Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 31 Disember 2017

Pengelolaan dan Pengurusan Pendidikan Luar


 

Pengenalan

Perkhemahan adalah salah satu aktiviti pendidikan luar yang sering dilaksanakan untuk memenuhi masa lapang bagi merehatkan fikiran.  Di samping perkhemahan, pelbagai aktiviti yang terancang boleh dilakukan semasa perkhemahan.  Dalam menjayakan aktiviti pendidikan luar yang efisyen, jawatankuasa perlu dibentuk bagi menjalankan program yang dirancang.  

jawatankuasa yang perlu dilantik ialah urusetia, penyelaras aktiviti, alatan, pengangkutan, keselamatan dan makanan. Program pendidikan luar yang dirancang dengan rapi boleh meberi kesan yang positif kepada mereka yang terlibat seperti lebih yakin, berdikari, bertanggungjawab setelah mengikutin program perkhemahan.

Khamis, 28 Disember 2017

Pendidikan Luar (Outdoor Education)

Perkhemahan bersepadu Kolej Matrikulasi Malaysia di KMPh 2017
Tajuk ini bertujuan memberi pengetahuan tentang konsep, matlamat, tujuan dan objektif pendidikan luar. Pelajar juga dibekalkan dengan kemahiran menyediakan kertas kerja yang merangkumi aspek merancang, melaksana dan melapor di samping menyertai program pendidikan luar berorientasikan aktiviti darat dan air dengan menggunakan alam sekitar sebagai media pembelajaran.

Rawatan Pemulihan

Pertandingan Kawad Kaki dan Perkhemahan Bersepadu
Kolej Matrikulasi Malaysia di di KMPh 2017
Penglibatan aktif dalam sukan dan permainan mengundang kecederaan sekiranya latihan yang dilakukan tidak mengikuti prinsip-prinsip latihan yang ditetapkan. 

Walau bagaimanapun, jurulatih serta atlet perlu mempunyai asas rawatan kecederaan dan pemulihan agar individu yang tercedera dapat menerima rawatan bantu mula yang baik, betul dan sistematik. 

Rawatan yang sistematik akan mempercepatkan kadar pemulihan dan atlet boleh bergiat cergas dalam semula masa yang singkat.

Khamis, 14 Disember 2017

Simpulan dan Ikatan


Pernahkah anda terfikir! Siapakah orang yang pertama mencipta atau menghasilkan tali?  Tidak siapa yang dapat memberi jawapan yang tepat.

Kewujudan tali telah dikesan di Mesir kira-kira 5000 tahun yang lalu.  Tali yang ditemui diperbuat daripada rami yang halus, dahan, rumput, bulu unta dan akar-akar pokok.

Pada tahun 1840 di Great Britain tali telah dihasilkan daripada dawai.  Kini tali telah dihasilkan daripada bahan campuran (sintatik) atau nilon.

Kegunaan tali dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan.   Tali digunkana untuk mengikat, menambat, memancing dan dalam apa jua kegiatan tertentu baik di dalam atau di luar rumah.  Untuk tujuan tersebujt tali telah dibentuk menjadi simpulan dan ikatan.

Menurut kajian yang telah dijalankan terdapat kira-kira 3000 jenis simpulan dan ikatan yang dihasilkan menggunakan tali.

Bagi pengakap pula,  mereka dianggap sebagai seorang ahli yang cekap apabila dapat menguasai segala kemahiran yang dipelajari.  Termasuklah mengetahui jenis-jenis tali, kekuatan tali dan menyimpan tali.   Setiap ahli pengakap juga perlu tahu membuat simpulan dan ikatan serta mengetahui kegunaan

Menurut BP simpulan dan ikatan amat perlu untuk setiap ahli pengakap dan semestinyalah mereka dapat membuatnya.  Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya terdapat cara yang betul untuk membuatnya.  Simpulan dan ikatan yang betul, apabila ditegangkan tidak akan terlucut dan apabila hendak dibuka mudah dirombak.

Oleh itu ahli pengakap patut tahu cara yang betul kerana adakalanya nyawa seseorang itu bergantung kepada simpulan dan ikatan yang dihasilkan.  Contoh dalam kerja-kerja menyelamat.

Isnin, 6 November 2017

Waktu bersenam yang sesuai


Waktu pagi, petang atau malam?

Sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing. 

Senaman di awal pagi

Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. 

  • Melanjutkan kesegeran dan mood - Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu. 
  • Membakar lebihan lemak dalam badan - Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima. Tubuh juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.
  • Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari - Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji. Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.
  • Aktiviti pembakaran kalori berterusan - Jika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan. Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.

Senaman di waktu petang dan malam

Realitinya  tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi.

  • Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan. Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam. 
  • Lebih manfaat  buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam. 

Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! 


Selasa, 31 Oktober 2017

Water


Water constitutes about 75% of our muscle tissue, 22% of bones, 74% of your brain, 25% of fatty tissue and works within every single cell in the body to transport nutrients and remove waste products. 

It regulates body temperature allowing heat to evaporate from the skin in the form of sweat. Put simply, the body breaks down without adequate fluid! 

When we are dehydrated, blood becomes thicker so the body must work harder to transport it to the brain so we lose concentration and feel fatigued.

It is also important to note that too much water is detrimental to performance. 

The latest research from the American College of Sports Medicine and USA Track & Field says that thirst is an appropriate guide as to when fluid replacement should be commenced. 

This means drink when you feel your body needs it and stop when you feel satisfied. 

From this point on in your session consume water regularly.

Bottled water has nudged past milk to become the second most-consumed commercial drink in the country. 

Due to this there are purified, fortified, enhanced, flavoured waters and more and so it’s worth considering which type is best. 

I would say simple bottled is best wherever possible and this is due to the endless amounts of research detailing contaminants in tap water and realistically it varies region to region so much that I couldn’t hazard a guess at the quality we drink daily.

Hydration after Exercise 
  • Weigh yourself before and after training.
  • Drink 500-600ml water for every 1 lb lost. You can include your water used for mixing the recovery drinks and protein.

Sports Massage


Bila tubuh berasa lemah dan sengal-sengal, selalunya kita suruh anak kita pijak-pijak.

Kata orang tua-tua, badan penuh angin.

Kalau pada masa tu, si isteri menawarkan diri untuk massage, aku pasti tak menolak.

Bagaimana dengan awak?

Sports massage?

Merupakan teknik massage.

Adakah sports massage ini khas untuk mereka yang bersukan sahaja?

Sebenarnya, sports massage adalah untuk semua.

Dalam dunia massage, ada pelbagai teknik.

Antara teknik-teknik massage ialah, swedish massage, deep massage, sports massage, dan massage to relieve trigger points.

Yang mana paling sedap?

Semuanya melegakan tubuh, tidak kira untuk orang bersukan ataupun tidak!

Massage bukan sahaja menangkan otot-otot yang tegang akibat stress mahupun kerja berat, malah ia menangkan fikiran, emosi dan mental.

Banyak kajian yang membuktikan massage akan merangsang rembesan hormon endorphin, iaitu hormon yang buat kita rasa gembira. 

Satu lagi kajian iaitu kesan massage yang dilakukan selepas melakukan latihan fizikal ialah, tubuh akan merembes bahan PGC-1alpha dan ini mempercepatkan lagi proses pemulihan otot. 

Apakah kelebihan massage?
  • Merawat penyakit
  • Mengurangkan rembesan hormon stress (kortisol)
  • Mengurangkan tahap keradangan kecederaan.
  • Mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi.
  • Merawat penyakit kronik pada otot dan sendi.
  • Membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
  • Melawan infeksi kuman, virus, dan bakteria.
  • Mengurangkan risiko migraine.
  • Merendahkan tekanan darah.
  • Membantu melegakan tubuh wanita yang sedang mengandung.

Konkusi @ Concussion


Konkusi/concussion boleh mengganggu persiapan fizikal, mental dan pencapaian sukan seseorang atlet.

Ramai beranggapan bahawa sukan bercorak fizikal seperti ragbi, tinju dan bola sepak mampu menyumbang kepada konkusi apatah lagi apabila pemain kerap berdepan dengan insiden rempuhan.

Impak disebabkan konkusi mungkin tidak menyebabkan kecederaan luaran seperti luka atau bengkak tetapi jika tidak ditangani dengan baik, ia mungkin menjejaskan karier seseorang atlet.

Konkusi adalah kecederaan otak yang menyebabkan gangguan terhadap fungsi otak.

Konkusi boleh berlaku apabila mekanisma kecederaan memberi impak secara terus ke bahagian kepala atau tidak terus melalui gegaran dari bahagian tubuh lain.

Kecederaan ini menyebabkan simptom dan tanda fizikal tertentu, lazimnya tidak melibatkan seseorang atlet itu pengsan dan mempunyai spektrum kecederaan yang lebih luas.

Konkusi boleh dikesan apabila terdapat simptom dan tanda fizikal selepas impak kecederaan seperti gangguan ingatan, masalah imbangan badan atau perubahan tingkah laku.

Ujian imbasan otak selepas konkusi selalunya adalah normal.

Masalah utama yang perlu diberi perhatian berkaitan kecederaan konkusi adalah:
  1. Risiko kecederaan otak adalah serius dan boleh menyebabkan kematian serta berpotensi meningkatkan enam kali ganda risiko kecederaan yang lain    sekiranya masih meneruskan aktiviti selepas mengalami konkusi.
  2. Kadar kesederaan yang rendah di kalangan masyarakat untuk mengenalpasti tanda-tanda konkusi apabila ia berlaku.
  3. Kadar pengetahuan dan kemahiran yang rendah termasuk dalam kalangan pengamal perubatan untuk menguruskan kecederaan konkusi.
  4. Kesan jangka panjang yang menyebabkan potensi masalah neurologi serius disebabkan konkusi berulang masih tidak diketahui secara mendalam.
Selain mengancam keselamatan dan kesihatan atlet, konkusi boleh mengganggu persiapan fizikal, mental dan pencapaian sukan.

Sukan menyumbang satu daripada lima kes kecederaan berkaitan konkusi yang membabitkan kemasukan ke hospital.

Hampir setiap sukan boleh menyumbang kepada kecederaan disebabkan elemen sentuhan/contact yang berlaku dalam mekanisma kecederaan sukan.

Risiko kecederaan konkusi adalah lebih luas, bukan sahaja boleh berlaku semasa pertandingan malah boleh berlaku semasa sesi latihan, tetapi kemalangan di dalam rumah juga menyumbang kepada kecederaan ini.

Isnin, 30 Oktober 2017

Rawatan Panas dan Rawatan Sejuk

 

Rawatan menggunakan elemen panas dan sejuk sudah sekian lama diamalkan pengamal perubatan bagi mengatasi masalah kecederaan malah ia juga boleh dipraktikkan di rumah juga.

Cukup dengan sehelai tuala lembap yang panas atau sebungkus ais, ia dikatakan mampu menyelesaikan masalah kecederaan seperti kesakitan dan bengkak.

Namun dari perspektif perubatan dan sains sukan, penggunaan elemen panas dan sejuk dilihat lebih spesifik dan khusus kepada jenis dan tahap kecederaan.

Minum air ikut perancangan untuk elak dehidrasi


Dehidrasi ditafsirkan sebagai kehilangan air atau cecair tubuh disebabkan aktiviti fizikal, namun tidak boleh dipandang ringan kerana ketiadaan 2% daripada berat badan sudah memadai untuk menjejaskan fungsi fisiologi seseorang atlet.

Isnin, 21 Ogos 2017

Explosive Training Technique


Become a more explosive athlete with eccentric contraction strength training. This type of training will improve your strength in a way that will maximize your power output and reduce risk of injuries. 

Strong eccentric contractions are critical for you to produce maximal power since all force production (concentric) must be preceded by force reduction (eccentric). An example would be loading up in your squat to do an explosive squat jump (a plyometric exercise).

Plyometric exercises always follow the same order: a landing phase, an amortization phase and the take off.

The landing phase starts when the muscles start an eccentric contraction. The rapid eccentric contraction stretches the elastic component of the muscle and activates the stretch reflex. A high level of eccentric strength is needed during the landing phase. Inadequate strength will result in a slow rate of stretch and less activation of the stretch reflex.

The amortization phase, the time on the ground, is the most important part of a plyometric exercise. It represents the time between the landing and the take off and is critical for power development. If the amortization phase is too long, the stretch reflex is lost and there is no plyometric effect.

The take off is the concentric contraction that follows the landing. During this phase the stored elastic energy is used to increase jump height and explosive power.

Strength train your muscles with all contraction types (eccentric, isometric, concentric). All muscles function eccentrically (reduces force or deceleration), isometrically (stabilizes force) and concentrically (produces force).

Eccentric contractions are able to produce the most tension development followed by isometric contractions and lastly, concentric contractions.

If eccentric contractions are able to produce the greatest tension development, then more time should be devoted during training for eccentric contractions to reduce the risk of injuries such as knee ACL tears and improve power.

You would train for eccentric contractions this way:

Eccentric muscle contraction weight training is the lowering phase (force reduction) of a lift.

For example, you would lift the weight (concentric or force production) for a hamstring curl for one count and lower the weight for 3-4 counts. For bench press, lift the weight for 1 count and lower the weight for 3-4 counts.
 

Selasa, 15 Ogos 2017

Top 5 Plyometric Exercises For Athletes

My Top 5 Plyometric Exercises will improve your athleticism, speed and power.

Plyometrics are important exercises for athletes. If your body has the needed strength and stability, plyometrics will improve your sports power by leaps and bounds.

It doesn't help you to continually get stronger if power development is not there also.Power, or speed strength (how fast your muscles can produce force) is one of the best physical predictors of success in sports. Plyometric exercises help you to increase power.

Here are my Top 5 Plyometric Exercises for your lower body. 

1. In-Place Squat Jumps - The squat jump will improve your speed acceleration and power. Bodyweight squat jumps should be mastered first. The fastest runners usually have the highest vertical jump heights.

2. Depth Jumps - The depth jump is an exercise that will improve your speed, power and athleticism because it works the quadriceps, hamstrings, glutes and calf muscles. You will improve your athleticism and speed in any sport that involves running or jumping by using the depth jump.



3. Bounding and Lateral Bounding - Lateral bounding is a progression from lateral lunges that requires you to practice lateral movement at game-time speed. 

Do not progress to full-speed lateral bounding until the proper mechanics are achieved with lateral lunges. One common mechanical breakdown is when the knees protrude far in front of the feet when decelerating, landing or squatting. This puts undue stress on the knees and often causes knee injuries.

4. Lateral and Transverse Cone Jumps - Lateral cone jumps improve your side-to-side power and explosion. Transverse cone jumps improve your rotational power. The frontal (lateral) and transverse (rotational) planes of motion are often under-trained by athletes. This is a mistake because many of your athletic movements are side-to-side and rotational.


5. Standing Long Jumps - Improving your standing long jump will also improve your speed and power. A more explosive, powerful athlete will be a faster athlete. Improve both your standing vertical jump and standing long jump and you will be faster and more explosive. 


Avoid knee injuries by perfecting jumping and landing techniques before progressing to full speed plyometric workouts. 

Sit And Reach Flexibility Test


Many injuries can be avoided by athletes if they have adequate flexibility. The sit and reach test measures the flexibility of the lower back and hamstrings. 


You will need a box about 12 inches (30 cm) high and a ruler:
  • Sit on the floor with your back and head against a wall. Your legs should be straight ahead and flat against the floor. 
  • Place the box flat against your feet (no shoes). Keep your back and head against the wall and stretch your arms out towards the box. 
  • Have someone place the ruler on the box and move the zero end towards your fingertips. The beginning measuring point is where the ruler touches your fingertips. 
  • Lean forward slowly and smoothly (do not bounce) as far as possible keeping the fingertips level with each other and the legs flat. 
  • Slowly reach along the length of the ruler 3 times. On the third attempt, reach as far as possible and hold for 2 seconds. Have someone record the score. Do the test 2 more times to see if you can improve your score. 
The following as good and sub-standard scores:

Men, Ages 20-29

99 Percentile - 23 in (58 cm)
80 Percentile - 20.5 in (52 cm)
50 Percentile - 17.5 in (44 cm)
10 Percentile - 12.25 in (31 cm)

Men, Ages 30-39

99 Percentile - 22 in (56 cm)
80 Percentile - 19.5 in (50 cm)
50 Percentile - 16.5 in (42 cm)
10 Percentile - 11 in (28 cm)

Women, Ages 20-29

99 Percentile - 24 in (61 cm)
80 Percentile - 22.5 in (57 cm)
50 Percentile - 20 in (51 cm)
10 Percentile - 15.5 in (39 cm)

Women, Ages 30-39

99 Percentile - 24 in (61 cm)
80 Percentile - 21.5 in (55 cm)
50 Percentile - 19 in (48 cm)
10 Percentile - 14.5 in (37 cm)

If you fall below the 80 percentile rank, you need to improve your hamstring and lower back flexibility to enhance your athletic ability. 

Some good hamstring flexibility exercises are walking lunges, resistance band eccentric stretch, bodyweight deadlift and hamstring static stretch (static stretch should be done after workout or game). Good low back flexibility exercises are double knee-to-chest stretch, pelvic tilt, lower trunk rotation, trunk flexion and prone lumbar extension.



Sabtu, 12 Ogos 2017

Kecederaan Sukan


Kecederaan sukan biasanya berlaku semasa bersukan. Faktor lain termasuk latihan yang tidak sempurna, alatan yang tidak sesuai dan juga latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi. Contoh kecederaan sukan: Ketegangan dan kecederaan otot; Kecederaan lutut; Otot bengkak; Kecederaan pada tendon achilles; Fraktur/ kepatahan; Sendi beralih.

Dua Jenis Kecederaan Sukan
  1. Kecederaan Acute - Kecederaan acute berlaku semasa sukan. Contohnya kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi. 
  2. Tanda-tanda kecederaan acute:
  3. Kesakitan pada kawasan yang terlibat.
  4. Bengkak.
  5. Hilang fungsi anggota (tidak boleh menampung berat menggunakan kaki).
  6. Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal.
  7. Lemah pada anggota terlibat.
  8. Fraktur/ kepatahan.

Kecederaan kronik - Kecederaan kronik berlaku selepas sukan atau berlatih untuk satu tempoh yang lama. 
  1. Tanda-tanda kecederaan kronik:
  2. Kesakitan semasa bermain.
  3. Kesakitan semasa latihan memanaskan badan.
  4. Kesakitan yang berterusan semasa rehat.
  5. Bengkak.

Apa Yang Patut Dilakukan
Bawa bertenang, jika mengalami kecederaan semasa bersukan, dinasihatkan supaya berhenti daripada melakukan aktiviti. Komplikasi lain akan berlaku jika terus bersenam ataupun bersukan. Jika gejala atau tanda yang dialami bertambah teruk, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan doktor.

Tanda-tanda kecederaan bertambah teruk
  1. Kecederaan yang menyebabkan kesakitan, bengkak atau kebas yang amat sangat.
  2. Tidak boleh menampung berat badan.
  3. Kecederaan lama yang berulang.
  4. Sendi yang tidak stabil.

Rawatan awal
  1. Menggunakan rawatan R.I.C.E; rehat, applikasi ais (ice), balutan (compression) dan penggantungan atau meninggikan anggota (elevation) boleh mengurangkan kesakitan, bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  2. Rehat: Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota yang terlibat.
  3. Aplikasi Ais: Kenakan ais pada anggota yang cedera, dilakukan selama 20 minit, 4-8 kali sehari.
  4. Balutan: Penggunaan alat balutan boleh mengurangkan bengkak.
  5. Penggantungan: Pastikan anggota yang terlibat berada pada posisi yang lebih tinggi dari jantung. Ia dapat mengurangkan bengkak (seperti meletakkan kaki pada atas bantal semasa baring).

Rawatan lanjutan
  1. Rehabilitasi - senaman yang berjadual membantu fungsi anggota yang terlibat kembali normal. Senaman dimulakan dengan regangan untuk beberapa hari/minggu (3 set sebanyak 20 ulangan – 3 kali sehari). Jika tubuh sudah mulai kuat, pemberat boleh digunakan untuk menguatkan anggota yang terlibat.
  2. Ubat penahan sakit - Doktor akan memberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
  3. Pembedahan - Pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki tendon atau ligamen yang cedera termasuk kepatahan. Kebanyakan kecederaan sukan tidak memerlukan rawatan pembedahan.

Mengurangkan Risiko Kecederaan 
  1. Jangan memusingkan lutut secara mengejut semasa bersukan.
  2. Pastikan lutut bengkok semasa melompat untuk mendarat.
  3. Pastikan buat pemanasan badan yang mencukupi sebelum aktiviti sukan.
  4. Jangan melakukan aktiviti yang berlebihan.
  5. Amalkan latihan menyejukkan badan selepas aktiviti sukan.
  6. Memakai kasut sukan yang sesuai untuk bersukan.
  7. Berlari di atas permukaan lembut dan rata.



Selasa, 2 Mei 2017

Makan lewat malam menyebabkan obesiti ke?




Menjamu selera bersama rakan di waktu larut malam di warung-warung tepi longkang atau di kedai Mamak 25 jam, sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Setuju atau tak?

Apa yang enak dan lazat kat tempat-tempat tu? 

Hanya pengemar bau longkang atau air tangan Mamak je yang tahu!  

Sikit masa dulu ada ahli politik mendakwa, ramai anak-anak muda di universiti ‘pecah perut’  sebab kebulur tak makan!

Mungkin kenyataan sebegini kurang tepat kot!

Ahad, 30 April 2017

Hypersomnia




Hypersomnia adalah penyakit di mana seseorang terlebih tidur. 

Saya pernah berdepan seorang yang boleh tidur 16 jam sehari. 

Dia ada masalah untuk kekal berjaga. 

Mereka yang ada masalah ini, boleh tidur di mana sahaja pada bila-bila masa. 

Mereka yang kritikal boleh tertidur ketika sedang borak, atau sedang memandu. 

Mereka ini kebiasaannya ada masalah kurang tenaga dan tidak mampu berfikir dengan baik.

Menurut Persatuan Tidur Kebangsaan atau National Sleep Foundation, hampir 40% manusia ada simptom hypersomnia dari masa ke semasa. 

Terdapat beberapa penyebab yang mungkin menyebabkan hypersomnia, termasuk:
  1. Sleep disorders narcolepsy (penyakit tidur siang) 
  2. Sleep apnea (gangguan pernafasan ketika tidur) 
  3. Berat badan berlebihan 
  4. Penggunaan dadah atau alkohol 
  5. Cedera di kepala atau penyakit neurologikal seperti multiple sclerosis atau parkinson 
  6. Pengambilan ubat seperti tranquilizer atau antihistamine
  7. Masalah genetik 
  8. Kemurungan
Apa yang boleh dibuat? 

Jumpa doktor dan ceritakan masalah anda. 

Anda mungkin akan diuji dengan ujian darah, computed tomography (CT) scan, dan ujian tidur yang dipanggil polysomnography. 

Dalam sesetengah kes, ujian electroencephalogram (EEG) akan dibuat untuk menguji aktiviti di otak. 

Rawatan?

Sekiranya ada didiagnosis dengan masalah hypersomnia, doktor akan preskrip ubat termasuk perangsang, anti keradangan dan sebagainya. 

Jika ada didiagnosis dengan masalah sleep apnea, anda mungkin diberi rawatan yang dikenali sebagai continuous positive airway pressure atau CPAP. 

Anda akan pakai satu topeng di atas hidung ketika tidur.

Sebelum pakai apa-apa topeng, beritahu pada pasangan anda, takut dia kena sakit jantung tengok orang bertopeng memalam buta. 

Topeng ini akan memastikan aliran udara tidak tersekat.

Rujukan :
https://www.sleepassociation.org/patients-general-public/hypersomnia/
https://en.wikipedia.org/wiki/Hypersomnia

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...