Paras Testosteron
Testosteron adalah hormon yang diperlukan
untuk meningkatkan otot dan juga stamina otot. Sistem latihan yang baik dan
disiplin yang tinggi membantu mencapai keputusan yang baik tetapi peningkatan
paras testosteron meningkatkan proses itu. Disebabkan itu, ramai yang cuba
mengambil atau menggunakan steroid untuk meningkatkan testosteron.
Bagaimana
untuk meningkatkan paras testosteron secara semulajadi?
Makan Kerap
Pemakanan yang kerap dapat membantu
meningkatkan penghasilan hormon testosteron. Makanlah sekurang-kurangnya 6 kali
sehari setiap 2-3 jam. Dengan pemakanan yang kerap, anda bukan sahaja
menetapkan proses pengeluaran hormon bahkan meningkatkan kadar metabolisme
badan.
Makan Lemak
Percaya atau tidak, makro nutrisi yang
paling penting untuk meningkatkan testosteron adalah lemak. Lemak berpengaruh terharap
semua proses hormonal dalam tubuh. Lemak bukan bermaksud kulit ayam atau lemak
tidak sihat tetapi lemak sihat seperti daripada sumber kacang, avocado, minyak
ikan, minyak flaxseed, minyak zaitun dan sebagainya.
Cukup Tidur
Dapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6
hingga 8 jam sehari. Badan kita memerlukan jumlah tidur yang cukup untuk proses
pemulihan. Kurangnya tidur akan meningkatkan pengeluaran kortisol dan akan
menurunkan kadar testosteron sebanyak 40%. Untuk memperbaiki mutu tidur,
carilah tempat yang agak sejuk dan elakkan minum air yang banyak sebelum tidur.
Kurangkan Tekanan
Bila berada dalam tekanan, badan akan
merembeskan hormon kortisol. Seperti yang diberitahu sebelum ini, hormon
kortisol menutup pengeluaran testosteron. Kajian oleh Population Council
endocrinologist Matthew Hardymendapati bahawa hormon kortisol mengalahkan
enzim-enzim yang bertanggunjawab memastikan sel-sel di testis menghasilkan
testosteron. Kortisol juga meningkatkan peratusan lemak.
Belajar mengawal kemarahan, mengelakkan
terlebih latihan, menjadi seorang yang positif, meningkatkan aktiviti
kerohanian antara cara untuk mengawal stres atau tekanan. Jika masih tidak
mampu mengawal tekanan, dapatkan bantuan kaunseling.
Kurangkan Lemak Badan
Semakin tinggi lemak di badan, semakin
tinggi kadar estrogen. Paras estrogen meningkat disebabkan lemak mengandungi
enzim yang dipanggil aromatase yang mengubah testosteron kelakian ke estrogen
yang feminin yang mana membuat testosteron menurun.
Bila berdiet, jangan kurangkan terlalu banyak
kalori yang mana bila terlalu banyak kalori dikurangkan, badan akan bertukar ke
mood kelaparan atau survival mood yang seterusnya menyebabkan badan berhenti
menghasilkan testosteron. Disebabkan hal ini juga, kita tidak digalakkan buat
penurunan yang cepat. Cukuplah sekadar 1 hingga 3 lbs penurunan lemak dalam
seminggu.
Elak Peningkatan Estrogen
Meningkatkan pengambilan makanan daripada
sayur-sayuran. Brokoli, cauliflower, lobak, kubis, brussel sproutssemuanya
telah terbukti secara dramatik mengurangkan kadar estrogen sehingga
meningkatkan testosteron. Mengurangkan pengambilan soya, walaupun kajian
terbaik menunjukkan pengambilan soya yang ‘sangat’ banyak baru mempunyai kesan
negatif pada tahap testosteron.
Bekas penyimpanan makanan
Gunakan bekas kaca untuk menyimpan makanan
dan air daripada menggunakan bekas plastik. Produk plastik cenderung untuk
menghasilkan xenoestrogens yang aka masuk ke dalam air dan makanan ketika
dipanaskan. Kebanyakan makanan dalam tin juga mengandungi lapisan plastik yang
mengandungi xenoestrogens. Xenoestrogens adalah estrogen buatan manusia yang
ditemui dalam banyak benda seperti racun perosak, hormon pertumbuhan, steroid,
penyegar udara, bungkusan plastik, pewangi yang mana meningkatkan tahap
xenoestrogens anda pada hormon estrogen sambil menurunkan testosteron.
Kurangkan Pengambilan Alkohol
Hadkan pengambilan alkohol. Alkohol
mempunyai kesan dramtik pada tahap testosteron. Kurangkan juga pengambilan buah
anggur.
Bersenam
Lakukan senaman jenis kompoun yang melatih
beberapa kumpulan otot besar seperti power clean, squats, bench press,
deadlift, chin-up, dip, military press dan sebagainya. Mengikut kajian yang
dijalankan di Sweden, hormon testosteron meningkatkan tinggi dengan latihan
jenis kompoun berbanding jenis isolasi. Elakkan latihan kardio yang terlalu
lama.
Seluar Ketat
Testikal anda perlu berada pada suhu 94
hingga 96 darjah atau sekitar 2 darjah lebih sejuk berbanding suhu badan anda
untuk berfungsi lebih baik dan menghasilkan testosteron. Elakkan memakai seluar
yang terlalu ketat seperti seluar jean, seluar dalam yang ketat. Elakkan juga
mandi air panas terlalu lama. Pakailah seluar yang agak longgar dan berangin.
Tambahan
Zink sangat penting untuk pengeluaran
testosteron keran zink mencegah testosteron ditukar ke estrogen dengan membuat
enzim aromatase tidak berfungsi. Zink sendiri juga mengubah estrogen ke
testosteron dan membantu menghasilkan sperma yang lebih sihat dan tinggi jumlah
sperma. Makanan tinggi kandungan zink seperti tiram, hati, makanan laut,
unggas, kacang-kacang dan biji-bijian.
Jika perlu ZMA adalah peningkat testosteron
yang menggabungkan zink, magnesium aspartate dan vitamin B6. Tribulus
terrestris juga boleh meningkatkan paras testosteron. Terestris secara
teknikalnya meningkatkan hormon leutenizing (LH) yang merangsang pengeluaran
testosteron di testis.
Bagi kaum hawa, tiada kilang
penghasilan testosteron tetapi ada hormon testosteron dalam badan dalam jumlah
yang sedikit jika dibandingkan lelaki. Mungkin ada sesetengah kes, kaum hawa memiliki paras testosteron yang tinggi. Kebanyakan kaum hawa yang aktif di dalam sukan bina badan, ada kemungkinan mereka menggunakan testosteron sintetik. Kaum hawa juga juga
memerlukan testosteron di dalam kes-kes tertentu.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan