Kursus Kokurikulum merangkumi tiga (3) komponen iaitu Sukan dan
Permainan, Kelab dan Persatuan, dan Unit Beruniform.
Kursus ini merangkumi topik Pengenalan, Kecergasan, Pengurusan
Organisasi, Pengurusan Risiko dan Keselamatan, Pengurusan Pertandingan,
Pengukuhan Kemahiran, Penganjuran Aktiviti dan Kepimpinan Aktiviti.
Kursus Kokurikulum dalam Program Matrikulasi adalah kursus wajib dan
menerapkan elemen kemahiran insaniah dengan penekanan kepada Kemahiran Kerja
Berpasukan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)
Pada akhir kursus ini pelajar dapat :
1. CLO 1: Mengorganisasi aktiviti berdasarkan kemahiran berpasukan yang
dipraktikkan melalui Kerja Kumpulan yang diadakan pada akhir semester. (A4, TS
3, PLO 3, MQF LOD 5)
2. CLO 2: Menjelaskan idea dan maklumat berdasarkan kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat melalui laporan berkaitan projek berkumpulan yang
dijalankan pada akhir semester. (A3, LL 1, PLO 5, MQF LOD 7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan