Sistem tubuh sangat
berhubung kait antara satu sama lain. Fungsi utama system tubuh ialah memberi
sokongan mekanikal dan fisiologi tubuh.
Antara
contoh-contoh system tubuh berhubung kait adalah seperti berikut:
Sistem
integumentari (kulit) yang membekalkan vitamin D untuk menyerap kalsium dan
fosforus untuk pembesaran tulang; Sistem respiratori berhubung kait dengan
system rangka (sangkar tulang rusuk melindungi paru-paru); Sistem
kardiovaskular berhubung kait dengan system rangka (sum-sum tulang membekalkan
sel-sel darah); Sistem saraf berhubung kait dengan system rangka (tengkorak
melindungi otak dan tulang vertebra melindung saraf tunjang; Sistem otot
berkait dengan system rangka (otot bertindak sebagai tuas dan menyokong
pergerakan rangka); Sistem endokrin berhubung kait dengan system rangka (Kandungan
kalsium dikawal oleh hormone); system urinari berhubung kait dengan system rangka
(tulang pelvis melindungi pundi kencing); Sistem percernaan berhubung kait
dengan system rangka (menysediakan zat-zat untuk keperluan tulang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan