Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 12 Ogos 2011

SISTEM SARAF - Siri 1




Sistem saraf merupakan satu kawalan dan perhubungan bagi mengintergrasikan aktiviti dalam badan. Sistem saraf berfungsi sebagai penyusun tindak balas fizikal selaras dengan keadaan serta mengawal otot luar kawal dan organ seperti jantung dan paru-paru.














Sistem saraf terdiri dari otak, saraf tunjang, sel saraf dan gentian saraf yang membawa utusan daripada otak dan saraf tunjang ke seluruh badan serta membawa utusan dari seluruh badan ke otak dan saraf tunjang.



Sistem Saraf Pusat


Sistem saraf juga dikatakan sebagai pusat kawalan tubuh yang mengawal segala aktiviti yang berlaku dalam badan. Sistem saraf juga mengawal semua organ badan supaya dapat menjalankan fungsi tertentu pada masa dan kadar yang sewajarnya bergantung kepada keperluan tubuh.












Antara fungsi sistem saraf ialah: Deria – merasa perubahan dalam tubuh dan juga persekitaran; Intergrasi – mentafsirkan sebarang perubahan yang berlaku; Motor – bertindak balas terhadap tafsiran yang dibuat dengan memulakan tindakan dengan kontraksi otot atau rembesan hormon.










Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...