Dasar Sukan Negara telah
diperkenalkan pada 1998, bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang
bertoleransi dan bersatu padu di antara kaum di negara ini, masyarakat yang
dinamik serta sihat dan cerdas. Selain itu, dengan tertubuhnya DSN ini, maka akan
wujud pelbagai peluang kerjaya di dalam bidang sukan melalui pelbagai
pertubuhan sukan, kemudahan latihan dan peralatan serta membina lebih banyak
sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang melibatkan sukan. Dasar ini juga
turut meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia tentang kepentingan gaya hidup
sihat. DSN telah memperkenalkan dua silogan iaitu ‘Sukan Untuk Kecemerlangan’
dan ‘Sukan Untuk Semua’.
‘Sukan Untuk Kecemerlangan’
Slogan ini diperkenalkan untuk
mempertingkatkan mutu sukan di peringkat antarabangsa. Badan-badan sukan
seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan sekolah-sekolah Malaysia (MSSM),
persatuan-persatuan sukan, dan sebagainya perlu mencungkil bakat-bakat sukan
yang berpotensi untuk dilatih dengan pelbagai program kecemerlangan untuk
melahirkan atlet berprestasi tinggi yang bertaraf dunia.
Slogan ini diperkenalkan untuk
memupuk rakyat negara ini supaya menjadikan sukan sebagai budaya yang
merangkumi bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Sukan bukan sahaja berfungsi sebagai satu
cara untuk berekreasi, dan memenuhi amalan gaya hidup sihat semata-mata, tetapi
ianya juga berfungsi sebagai alat penyatukan masyarakat yang berbilang bangsa
di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan