Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Selasa, 3 Januari 2017

Isyarat tubuh terhadap penyakit


Belum terlambat saya ucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU MASEHI 2017, semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah sesisi keluarga...ameen.

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.b) Bersini) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
BATUK
  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG
  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
  • Bibir pucati) Sistem penghadaman yang lemah.ii) Perut mengandungi angin.iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang
  •  Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT Berpeluh 
  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
RUAM DAN BISUL 
  • Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
KULIT GATAL DENGAN RUAM 
  • Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
KULIT PECAH DAN BERAIR 
  • Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
RAMBUT GUGUR 
  • Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
  • Sakit Sendi - rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
KEBAS TANGAN
  • Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
  • Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
KEBAS KAKI
  • Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
SAKIT TAPAK KAKI
  • Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
SAKIT TUMIT KAKI
  • Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
RASA PANAS DI TAPAK KAKI
  • Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 
GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
  • Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
KEPALA
  • Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA 
  • Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
  • Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
  • Menandakan penyakit migrain.
BISUL TERJADI DI KEPALA 
  • Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
RASA PENING YANG MEMUSING 
  • Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
LOYA/MUNTAH 
  • Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
MUNTAH DARAH 
  • Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK 
  • Tanda sakit jantung.
KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT 
  • Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
KERAP KENCING 
  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
AIR KENCING BERKAPUR 
  • Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
AIR KENCING BERMINYAK
  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
  • Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
  • Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
SEMBELIT
  • Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH
  • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM
  • Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
RASA SAKIT
  • Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
  • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
BADAN TERASA PANAS
  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
BADAN TERASA RINGAN
  • Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
RASA TAKUT MENGEJUT 
  • Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
CEPAT NAIK DARAH/MARAH 
  • Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
RASA BIMBANG DAN TAKUT
  • Sistem paru-paru yang lemah.
RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB 
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
  • Sistem penghadaman yang lemah.
Rujukan : 
Pn. Rusnani Omar, Penolong Pendaftar, Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis. 

Khamis, 3 November 2016

Penyakit Tiroid


Kelenjar tiroid berfungsi mengeluarkan dua jenis hormon iaitu hormon tiroksin dan hormon triiodotiroksin. Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Ahad, 23 Oktober 2016

Peraturan 3,5000 kalori untuk 1 paun berat badan


Setakat mana kebenarannya?

Perihal Kentut



Membicarakan tentang kentut biasanya agak memalukan. Namun kajian menunjukkan kentut merupakan satu kitaran dalam badan yang perlu dikeluarkan. Hebatnya, dengan kentut anda boleh mencegah risiko kembung perut hingga kepada penyakit kanser.

Selasa, 18 Oktober 2016

Food Craving



Tengah-tengah duduk atas sofa tengok Liverpool atau JDT lawan, tiba-tiba terasa nak mengunyah sesuatu yang manis. Tak pun rasa lapar ketika itu tapi sedar-sedar mulut dah pun mengunyah coklat. Rasa bahagia dan gembira saja makan coklat.

Siapakah  pernah alami situasi begini?

Majoriti daripada kita ada keinginan terhadap sesuatu makanan atau food craving. Ada yang ingin makanan manis, ada yang ingin makanan masin, ada yang ingin pizza, aiskrim, asam jeruk atau sebagainya.

Bagaimana atasinya?

Jika anda craving makanan manis, ada berkemungkinan ada masalah dengan insulin. Memberi lebih gula menyebabkan masalah itu semakin teruk disebabkan gula yang masuk akan menyebabkan insulin dirembeskan lagi menyebabkan keinginan itu meningkat. Pilih gula seperti buah apabila anda craving benda manis. Dalam masa sama tambah makanan tinggi serat untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Keinginan pada coklat menunjukkan anda kekurangan magnesium. Menurut kajian, lebih 80% daripada populasi manusia di dunia ini kekurangan magnesium dalam diet seharian. Coklat walaupun bagus untuk antioksida akan tetapi tinggi gula. Pilih coklat gelap atau dark chocolate jika anda craving. Pilih yang lebih 75 % coklat gelap. Ia biasanya rendah gula. Dalam masa sama, makan makanan tinggi magnesium seperti kacang, ikan dan sayur hijau.

Keinginan terhadap makanan masin termasuk makanan ringan seperti patato chips, mee segera yang tinggi garam menunjukkan anda seorang yang hidup dengan tekanan. Tekanan mungkin datang daripada kerja, mungkin daripada keluarga, dan lain-lain. Cuba atasi tekanan itu. Ada pelbagai cara mengurangkan tekanan termasuk meditasi, solat dan sebagainya. Selesaikan masalah yang melanda. Dapat konsultasi pakar atau pihak lain jika perlu.

Keinginan terhadap daging merah menunjukkan kekurangan zat besi. Daging merah termasuk burger daging, steak dan sebagainya. Perempuan tengah haid biasanya kurang zat besi. Tambah makanan tinggi zat besi seperti kurma, kacang, legume dan lain-lain.

Keinginan terhadap makanan berkeju seperti pizza menunjukkan kurang lemak baik dalam diet. Tambah lemak baik seperti salmon, flaxseed oil dalam pemakanan harian.

Keinginan terhadap makanan bukan disebabkan kelaparan. Keinginan tak datang daripada perut tetapi daripada signal di otak yang tubuh memerlukan zat makanan yang kita perlukan.


Bibliografi:

https://bengreenfieldfitness.com/2014/01/what-do-food-cravings-mean/

http://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/what-your-food-cravings-really-mean

Isnin, 17 Oktober 2016

Bahaya minum air berlebihan


Air berlebihan boleh membawa maut?

Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.

Sabtu, 27 Ogos 2016

Isu Vaksin


Isu vaksin hangat diperkatakan di media sosial selepas kematian kanak-kanak di Kedah, Melaka dan Sabah akibat jangkitan difteria baru-baru ini. Seperti biasa, ramailah yang memberi pandangan; ada yang sokong vaksin, ada pula yang menolak vaksin. Antara mereka yang bersuara ialah salah seorang personaliti program realiti TV Imam Muda.

Apa itu vaksin? 

Vaksin adalah satu sediaan yang bertujuan untuk menghasilkan keimunan badan terhadap sesuatu penyakit dengan merangsang penghasilan antibodi. Ia merupakan virus atau bakteria yang lemah, dimasukkan ke dalam tubuh dalam bentuk vaksin, agar sistem antibodi tubuh mengenali mereka dan bersedia untuk melawan infeksi.

Vaksin pertama dihasilkan oleh Dr Edward Jenner, seorang doktor Inggeris, pada tahun 1796. Perkataan vaksin diambil daripada bahasa Latin yang bermaksud lembu, kerana beliau menemui cara menghadapi penyakit cacar lembu ketika itu. Teknologi vaksin telah berkembang lebih 200 tahun dan vaksin ternyata selamat dan efektif dalam menghalang penyakit daripada merebak.

Menurut Hays yang menulis dalam buku Epidemics and Pandemics – Their Impacts on Human History pada tahun 2005, penyakit cacar merupakan wabak yang serius di Eropah pada penghujung abad ke-18. Ia menyebabkan kematian lebih 400,000 orang setahun. Lebih 80 peratus yang mati ialah kanak-kanak. Cacar diakibatkan oleh virus variola yang boleh berjangkit melalui bawaan udara, menyebabkan ia senang merebak.

Laporan WHO yang dikeluarkan pada 21 September 2007 menyatakan, pada tahun 1967, kira-kira 20 juta penduduk dunia dijangkiti cacar dan 2 juta meninggal pada tahun tersebut. Mereka yang selamat pula menjadi buta atau berparut. Kempen vaksinasi telah menghapuskan sama sekali penyakit cacar pada tahun 1979.

Begitu juga vaksin lain. Laporan WHO pada tahun 2015 menyatakan  bahawa kes polio yang boleh menyebabkan lumpuh telah menurun dari 350,000 pada tahun 1988 ke 359 pada tahun 2014. Ia tidak dapat dihapuskan sepenuhnya kerana masih terdapat pihak yang menentang vaksin ini, terutama di kawasan yang dikuasai Taliban di Afghanistan dan Pakistan (laporan Eltaf Najafizada, 16 Disember 2015). Ini berikutan salah faham bahawa vaksin ini mengandungi bahan haram dan boleh menyebabkan kemandulan.

Salah faham ini jugalah yang menjadi punca wujudnya golongan menolak vaksin di Malaysia. Mereka melihat vaksin ini sebagai satu “toksin” yang memudaratkan anak-anak mereka, mungkin kerana mendapat sumber rujukan yang tidak sahih seperti FB, media sosial dan enjin carian Google. Ada pula yang menolak vaksin kerana takut ia mengandungi DNA khinzir walaupun Kementerian Kesihatan dan Jakim sudah mengesahkan vaksin ini halal dan selamat.

Terdapat gerakan menolak vaksin di Barat yang berpendapat vaksin menyebabkan autisme. Ia lanjutan kajian penyelidik British bernama Andrew Wakefield yang mengaitkan vaksin MMR (campak, begum & rubela) dengan autisme. Ini memberi kesan bukan sahaja ke atas ibu bapa di Barat tetapi juga di Malaysia. Kajian tersebut adalah palsu dan lesen perubatan Wakefield telah ditarik balik oleh Majlis Perubatan UK.

Sejak tahun 1988 lagi, mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah atau haji juga diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan suntikan vaksin meningitis untuk mencegah penyakit radang pada selaput otak dan saraf tunjang. Tiada suntikan, tiada visa.

Penting untuk kita faham bahawa vaksin adalah langkah pencegahan. Ia menyebabkan penerima vaksin imun terhadap virus-virus yang masih wujud hingga kini. Dengan pembangunan, meningkatnya juga kemudahan penerbangan murah yang merancakkan pergerakan manusia. Ia termasuk kemasukan berjuta-juta pekerja asing ke Malaysia. Keadaan ini sebenarnya meningkatkan juga risiko jangkitan.

Sekiranya kita tidak mendapat imunisasi yang telah diwajibkan, kita berisiko tinggi untuk mendapat penyakit disebabkan jangkitan, terutamanya ketika berada berhampiran mereka yang sakit di tempat-tempat awam. Apatah lagi bagi kanak-kanak atau bayi yang sistem imun mereka masih lemah.

Dalam apa jua situasi, kita seharusnya membuat keputusan berlandaskan maklumat yang benar dan tepat (informed decisions). Telah banyak ulasan mufti-mufti yang menerangkan hukum berkenaan pengambilan vaksin yang telah disahkan kehalalannya. Buatlah pilihan yang terbaik dalam usaha menjaga kesihatan diri dan orang tersayang, juga demi kemaslahatan umum.



Khamis, 25 Ogos 2016

Hormon Testosteron


Paras Testosteron
Testosteron adalah hormon yang diperlukan untuk meningkatkan otot dan juga stamina otot. Sistem latihan yang baik dan disiplin yang tinggi membantu mencapai keputusan yang baik tetapi peningkatan paras testosteron meningkatkan proses itu. Disebabkan itu, ramai yang cuba mengambil atau menggunakan steroid untuk meningkatkan testosteron.

Bagaimana untuk meningkatkan paras testosteron secara semulajadi?

Makan Kerap
Pemakanan yang kerap dapat membantu meningkatkan penghasilan hormon testosteron. Makanlah sekurang-kurangnya 6 kali sehari setiap 2-3 jam. Dengan pemakanan yang kerap, anda bukan sahaja menetapkan proses pengeluaran hormon bahkan meningkatkan kadar metabolisme badan.

Makan Lemak
Percaya atau tidak, makro nutrisi yang paling penting untuk meningkatkan testosteron adalah lemak. Lemak berpengaruh terharap semua proses hormonal dalam tubuh. Lemak bukan bermaksud kulit ayam atau lemak tidak sihat tetapi lemak sihat seperti daripada sumber kacang, avocado, minyak ikan, minyak flaxseed, minyak zaitun dan sebagainya.

Cukup Tidur
Dapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6 hingga 8 jam sehari. Badan kita memerlukan jumlah tidur yang cukup untuk proses pemulihan. Kurangnya tidur akan meningkatkan pengeluaran kortisol dan akan menurunkan kadar testosteron sebanyak 40%. Untuk memperbaiki mutu tidur, carilah tempat yang agak sejuk dan elakkan minum air yang banyak sebelum tidur.

Kurangkan Tekanan
Bila berada dalam tekanan, badan akan merembeskan hormon kortisol. Seperti yang diberitahu sebelum ini, hormon kortisol menutup pengeluaran testosteron. Kajian oleh Population Council endocrinologist Matthew Hardymendapati bahawa hormon kortisol mengalahkan enzim-enzim yang bertanggunjawab memastikan sel-sel di testis menghasilkan testosteron. Kortisol juga meningkatkan peratusan lemak.

Belajar mengawal kemarahan, mengelakkan terlebih latihan, menjadi seorang yang positif, meningkatkan aktiviti kerohanian antara cara untuk mengawal stres atau tekanan. Jika masih tidak mampu mengawal tekanan, dapatkan bantuan kaunseling.

Kurangkan Lemak Badan
Semakin tinggi lemak di badan, semakin tinggi kadar estrogen. Paras estrogen meningkat disebabkan lemak mengandungi enzim yang dipanggil aromatase yang mengubah testosteron kelakian ke estrogen yang feminin yang mana membuat testosteron menurun.

Bila berdiet, jangan kurangkan terlalu banyak kalori yang mana bila terlalu banyak kalori dikurangkan, badan akan bertukar ke mood kelaparan atau survival mood yang seterusnya menyebabkan badan berhenti menghasilkan testosteron. Disebabkan hal ini juga, kita tidak digalakkan buat penurunan yang cepat. Cukuplah sekadar 1 hingga 3 lbs penurunan lemak dalam seminggu.

Elak Peningkatan Estrogen
Meningkatkan pengambilan makanan daripada sayur-sayuran. Brokoli, cauliflower, lobak, kubis, brussel sproutssemuanya telah terbukti secara dramatik mengurangkan kadar estrogen sehingga meningkatkan testosteron. Mengurangkan pengambilan soya, walaupun kajian terbaik menunjukkan pengambilan soya yang ‘sangat’ banyak baru mempunyai kesan negatif pada tahap testosteron.

Bekas penyimpanan makanan 
Gunakan bekas kaca untuk menyimpan makanan dan air daripada menggunakan bekas plastik. Produk plastik cenderung untuk menghasilkan xenoestrogens yang aka masuk ke dalam air dan makanan ketika dipanaskan. Kebanyakan makanan dalam tin juga mengandungi lapisan plastik yang mengandungi xenoestrogens. Xenoestrogens adalah estrogen buatan manusia yang ditemui dalam banyak benda seperti racun perosak, hormon pertumbuhan, steroid, penyegar udara, bungkusan plastik, pewangi yang mana meningkatkan tahap xenoestrogens anda pada hormon estrogen sambil menurunkan testosteron.

Kurangkan Pengambilan Alkohol
Hadkan pengambilan alkohol. Alkohol mempunyai kesan dramtik pada tahap testosteron. Kurangkan juga pengambilan buah anggur.

Bersenam
Lakukan senaman jenis kompoun yang melatih beberapa kumpulan otot besar seperti power clean, squats, bench press, deadlift, chin-up, dip, military press dan sebagainya. Mengikut kajian yang dijalankan di Sweden, hormon testosteron meningkatkan tinggi dengan latihan jenis kompoun berbanding jenis isolasi. Elakkan latihan kardio yang terlalu lama.

Seluar Ketat
Testikal anda perlu berada pada suhu 94 hingga 96 darjah atau sekitar 2 darjah lebih sejuk berbanding suhu badan anda untuk berfungsi lebih baik dan menghasilkan testosteron. Elakkan memakai seluar yang terlalu ketat seperti seluar jean, seluar dalam yang ketat. Elakkan juga mandi air panas terlalu lama. Pakailah seluar yang agak longgar dan berangin.

Tambahan
Zink sangat penting untuk pengeluaran testosteron keran zink mencegah testosteron ditukar ke estrogen dengan membuat enzim aromatase tidak berfungsi. Zink sendiri juga mengubah estrogen ke testosteron dan membantu menghasilkan sperma yang lebih sihat dan tinggi jumlah sperma. Makanan tinggi kandungan zink seperti tiram, hati, makanan laut, unggas, kacang-kacang dan biji-bijian.

Jika perlu ZMA adalah peningkat testosteron yang menggabungkan zink, magnesium aspartate dan vitamin B6. Tribulus terrestris juga boleh meningkatkan paras testosteron. Terestris secara teknikalnya meningkatkan hormon leutenizing (LH) yang merangsang pengeluaran testosteron di testis.

Bagi kaum hawa, tiada kilang penghasilan testosteron tetapi ada hormon testosteron dalam badan dalam jumlah yang sedikit jika dibandingkan lelaki. Mungkin ada sesetengah kes, kaum hawa memiliki paras testosteron yang tinggi. Kebanyakan kaum hawa yang aktif di dalam sukan bina badan, ada kemungkinan mereka menggunakan testosteron sintetik. Kaum hawa juga juga memerlukan testosteron di dalam kes-kes tertentu.)

Jumaat, 12 Ogos 2016

Jangan simpan ubat demam dalam peti ais


Perlu Ambil Perhatian!!!!!Ahli Farmasi Berkongsi Kenapa Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka peti sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk? Mesti ada kan?

Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.

Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ini antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.


Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.

Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang, seelok-eloknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam Yang Telah Dibuka

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti seju, suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan menyebabkan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.



Selasa, 26 Julai 2016

Siapa kata lemak tak penting?


Fungsi lemak
  1. Lemak tidak boleh membekalkan tenaga segera untuk aktiviti tetapi ia boleh digunakan tubuh untuk aktiviti berintensiti rendah seperti joging, jalan, senamrobik dan sebagainya.
  2. Lemak menyediakan penebat dan perlindungan kepada organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan hati.
  3. Lemak adalah agen pengangkutan vitamin A, D, E dan K yang mana tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak.
Lemak boleh dipecahkan kepada beberapa jenis;
  • Lemak Tepu + Lemak Trans - Lemak tepu hadir dalam makanan seperti daging merah, kuning telur, keju, mentega, susu, bahan-bahan biskut, kek, makanan bergoreng dan sebagainya. Pemakanan rakyat Malaysia secara amnya mengandungi sekitar 40% lemak. Daripada jumlah ini, 20-25% daripada lemak tepu, yang mana menjadi punca utama penyakit jantung koronari, kencing manis dan penyakit degeneratif yang lain. Minyak sayuran yang dimasak juga termasuk dalam kategori lemak trans, jadi jangan gunakan minyak zaitun untuk masak. Minyak zaitun elok digunakan selepas makanan siap dimasak sebagai dressing.
  • Lemak Tak Tepu - Lemak tak tepu terbahagi kepada monounsaturated (mono) dan polyunsaturated (poli). Lemak mono sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan terdapat dalam makanan seperti minyak zaitun, minyak canola, avocado, almond dan sebagainya. Lemak poli terdapat dalam minyak bunga matahari, minyak jagung, dan sebagainya.Lemak mono perlu dilebihkan dalam diet harian. Ia membantu menurunkan paras LDL (low density lipoprotein).
  • Asid Lemak - Asid lemak perlu adalah daripada kategori lemak poli juga. Mereka penting dalam mencegah pelbagai penyakit seperti sakit jantung koronari, diabetis jenis 2, sesetengah kanser, arthritis, tekanan dan sebagainya. Terdapat tiga jenis asid lemak penting iaitu omega-3, omega-6, dan omega-9. Omega-3 dan omega-6 boleh diambil melalui pemakanan manakala omega-9 boleh dihasilkan melalui lebihan omega yang lain. Beberapa jenis omega boleh dijumpai dalam makanan seperti avocado, biji-bijian, minyak flaxseed, walnut, minyak ikan, ikan salmon, sardin, tuna dan sebagainya.
  • Kolesterol - Kolesterol sebenarnya penting untuk pelbagai fungsi seperti pengangkutan. Terdapat dua jenis kolesterol, low density lipoprotein (LDL) dan high density lipoprotein (HDL). LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana ianya akan disimpan di dinding arteri dan seterusnya membentuk sekatan di arteri. HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik yang bertindak sebagai penyapu jalan di arteri dan membawa kolesterol tak perlu ke hati untuk diproses.
Walaupun lemak diperlukan badan tetapi perlu diingatkan bahawa lemak tetap lemak.1 gram lemak mengandungi 9 kalori. Terlalu banyak lemak walaupun lemak yang baik akan disimpan sebagai lemak juga. Tahukah anda, pengambilan lemak trans yang tinggi dalam diet boleh menjadi penyebab tekanan atau depression?

Kenapa perlu seimbangkan pemakanan makanan berasid dan alkali?


Paras pH badan boleh menjejaskan kesihatan. Makanan yang tinggi kandungan asid menghalang tindakan saraf, manakala makanan yang kaya dengan alkali merangsang tindakan saraf. 

pH darah kita adalah 7.365 atau dibundarkan ke 7.4 iaitu sedikit ke arah julat alkali. Julat asid adalah daripada 0 hingga 7 dan alkali daripada 7 hingga 14.

Sistem imunisasi kita berfungsi dengan baik di bawah keadaan alkali tetapi juga memerlukan keadaan berasid. Ini menunjukkan tubuh manusia memerlukan keseimbangan untuk mengekalkan pH darah pada 7.4. Metabolisme keseluruhan bergantung pada keseimbangan makanan berasid dan alkali.

Kenapa perlu seimbangkan pemakanan makanan berasid dan alkali?
  • Kesihatan buah pinggang, usus, sistem penghadaman dan hati
  • Melawan penyakit seperti arthritis dan sakit jantung
  • Mempertahankan badan dari kerosakan sel radikal bebas
  • Membantu memperoleh mineral dan vitamin dari makanan
  • Mengekalkan dan meningkatkan mobiliti sendi dan otot
  • Meningkatkan tahap oksigen dalam pengaliran darah
  • Keseimbangan antara kedua-dua makanan mengawal masalah penghadaman dan pergerakan usus
  • Mengawal paras gula
  • Mengekalkan tekanan darah serta mengawal kenaikan dan penurunannya.

Tinggi Alkali
Sedarhana
Rendah
Kategori
Rendah
Sedarhana
Tinggi Asid
Stevia (pemanis tiruan)
Sirap maple
Madu asli
Gula
Madu proses
Gula proses (gula pasir, gula perang)
Aspartame equal (pemanis tiruan)
Tembikai, anggur, manga, betik, lemon, limau
Kurma,kivi, blueberries, epal, pear, kismis
Pisang, peach, avocado, oren
Buah
Plum, buah proses

Blackberries, asam
Asparagus, bawang, brkoli, halia
Kacang hijau, selari, keledek, timun
Lobak, jagung, tomato, kobis, kacang pea, soya tauhu
Sayur
Bayam dimasak
Kentang tanpa kulit
Cokelat

Almond
Chestnut
Kekacang
Biji labu
Cashew
Kacang tanah
Minyak zaitun

Minyak kelapa sawit,
Minyak
Minyak jagung





Serat
Roti serat, beras perang
Nasi putih, oat
Roti p[utih, pasta



Daging
Ikan
Ayam
Daging merah

Susu ibu
Kacang soya, susu kambing, whey
Produk tenusu
Yogurt, margerin, mentega, keju
Susu lembu
Aiskrim
Air lemon, teh herba
Teh hijau
Teh halia
Minuman
Teh tarik
Kopi
Bir, minuman bergas


Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...