Perlu Ambil Perhatian!!!!!Ahli Farmasi Berkongsi Kenapa
Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais
Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka peti sejuk. Periksa
ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk
dalam peti sejuk? Mesti ada kan?
Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan
sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah
digunakan sebelum ni.
Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?
Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan
‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol
ini antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada
klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam dalam
peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti
sejuk seperti makanan lain.
Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis
lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di
dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus
buang, rasa macam membazir pula kan?
Persoalannya berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah
boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan
atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat
demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali
sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga
akan sembuh dalam masa 3 hari.
Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.
Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh
disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.
Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang, seelok-eloknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada
farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam
yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam Yang Telah Dibuka
Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih
(clean air) ataupun nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara
bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi
wap air, fungi dan juga bakteria.
Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti
methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya.
Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti seju, suhu peti
sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses
kondensasi.
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan menyebabkan
bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian
turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam
yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat
demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun
hingga sampai tarikh luputnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan