandungan kalsium dikawal oleh hormone); system urinari berhubung kait dengan system rangka (tulang pelvis melindungi pundi kencing); Sistem percernaan berhubung kait dengan system rangka (menysediakan zat-zat untuk keperluan tulang).Uh



Sabtu, 3 Mac 2012

ANATOMI DAN FISIOLOGI: Sistem-sistem Tubuh





Sistem Endokrina
Melibatkan organ-organ kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar tiroid, kelenjar testis dan kelenjar ovari. Fungsi-fungsinya adalah melibatkan rembesan hormone seperti kelenjar testis akan merembeskan hormone estosteron; menyelaraskan aktiviti sel; merembeskan hormone ke dalam darah dan mengawal segala tindakan terkawal dan luar kawal.






Sistem Kulit dan Integumentari
Melibatkan organ kulit. Antara fungsi-fungsinya ialah mencegah kehilangan air dari tubuh badan kerana kulit bersifat kalis air; sebagai deria rasa kerana kulit amat peka terhadap rangsangan seperti kepanasan, kesejukan, tekanan dan kesakitan; melindungi tisu dalam tubuh dari sebarang kecederaan; mengubah ergosterol kepada vitamin D apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari pada waktu pagi; menyingkirkan bahan-bahan kumuh melalui peluh dan mengawal suhu badan (tisu adipos)





Sistem Kardiovaskular
Melibatkan organ jantung dan salur darah. Berfungsi sebagai penghalang dehidrasi dan infeksi; mengekal suhu badan dengan mengepam banyak darah ke kulit; mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh; membawa nutrien dan oksigen ke seluruh anggota badan dan mengangkut bahan-bahan kumuh.






Sistem Limfatik
Melibatkan organ-orga seperti salur limfatik, nodus limfa, limpa tonsil, tonsil dan tumus. Berfungsi untuk mengawal imunisasi badan; membentuk limfosit; mempunyai leukosit untuk mengawal penyakit; membawa hasil pencernaan ke dalam ‘lacteal’ dan membawa bahan kumuh untuk diuraikan dalam hati.





Sistem Otot
Melibatkan kumpulan otot-otot major dan otot-otot kecil. Berfungsi dalam membantu pergerakan system rangka; mengekalkan postur badan; membekalkan haba semasa menjalankan aktiviti fizikal dan dapat menstabilkan kedudukan sendi tulang.




Sistem Pencernaan
Melibatkan organ-organ seperti mulut, esophagus, pancreas, usus dan rectum. Berfungsi mencernakan makanan; menyerap zat dan bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh di dalam makanan dan mengumuhkan sisa-sisa makanan.



Sistem Rangka
Melibatkan organ-organ seperti tulang, ligament, tendon, rawan dan kartilej. berfungsi melindungi organ-organ dalaman seperti otak dilindungi oleh tengkorak dan paru-paru serta jantung dilindungi oleh tulang rusuk; menyokong berat badan; melekatkan kumpulan otot; sebagai system tuas; membentuk sel-sel darah merah dan sel-sel darah putih serta mengawal postur badan.






Sistem Saraf
Melibatkan organ-organ seperti otak, saraf tunjang, saraf periferi dan reseptor deria. Berfungsi bagi menyelaraskan segala aktiviti badan; bergerak balas terhadap rangsangan dan menerima dan menyimpan impuls.






Sistem Respiratori
Melibatkan organ-organ seperti hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus, bronkiol dan alveolus. Berfungsi membawa masuk gas oksigen; menyingkirkan gas karbon dioksida dan wap air; mengekalkan ‘homeostasis’ badan dan melakukan pertukaran gas dalam alveolus.






Sistem Reproduktif (Pembiakan)
Melibatkan organ-organ (lelaki) – testis, vesikal simen, kelenjar prostat, uretra dan zakar. (perempuan) – ovary, faraj, tiub fallopio, uterus dan vagina. Berfungsi untuk menghasilkan sperma (lelaki) dan ovum (perempuan); menghasilkan zigot (zuriat).







Sistem Urinari
Melibatkan organ-organ seperti ginjal, hati, pundi kencing, paru-paru dan kulit. Berfungsi menyingkirkan bahan-bahan kumuh seperti urea, air dan garam yang berlebihan; mengawal dan mengimbangi kandungan asid dan alkali dalam darah serta mengawal isi isi padu kompisisi kimia di dalam badan.




Isnin, 27 Februari 2012

ANATOMI DAN FISIOLOGI



Sains Anatomi dan Fisiologi


SAINS ANATOMI DAN FISIOLOGI
Anatomi berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud struktur (anatomi). Fisiologi adalah berkaitan tubuh badan manusia.  Anatomi dan fisiologi merupakan kajian atau penyelidikan tentang struktur dan fungsi tubuh badan manusia.

ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA
Sel ialah unit asas bagi semua benda hidup. Sel terbahagi dua iaitu: Unisel – terdiri dari sel tunggal;  Multisel – terdiri lebih daripada satu sel bertambah.

Manusia adalah organisma multisel di mana selnya membesar dan bilangan sel-sel juga turut bertambah. Sel-sel badan akan bergabung antara satu sama lain untuk membentuk tisu seperti tisu darah, tisu otot, tisu kardiak, tisu kulit, tisu saraf dan tisu tulang.

Tisu-tisu pula akan bergabung untuk membentuk organ. Organ merupakan satu kumpulan tisu yang menjalankan fungsi yang sama. Contohnya ialah organ mata, telinga, jantung, paru-paru, hati dan lain-lain.

Organ seterusnya manjalankan tugas untuk pelbagai tujuan yang dikenali sebagai system.

Keratan rentas asas sel:








Jenis-jenis sel ialah sel otot, sel saraf,  sel darah putih, sel darah merah:

Sel darah merah (kiri) dan sel darah putih (kanan)



Sel darah merah

Add caption

Sel darah putih







Sel seraf






Sel-sel otot






























Ahad, 19 Februari 2012

DASAR SUKAN NEGARA



Dasar Sukan Negara
Dasar Sukan Negara telah diperkenalkan pada 1998, bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan bersatu padu di antara kaum di negara ini, masyarakat yang dinamik serta sihat dan cerdas. Selain itu, dengan tertubuhnya DSN ini, maka akan wujud pelbagai peluang kerjaya di dalam bidang sukan melalui pelbagai pertubuhan sukan, kemudahan latihan dan peralatan serta membina lebih banyak sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang melibatkan sukan. Dasar ini juga turut meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia tentang kepentingan gaya hidup sihat. DSN telah memperkenalkan dua silogan iaitu ‘Sukan Untuk Kecemerlangan’ dan ‘Sukan Untuk Semua’.




‘Sukan Untuk Kecemerlangan’
Slogan ini diperkenalkan untuk mempertingkatkan mutu sukan di peringkat antarabangsa. Badan-badan sukan seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), persatuan-persatuan sukan, dan sebagainya perlu mencungkil bakat-bakat sukan yang berpotensi untuk dilatih dengan pelbagai program kecemerlangan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi yang bertaraf dunia.




‘Sukan Untuk Semua’
Slogan ini diperkenalkan untuk memupuk rakyat negara ini supaya menjadikan sukan sebagai budaya yang merangkumi bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.  Sukan bukan sahaja berfungsi sebagai satu cara untuk berekreasi, dan memenuhi amalan gaya hidup sihat semata-mata, tetapi ianya juga berfungsi sebagai alat penyatukan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.




Ahad, 5 Februari 2012

GAYA HIDUP SIHAT : Bahaya Perut Boroi



Kata orang, semua penyakit bermula dari perut. Kenyataan itu sememangnya ada kebenaran. Risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih tinggi bagi orang yang berperut boroi berbanding orang yang ramping. Ini menunjukan, lemak di perut telah terbukti ada hubung kait dengan pelbagai masalah kesihatan. Dengan kata lain, perut boroi merupakan isyarat  utama bagi masalah sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit jantung, kencing manis, ghout, darah tinggi dan sebagainya.

Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk mengatasi perut boroi kecuali berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalani kehidupan yang aktif seperti bersukan, bersenam, beriadah serta menjaga pemakanan agar seimbang.

Menghilangkan lemak di perut amat sukar dan memerlukan motivasi yang amat tinggi. Justeru sesiapa yang belum berperut boroi, pastikan anda menjaga kesihatan fizikal sebelum mendapat masalah tersebut.

Ada yang mengambil jalan pintas seperti menyedut lemak, mini sauna, barut, bengkung ajaib, ubat-ubatan dan pelbagai makanan “mengempis” perut yang dijual melalui skim MLM dan sebagainya. Walaupun ianya dianggap selamat dan berkesan, tetapi peluang untuk berperut boroi semula juga amat tinggi jika tidak mengamalkan kaedah pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti fizikal secara istiqamah.

Moralnya; Semoga kita dapat memotivasikan diri dalam mengatasi masalah ini. Jangan tertarik dengan skim MLM, mereka hanya inginkan wang kita sahaja untuk membayar loan kereta mewah yang mereka gunakan untuk “memancing” orang ramai di dalam skim MLM mereka semata-mata.

Jumaat, 3 Februari 2012

BANTU MULA : CPR


Semua orang tahu CPR adalah satu cara bagi memulihkan pernafasan mangsa lemas. Namun ia bukan semudah melakukan hembusan mulut ke mulut atau menekan dada mangsa. Berapa ramaikah dalam kalangan kita yang benar-benar tahu teknik CPR yang betul?



CPR dengan menggunakan kaedah dan teknik yang betul berkemungkinan besar dapat menyelamatkan nyawa mangsa lemas. Ini kerana, bantuan paramedic selalunya tiba lewat dan dalam tempoh menunggu itu, orang yang berdekatan berkemungkinan dapat menyelamatkan mangsa. Peluang menyelamatkan mangsa lemas mungkin tidak tinggi tetapi sekurang-kurangnya kita perlu mencuba dan pastikan bantuan kecemasan tiba.



Lemas berlaku apabila salur pernafasan ke paru-paru terganggu iaitu paru-paru tidak dapat membekalkan oksigen kepada jantung yang berfungsi menyalurkannya melalui darah ke seluruh tubuh. Keadaan lemas biasanya disebabkan oleh lemas dalam air, lemas terhidu asap, lemas terhidu gas beracun, lemas tercekik dan pelbagai lagi.


Cara bagi memulihkan jantung dan pernafasan apabila denyutan nadi dan nafas dapat dikesan adalah dengan melakukan CPR iaitu gabungan teknik hembusan mulut ke mulut dan tekanan di bahagian dada. Namun ada beberapa situasi yang memerlukan kita melakukan teknik hembusan mulut ke mulut sahaja jika nadi dapat dikesan tetapi tiada nafas. Jika nadi dan nafas mangsa dapat dikesan tetapi mangsa tidak sedarkan diri, tindakan kita ialah lakukan baringan pemulihan sahaja iaitu membaringkan mangsa di sisi badan (mengiring).




Aktiviti CPR boleh dihentikan apabila:


Muka mangsa bertukar daripada pucat kepada kemerahan yang bererti darah 
mula mengalir.

Mangsa memberi respon sama ada mencelik mata atau batuk.

Diri anda sendiri letih dan boleh memudaratkan kesihatan anda.

Bantuan paramedic tiba.

Keadaan tidak mengizinkan seperti lokasi tersebut tidak selamat dan berbahaya    
kepada diri anda.


Untuk peringatan anda:


Lakukan CPR iaitu tekan di bahagian luar dada sebanyak 30 kali dan kemudian   hembus nafas sebanyak dua kali dalam tempoh dua minit sebanyak lima pusingan jika nadi dan nafas mangsa tidak dapat dikesan.


Lakukan hembusan mulut ke mulut iaitu sebanyak 12 kali dalam seminit jika nadi 
dapat dikesan tetapi tidak mengesan pernafasan mangsa.


Lakukan baringan pemulihan iaitu mangsa dibaringkan ke sisinya jika nadi dan 
nafas mangsa dapat dikesan tetapi belum sedarkan diri.





Jika mangsa ialah bayi iaitu sehingga usia 12 bulan, hanya dua jari digunakan 
untuk teknik tekanan di luar dada dan sedalam dua inci sahaja.


Jika usia kanak-kanan mencapai 1-9 tahun, sebelah tangan sahaja digunakan 
untuk teknik tekanan di luar dada.


Kedua-dua belah tangan digunakan bagi teknik tekanan luar dada orang 
dewasa sedalam 4-5cm.

Bantuan pernafasan untuk bayi ialah dengan menekup mulut dan hidung bayi itu 
dengan mulut kita lalu hembuskan nafas kerana saiz mereka yang kecil.

Jika mangsa muntah, tidak semestinya dia telah sedar.

Jika mangsa berdarah, hentikan pendarahan itu dahulu dan baru beri bantuan   
CPR.


Jika tulang rusuk mangsa patah atau perut penuh dengan air, tetap teruskan 
prosedur bantuan CPR.

Sabtu, 28 Januari 2012

KECEDERAAN SUKAN : Anterior Crucriate Ligamen (ACL)


Biasanya berlaku kepada atlet yang melibatkan diri di dalam sukan-sukan lasak, seperti bola sepak, ragbi, gusti, badminton dan sebagainya. Bunyi ‘pop’ akan berlaku apabila seseorang atlet itu terpelecok atau terjatuh dengan bahagian kaki terpusing. Antara tanda-tanda berlakunya ACL ialah; bengkak dan berasa sakit setelah terjatuh dan terpelecok; kesakitan serta sakit di bahagian lutut tetapi akan reda setelah beberapa minggu; fungsi lutut tidak normal dan kerap terkehel; setelah beberapa tahun, lutut akan berasa sakit dan bengkak disebabkan kehausan tulang rawan dan lutut bertambah longgar.






Biasanya kecederaan ACL berlaku apabila seseorang atlet itu; terpijak lopak yang dalam; melakukan larian pecut sambil menukar arah secara tiba-tiba; melakukan slaiding di mana bahagian kaki akan terpusing; melakukan tendangan bola dengan memusingkan badan sambil kaki terpacak di tanah; melompat dan mendarat dengan menggunakan lutut; dirempuh dengan kasar.



Kecederaan ACL serius memerlukan rawatan, antaranya; suntikan gel acid hyaluronic secara berkala di samping fisioterapi; jika kecederaan bertambah parah, pembedahan merupakan langkah terakhir dengan menukar bahagian lapisan lutut. Antara tip-tip pesakit ACL ialah; jangan mencangkung terlalu lama; duduk di dalam keadaan melunjur; kurangkan berat badan; lakukan fisioterapi.






Senaman lutut bagi pesakit ACL: (i) Baring dan tegangkan bahagian kaki dengan jejari kaki menghadap ke dalam selama empat saat kemudian lepas dan lakukan sekurang-kurangnya 40 kali. (ii) Baring dan tegangkan bahagian kaki dan angkat kaki setinggi 6 inci selama empat saat dan kemudian lepas. Buat sekurang-kurangnya 40 kali. (iii) Baring dan tegangkan bahagian kaki dengan tapak kaki ke kanan selama empat saat. Buat sekurang-kurangnya 40 kali.





  

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...