Sistem Endokrina
Melibatkan
organ-organ kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar tiroid, kelenjar
testis dan kelenjar ovari. Fungsi-fungsinya adalah melibatkan rembesan hormone
seperti kelenjar testis akan merembeskan hormone estosteron; menyelaraskan
aktiviti sel; merembeskan hormone ke dalam darah dan mengawal segala tindakan
terkawal dan luar kawal.
Sistem Kulit dan
Integumentari
Melibatkan organ
kulit. Antara fungsi-fungsinya ialah mencegah kehilangan air dari tubuh badan kerana
kulit bersifat kalis air; sebagai deria rasa kerana kulit amat peka terhadap
rangsangan seperti kepanasan, kesejukan, tekanan dan kesakitan; melindungi tisu
dalam tubuh dari sebarang kecederaan; mengubah ergosterol kepada vitamin D
apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari pada waktu pagi; menyingkirkan
bahan-bahan kumuh melalui peluh dan mengawal suhu badan (tisu adipos)
Sistem
Kardiovaskular
Melibatkan organ
jantung dan salur darah. Berfungsi sebagai penghalang dehidrasi dan infeksi;
mengekal suhu badan dengan mengepam banyak darah ke kulit; mengepam darah
beroksigen ke seluruh tubuh; membawa nutrien dan oksigen ke seluruh anggota
badan dan mengangkut bahan-bahan kumuh.
Sistem Limfatik
Melibatkan
organ-orga seperti salur limfatik, nodus limfa, limpa tonsil, tonsil dan tumus.
Berfungsi untuk mengawal imunisasi badan; membentuk limfosit; mempunyai
leukosit untuk mengawal penyakit; membawa hasil pencernaan ke dalam ‘lacteal’
dan membawa bahan kumuh untuk diuraikan dalam hati.
Sistem Otot
Melibatkan kumpulan
otot-otot major dan otot-otot kecil. Berfungsi dalam membantu pergerakan system
rangka; mengekalkan postur badan; membekalkan haba semasa menjalankan aktiviti
fizikal dan dapat menstabilkan kedudukan sendi tulang.
Sistem Pencernaan
Melibatkan
organ-organ seperti mulut, esophagus, pancreas, usus dan rectum. Berfungsi
mencernakan makanan; menyerap zat dan bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh di
dalam makanan dan mengumuhkan sisa-sisa makanan.
Sistem Rangka
Melibatkan
organ-organ seperti tulang, ligament, tendon, rawan dan kartilej. berfungsi
melindungi organ-organ dalaman seperti otak dilindungi oleh tengkorak dan
paru-paru serta jantung dilindungi oleh tulang rusuk; menyokong berat badan;
melekatkan kumpulan otot; sebagai system tuas; membentuk sel-sel darah merah
dan sel-sel darah putih serta mengawal postur badan.
Sistem Saraf
Melibatkan
organ-organ seperti otak, saraf tunjang, saraf periferi dan reseptor deria.
Berfungsi bagi menyelaraskan segala aktiviti badan; bergerak balas terhadap rangsangan
dan menerima dan menyimpan impuls.
Sistem Respiratori
Melibatkan
organ-organ seperti hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus, bronkiol dan
alveolus. Berfungsi membawa masuk gas oksigen; menyingkirkan gas karbon
dioksida dan wap air; mengekalkan ‘homeostasis’ badan dan melakukan pertukaran
gas dalam alveolus.
Sistem Reproduktif
(Pembiakan)
Melibatkan
organ-organ (lelaki) – testis, vesikal simen, kelenjar prostat, uretra dan
zakar. (perempuan) – ovary, faraj, tiub fallopio, uterus dan vagina. Berfungsi
untuk menghasilkan sperma (lelaki) dan ovum (perempuan); menghasilkan zigot
(zuriat).
Sistem Urinari
Melibatkan
organ-organ seperti ginjal, hati, pundi kencing, paru-paru dan kulit. Berfungsi
menyingkirkan bahan-bahan kumuh seperti urea, air dan garam yang berlebihan;
mengawal dan mengimbangi kandungan asid dan alkali dalam darah serta mengawal
isi isi padu kompisisi kimia di dalam badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan