Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Pembelajaran Motor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembelajaran Motor. Papar semua catatan

Khamis, 15 September 2011

PERSPEKTIF-PERSPEKTIF KAWALAN MOTOR


Pendekatan Klasik (perspektif Sherrington)
Mekanisme kawalan motor dilihat dalam konteks fisiologi gerakbalas (pergerakan hanya dilihat akibat daripada sistem saraf). Fokus kawalan terhadap tindakbalas yang berlaku dalam sistem biologi.

Pendekatan Moden (perspektif Bernstein)
Mekanisme kawalan motor dilihat dalam konteks fisiologi aktiviti (pengaruh persekitaran dalam mempengaruhi pergerakan). Fokus kawalan terhadap tindakbalas yang berlaku di antara sistem biologi dengan persekitaran.

Rabu, 14 September 2011

PEMBELAJARAN MOTOR – Kawalan Motor



Kawalan Motor : Disiplin ilmu sains lakuan motor manusia mengenai makenisme-makenisme kawalan pada sistem biologi yang berperanan di dalam pengawalan postur dan penghasilkan pergerakan.

Kefahaman Kawalan Motor : Kawalan motor malibatkan penjelasan mengenai apa yang dikawal (kualiti pergerakan yang mampu dihasilkan), dan bagaimana berlakunya organisasi semua subproses yang terlibat dalam proses kawalan serta makenisme berlakunya peningkatan pada tahap kawalan.

Sub Disiplin Kawalan Motor ; (Perkembangan Motor) – Fokus kepada perubahan yang berlaku kepada makenisme kawalan motor natijah dari proses-proses tumbesaran, perkembangan, kematangan dan ketuaan. (Pembelajaran Motor) – Fokus kepada perubahan yang berlaku pada makenisme kawalan motor natijah proses-proses ekstrinsik seperti praktis dan adaptasi fisiologi.









Sabtu, 13 Ogos 2011

SISTEM SARAF : Siri 2 - Sinaps




Sinaps terdiri daripada tiga jenis neuron yang tidak bersambung secara langsung. Terdapat satu ruang sempit selebar 0.00002 mm di antara dendrit terminal dengan dendrit neuron yang berikutnya. Ruang ini dipanggil sinaps.






Satu neuron motor mungkin mempunyai hubungan sinaps dengan beribu-ribu neuron yang lain.






















Impuls yang lain di dendrit terminal menyebabkan pembebasan sejenis bahan kimia yang bertindak sebagai neurotransmiter iaiatu bahan penghantar impuls saraf ke dendrit neuron yang bersebelahan.




Ini akan merangsangnya untuk mencetuskan impuls sendiri. Sinaps lebih peka terhadap rangsangan untuk menghasilkan gerak balas yang kompleks.









Jumaat, 12 Ogos 2011

SISTEM SARAF - Siri 1




Sistem saraf merupakan satu kawalan dan perhubungan bagi mengintergrasikan aktiviti dalam badan. Sistem saraf berfungsi sebagai penyusun tindak balas fizikal selaras dengan keadaan serta mengawal otot luar kawal dan organ seperti jantung dan paru-paru.














Sistem saraf terdiri dari otak, saraf tunjang, sel saraf dan gentian saraf yang membawa utusan daripada otak dan saraf tunjang ke seluruh badan serta membawa utusan dari seluruh badan ke otak dan saraf tunjang.



Sistem Saraf Pusat


Sistem saraf juga dikatakan sebagai pusat kawalan tubuh yang mengawal segala aktiviti yang berlaku dalam badan. Sistem saraf juga mengawal semua organ badan supaya dapat menjalankan fungsi tertentu pada masa dan kadar yang sewajarnya bergantung kepada keperluan tubuh.












Antara fungsi sistem saraf ialah: Deria – merasa perubahan dalam tubuh dan juga persekitaran; Intergrasi – mentafsirkan sebarang perubahan yang berlaku; Motor – bertindak balas terhadap tafsiran yang dibuat dengan memulakan tindakan dengan kontraksi otot atau rembesan hormon.










Khamis, 9 Jun 2011

KEMAHIRAN MOTOR



Perkembangan Motor meliputi perkembangan yang berlaku dari peringkat bayi hingga tua. Tahap pemerolehan kemahiran motor merujuk pencapaian sesuatu kemahiran motor secara konsisten. Fitts and Pasner (1957), Kemahiran Motor dibahagi kepada tiga tahap: Kognitif – merupakan tahap utama yang bergantung pada kognitif atau penakulan individu. Proses ini berlaku bila individu menerima arahan atau tunjuk ajar dari koordinator. Contoh, seorang atlet lompat jauh ingin memulakan lompatannya. Sebelum lompatan dilakukan, atlet tersebut mesti mengetahui fasa-fasa dan teknik-teknik lompatan yang akan dilakukannya; Asosiatif – merupakan tahap kedua di mana individu itu belajar dan bersedia untuk melakukan aksi. Pada tahap ini, kognitif berkoliberasi dengan fizikal untuk melakukan sesuat aksi setelah mendapat gerak balas dari koordinator; Autonomi – merupakan peringkat terulung dalam kemahiran motor. Pada peringkat ini, individu sudah menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran dan seterusnya boleh bertindak secara automatik untuk melaksanakan sesuatu aksi. Feed Back dalam pembelajaran kemahiran motor terdiri daripada intrinsic feed back (daripada deria, contohnya kesakitan daripada kecederaan atau tekanan) dan ekstrinsic feed back (dari luaran, contohnya komen dari koordinator)

Rabu, 8 Jun 2011

ASAS KAWALAN MOTOR


Kawalan Motor merupakan bidang kajian berkaitan pergerakan atau tindakan  yang dapat dihasilkan dengan adanya kemampuan seseorang individu. Sistem tubuh badan adalah berkaitan rapat dengan unsur persekitaran untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi system tubuh adalah : Visual – melibatkan rangsangan yang dihasilkan oleh reseptor sensori; Vestibular – berpusat pada organ telinga yang mengawal system keseimbangan selain otak; Kinestatik – melibatkan tindakan antara fizikal dengan system saraf pusat juga dikenali sebagai somatosensori. Peranan persekitaran dalam kawalan motor terbahagi kepada:   Rangsangan – berbentuk maklumat yang dikesan daripada persekitaran di mana rangsangan disalurkan melalui reseptor sensori; Daya Fizikal – wujud secara natural di mana penghasilannya bergantung pada cara memanipulasikan daya.Rangsangan yang wujud daripada persekitaran dapat ditafsirkan oleh sistem persepsi. Sistem ini berbeza antara atlet elit dengan atlet novis. Contohnya, di dalam permainan bola futsal, seorang penyerang telah menerima bola pada sudut yang sukar untuk menjaringkan gol. Sekiranya pemain itu mempunyai banyak pengalaman dan berkemahiran tinggi maka dia dapat bertindak dengan bijak untuk menjaringkan gold dan sebaliknya. Sistem Aksi dapat direalisasikan oleh system persepsi. Setelah mentafsir rangsangan yang diterima, system biologi merangsang system aksi untuk bertindak balas dengan cepat dan bijak tetpi bergantung pada penguasaan kemahiran motor oleh atlet terlibat.


Selasa, 31 Mei 2011

ASAS KAWALAN MOTOR (PRINCIPLES OF MOTOR CONTROL)

Kawalan motor merujuk bidang kajian pergerakan manusia yang berkaitan mekanisme biologi yang berperanan dalam menghasilkan lakuan motor. Lakuan motor menjelaskan tentang kawalan postur dan pergerakan manusia. Semua pergerakan dihasilkan dengan baik menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh system biologi.
Lakuan motor boleh dibahagikan kepada voluntary motor dan involuntary motor. Lakuan motor voluntary merujuk pergerakan lakuan motor yang dihasilkan apabila pelaku memilih atau menentukan untuk melakukan pergerakan. Mutu lakuan yang terhasil sepenuhnya dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran. Lakuan ini dipanggil sebagai pergerakan voluntary. Segala tindakan atau lakuan pergerakan terkawal dinamakan pergerakan voluntary.

Terdapat dua jenis pergerakan voluntary iaitu Kemahiran Generik: Merupakan kemahiran yang berpunca daripada aspek genetic atau baka, contoh, berlari dan berjalan. Kemahiran generic ini berasaskan pembesaran dan kematangan seseorang. Kemahiran Berobjektif: Kemahiran pergerakan yang dilatih dan mempunyai objektif yang spesifik atau berojektif khusus. Contohnya mengubah suai teknik berlari. Kemahiran generic dan berobjektif terdiri dari dua jenis perge


rakan iaitu Pergerakan Lokomotor: Pergerakan yang melibatkan pergerakan mendatar seperti bernang dan berbasikal. Pergerakan bukan Lokomotor: pergerakan ini tidak melibatkan pergerakan secara mendatar seperti melompat setempat.

Lakuan Motor Involuntari merupakan segala lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawal atau involuntary, pelaku tidak mampu memilih atau mengubah lakuan yang dihasilkan. Lakuan ini dikenal sebagai gerak balas atau pergerakan involuntary. Gerak balas fizikal pada peringkat periferi diterima oleh system biologi manusia. Mekanisme umum pergerakan involuntary adalah seperti berikut: Sistem reseptor menerima rangsanagan pada peringkat periferi; Seteusnya, neuron sensori menerima rangsangan fizikal dan mengubah rangsanag tersebut kepada maklumat sensori; Seterusnya, maklumat sensori tadi dihantar ke system saraf pusat yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang; Seterusnya, impuls sensori sinaps disalurkan kepada neuron motor: Impuls sesori bertukar menjadi impuls motor: seterusnya impuls motor dihantar ke system efektor; Akhirnya pergerakan involuntary terhasil

Selasa, 19 April 2011

SARAF

Manusia merupakan organisme yang sangat khusus dengan kelakuan yang sangat kompleks. Ini bermakna manusia memerlukan pengawasan yang sangat ketat terhadap tubuh. Untuk memperolehi pengawasan sedemekian, kita mempunyai unit kawalan pusat yang boleh membuat keputusan dan sistem yang boleh menyisih maklumat serta menyampaikan semua keputusan yang dibuat oleh unit kawalan pusat. 

Sistem saraf merupakan komponen yang bertanggungjawab memberi maklumat kepada unit kawalam pusat, iaitu otak, dan menyampaikan keputusan yang dibuat oleh otak kepada anggota dan organ di dalam badan. Otak dan saraf tunjang membentuk sistem saraf pusat, dan baki sistem saraf yang lain menjalankan tugas yang berkaitan dengan aktiviti bawah kawalan dinamakan sistem saraf pinggiran/periferi (periferal).

Maklumat tiba ke badan di dalam banyak bentuk - bunyi, cahaya, bau, sentuhan dan sebagainya. semua maklumat ini ditukarkan kepada bentuk impuls elekterik. Impuls terhasil padaatau di bawah permukaan kulit oleh sel peka di hujung saraf. Sesetengah maklumat adalah sangat khusus menyebabkan tubuh mempunyai organ deria yang kompleks untuk mengesan dan bertindak balas hanya kepada rangsangan ini contohnya mata dan telinga.

Sesetengah maklumat terus disampaikan ke otak tampa melalui sepanjang saraf tunjang. Ini ialah kes yang impuls dibawa oleh dua belas pasang saraf yang bertugas untuk kepala dan leher termasuk masej dari organ deria khusus seperti mata dan telinga.

Bahagian lain sistem saraf, yang dinamakan sistem autonomi, adalah diluar kawalan tubuh. Fungsinya ialah mengatur tindak balas kimia dan aktiviti di dalam tubuh yang tidak dapat dilihat seperti pernafasan, pecernaan, degupan jantung, perkumuhan dan penghasilan hormon. Sistem saraf autonomi terdiri daripada dua set saraf yang terpisah iaitu saraf simpati dan saraf para simpati. Saraf-saraf itu bertentangan fungsi pada pelbagai bahagian badan manusia.





Sabtu, 9 April 2011

REACTION TIME

Menurut Magill (1985), masa reaksi adalah penentu di dalam kebanyakan lakuan motor. Kebolehan bertindak cepat dan tepat akan menentukan sesuatu lakuan. Beliau telah mendifinisikan masa reaksi sebagai jangka masa sesuatu lakuan apabila individu terdedah kepada stamulus dengan tindak balas otot yang terkawal atau pergerakan yang terhasil. Oxendine (1968) mendifinisikan masa reaksi sebagai masa yang diambil di antara berlakunya sesuatu stimulus dan tindak balas terawal yang boleh dilihat. Definisi yang hampir sama dibuat oleh Johnson dan Nelson (1986) iaitu, masa reaksi sebagai tempoh masa di antara penerimaan stimulus dan berlakunya pergerakan. Menurut Wood dan Schlosberg (1954), Oxendine (1968) dan Drowatsky (1975), masa reaksi dapat dibahagikan kepada empat fasa: i. Masa Deria; Organ deria dirangsang (aroused) dengan rangsangan tertentu dan diterima oleh reseptor-reseptor. ii. Masa Otak; Informasi yang diterma mesti ditukar kepada impuls saraf dan dihantar ke otak melalui saraf afaren untuk diproses. iii. Masa Saraf; Apabila impuls tiba ke otak, ianya diinteprestasikan oleh otak berdasarkan pengalaman lepas. Kemudian impuls yang diproses meninggalkan otak melalui saraf eferen. iv. Masa Otot; Otot-otot sasaran menerima impuls lalu berkontraksi untuk menghasilkan tindakbalas.

Berdasarkan definisi yang dikemukan oleh ahli-ahli fisiologi di atas, dapat disimpulkan bahawa masa reaksi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: i. Masa Pramotor; Masa di antara aplikasi stimulus dan tindakan pertama perubahan otot potensi. ii. Masa Motor; Masa di antara tindakan pertama perubahan otot dan permulaan pergerakan yang sebenar. Masa reaksi melibatkan masa deria, masa otak, masa saraf dan masa otot. Ia bermakan masa reaksi melibatkan intergrasi bahagian tinggi pusat sistem saraf (melibatkan persepsi). Implus dan deria reseptor yang terangsang akan melalui laluan aferen ke spinal cord dan otakuntuk proses membuat penilaian terhadap stimulus tersebut. Setelah proses peniaian dibuat oleh stamulus tersebut, keputusan yang dibuat akan dihantar ke otot yang berkaitan untuk tindak balas selanjutnya melalui laluan eferen. Kadar masa peniaian dan penghantaran stimulus melalui laluan-laluan tersebut ke otot-otot yang terlibat dinamakan reaction time (masa reaksi).







Bibliografi
 
Drowatsky, J.N. (1975). Motor Learning Principles and  Practices. Minneapolis :  Burgess.


Johnnson, B.L., & Nelson. J.K. (1986). Practical Measurements for Evaluation in Physical Eduacation (4th. Ed). Minneapolis : Burgess

Magill, R.A. (1985). Motor Learning: Concepts and Application. Iowa : WBC.
 
Oxendine, J.B. (1968). Psychology of Motor Learning. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Woodworth, R.S. and Schlosberg, H. (1954). Experimental Psychology. New York : Holt, Rinehart and Winston.

MOTOR LEARNING

Kawalan Motor
Disiplin ilmu sains lakuan motor manusia mengenai makenisme-makenisme  kawalan pada sistem biologi berperanan di dalam : (a) Pengawalan Motor (b) Penghasilan Pergerakan
Kefahaman Kawalan Motor adalah melibatkan penjelasan mengenali:
(a) Apa yang dikawal (kuantiti pergerakan yang mampu dihasilkan)
(b) Bagaimana berlakunya organisasi semua sub proses yang terlibat di dalam proses kawalan serta mekanisme berlakunya peningkatan pada tahap kawalan  



Sub Disiplin Kawalan Motor
(a) Kawalan motor
fokus kepada perubahan yang berlaku kepada makenisme kawalan motor natijah daripada proses tumbesaran, perkembangan, kematangan dan ketuaan.
(b) Pembelajaran Motor


Fokus kepada perubahan yang berlaku pada mekanisme kawalan motor natijah 
daripada proses-proses  ekstrinsik seperti praktis dan adaptasi fisiologi.

Faktor Pergerakan Manusia
(a) Lakuan
(b) Pergerakan


Prespaktif-Prespaktif Kawalan Motor
(a) Pendekatan Klasik
Makenisme kawalan motor dilihat dalam konteks fisiologi gerakbalas (pergerakan hanya dilihat akibat sistem saraf)
Fokus kawalan terhadap tindakbalas yang berlaku dalam sistem biologi (Prespaktif Sherrington)
(b) Pendekatan Moden
Pergerakan persekitaran dalam mempengaruhi pergerakan (mekanisme kawalan motor dilihat dalam konteks fisiologi aktiviti)
Fokus kawalan terhadap tindakbalas yang berlaku di antara sistem biologi dengan persekitaran (prespktif Bernstein)     
Pendekatan Klasik (Perepaktif Sherrington)
Teori Refleks (1906) - dengan permis-permis berikut :
Refleks sebagai unit gerakbalas di dalam sistem saraf
Lakuan motor terhasil daripada rangkaian refleks yang beraktivasi secara bersiri (ada  satu sistem yang menggerakkan)
Perkembangan dan aktivasi refleks mempunyai hiraki (rangsangan rendah ke tinggi) 


Tiada pergerakan boleh dihasilkan sekiranya refleks paling primitif tidak di aktivasi


Refleks Paling Primitif 


(a) Refleks Spinal (refleks yang hanya melibatkan tindakbalas sehingga ke peringkat saraf  tunjang sahaja.
 (b) Refleks Brainstem
(c) Refleks Midbrain
(d) Refleks Voluntari ( melibatkan otak )


Bukti Kewujudan Hairaki Refleks
Deaferentasi Subjek secara ispilateral - tiada lakuan motor pada bahagian yang dideaferentasi
Ekspirimen (Deaferentasi) Monyet - proses memutuskan hubungan sensori di antara sistem periferi dan sistem pusat
Kesimpulan - tiada lakuan motor kerana tiada aktivasi refleks spinal

Penolakan Teori Refleks
Grahan (1911) - Eksprimen Deaferentasi Bilateral


Deaferentasi subjek secara bilateral :
(a) Dalam keadaan biasa, tiada lakuan motor pada bahagian yang dideaferentasi
(b) Apabila ada rangsangan persekitaran yang sesuai, lakuan motor pada bahagian yang dideaferentasi boleh dihasilkan
(c) Kesimpulan : Penghasilan lakuan motor tidak memerlukan aktivasi refleks paling primitif

Central Patern Generator 


Rangkaian neuron yang berkemampuan mengaktivasikan corak lakuan motor lazim


Penghasilan setiap lakuan melibatkan pelbagai interaksi di peringkat sistem saraf
Lakuan lazim akan membina rangkaian neuron, ibarat kod kepada pergerakan tersebut
Apabilah terdedah kepada persekitaran di mana lakuan lazim dihasilkan. CPG akan diaktivasikan
Penolakan Teori Refleks
Lashley (1917) - Rawatan Pesakit Deaferentasi Secara Kemalangan
(a) Pesakit mengalami kecederaan akibat tertembak di bahagian spinal mengakibat tidak mampu menerima maklumat sensori baru
(b) Tetapi pesakit menunjukkan keupayaan untuk menghasilkan lakuan-lakuan lazim.
(c) Kesimpulan : Terdapat salinan eferan bagi lakuan motor


Salinan Eferan Lakuan Motor
Salinan Eferan :
(a) Lakuan Involuntari (luar kawal)
(b) Lakuan Voluntari (dalam kawalan)


Merupakan hasil sampingan (bagi produk) interaksi sistem saraf dalam menghasilkan  lakuan lazim diandaikan terbentuk di korteks sereberal
Beberapa salinan eferan berpotensi membentuk satu set arahan bagi mengspesifikasikan sesuatu lakuan motor khusus
Merupakan konsep program motor


Central Pattern Generator dan Program Motor
Merupakan konsep yang mengemukakan idea bahawa terdapat "kod" bagi semua lakuan  motor di peringkat sistem saraf pusat
Memberi implikasi terhadap mekanisme kawalan motor dalam konteks berikut:
   (a) Sistem Saraf Pusat
   (b) Sistem Pinggiran


Teori Hairaki
Teori yang mengandaikan bahawa semua aspek kawalan motor dari segi perancangan dan perlaksanaan adalah tanggungjawab pusat-pusat kortikal yang terdapat pada sistem saraf pusat - CNS
CNS diandaikan sebagai pusat kawalan peringkat tertinggi atau "peringkat 
eksekutif"
Permis Utama Teori Hairaki
Merupakan idea kawalan motor secara Desc Ending (top down approach)
Berbagai pemprosesan berlaku di peringkat pusat - "hasil" pemprosesan akan dihantar ke sistem periferi (pinggiran)

PENDEKATAN MODEN
Perspektif Bernstein
PERSEKITARAN mempengaruhi SISTEM BIOLOGI untuk menyokong objektif PERSEKITARAN
                      (mewujudkan hubungan yang sistematik)


Teori Sistem Dinamik
Lakuan motor sebagai hasil interaksi : sistem biologi dengan persekitarnya.


Daya dinamik bersifat dinamik


Sistem Biologi - merupakan sistem mekinikal dalam persekitaran : griviti, inertia, geseran

Konsep Kawalan Motor : Teori Sistem Dinamik


Penghasilan lakuan motor adalah daripada kecekapan sistem biologi  
mengawal darjah kebebasan lakuan yang mampu diwujudkan 
   

Permis Utama Teori Sistem Dinamik
Merupakan " IDEA KAWALAN MOTOR SECARA ASCENDING" - Bottom-up approach
Pemprosesan kawalan berlaku di peringkat periferi - sistem saraf pusat sebagai mediator


Kemampuan kawalan di peringkat periferi natijah :
(a) Sifat self orgenising sistem-sistem yang terlibat
(b) Kawalan darjah kebebasan




Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...