Perkhemahan bersepadu Kolej Matrikulasi Malaysia di KMPh 2017 |
Tajuk ini bertujuan memberi pengetahuan tentang konsep,
matlamat, tujuan dan objektif pendidikan luar. Pelajar juga dibekalkan dengan
kemahiran menyediakan kertas kerja yang merangkumi aspek merancang, melaksana
dan melapor di samping menyertai program pendidikan luar berorientasikan
aktiviti darat dan air dengan menggunakan alam sekitar sebagai media
pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini
anda seharusnya dapat:
- menjelas dan menghuraikan falsafah dan konsep Pendidikan Luar.
- menyatakan jenis-jenis program Pendidikan Luar yang boleh dijalankan kepada pelajar sekolah.
- memahami kaedah pengelolaan dan pengurusan Pendidikan Luar.
- memahami dan menjelaskan perkara-perkara yang harus dilakukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu program pendidikan luar.
- mengalami disamping menguasai kemahiran-kemahiran dalam aktiviti Pendidikan Luar.
- merancang dan menjalani semua aktiviti berlandaskan ciri-ciri keselamatan
Falsafah, Konsep Dan Definisi Pendidikan Luar
Pengenalan
Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang
dapat memperkayakan dan memperkukuhkan
pengalaman pendidikan formal dengan melihat alam semulajadi sebagai ‘makmal
hidup’.
Pemanfaatan persekitaran dan alam semulajadi sebagai tempat
pembelajaran secara terus akan menajamkan kepekaan individu apabila pengetahuan
yang diperolehi melibatkan deria. Dalam hal ini Pendidikan Luar mengutamakan
aspek penaakulan oleh individu dan perlakuan motor yang melibatkan semua deria
umpamanya dalam mengenal alam flora dan fauna.
Pendekatan pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan,
eksperimen dan kajian lapangan. Penekanan pembelajaran dalam pendidikan luar
menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu yang dilakukan
sendiri.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat:
- menjelas dan menghuraikan falsafah dan konsep Pendidikan Luar.
- menyatakan jenis-jenis program Pendidikan Luar yang boleh dijalankan kepada pelajar sekolah.
Falsafah dan konsep Pendidikan Luar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Oleh yang demikian Program Pendidikan Luar dapat
dijadikan media untuk memurnikan hasrat berkenaan.
Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang
dapat memperkayakan dan memperkukuhkan
pengalaman pendidikan formal dengan melihat alam semulajadi sebagai ‘makmal
hidup’. Pemanfaatan persekitaran dan alam semulajadi sebagai tempat
pembelajaran secara terus akan menajamkan kepekaan individu apabila pengetahuan
yang diperolehi melibatkan deria. Dalam hal ini Pendidikan Luar mengutamakan
aspek penaakulan oleh individu dan perlakuan motor yang melibatkan semua deria
umpamanya dalam mengenal alam flora dan fauna.
Pendekatan pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah
penemuan, eksperimen dan kajian lapangan. Penekanan pembelajaran dalam
pendidikan luar menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu
yang dilakukan sendiri. Konsep pendekatan yang sedemikian diamalkan kerana
pegangan falsafah pendidikan luar yang mempercayai bahawa adalah sukar mengajar
seseorang itu belajar tetapi lebih mudah menolong seseorang itu belajar.
Disamping itu ianya
juga adalah satu proses pembelajaran secara langsung (learning by doing so ).
Ilmu, pengetahuan dan pengalaman diperolehi dengan konsep ‘hands on’ / ‘first
hand experience’. Pendedahan kepada kedua-dua konsep ini secara tidak langsung
akan melahirkan seorang individu yang sempurna dimana segala aspek yang diberi
penekanan iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani dapat dimantapkan.
Dengan melibatkan diri kepada corak pendidikan seperti ini
potensi individu akan dapat dikembangkan secara menyeluruh. Individu dapat
meningkatkan tahap kreativitinya dengan menggabungjalin dan menggembelingkan
segala ilmu pengetahuan dan fakta-fakta yang diperolehinya bagi mencetuskana
satu corak pemikiran kreatif.
Definisi Pendidikan Luar
Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan
elektif dan bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengolahan dan pengisian
aktiviti secara teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan
dan pengalaman baru.
Knap (1981) menyatakan “Pendidikan Luar sebagai alat untuk
mencapai matlamat dan objektif organisasi” Apa yang dimaksudkan dari pernyataan
tersebut adalah pendidikan luar boleh dijadikan satu kaedah untuk
mengorientasikan individu atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman dan
pengukuhan pembelajaran.
Hammerman ( 1985 ), pula menyatakan “ Pendidikan Luar
sebagai landasan untuk mengenalpasti pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam
situasi harian” Pendidikan luar adalah sebagai salah satu sub disiplin ilmu
dalam pendidikan. Kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup seperti berenang, memanjat,
mendaki, menyelesaikan masalah dan tekanan banyak dipelajari dalam pendidikan
luar.
Ford ( 1981 ), menegaskan “Pendidikan Luar sebagai program
yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan
pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada” Ini merangkumi perkembangan
penegetahuan, kematangan san sikap. Khususnya dalam penggunaan waktu senggang.
Apakah Jenis-jenis Pendidikan Luar ?
Bolehkah anda nyatakan jenis-jenis pendidikan luar yang anda
ketahui?
Jenis-jenis pendidikan luar boleh dikategorikan kepada
aktiviti yang berorientasikan:
- Aktiviti air : jenis-jenis aktiviti yang dilaksanakan di atas air yang merupakan sungai, tasik dan laut seperti aktiviti keselamatan di air, snorkeling, berkayak, berakit dll.
- Aktiviti darat : jenis-jenis aktiviti yang dilaksanakan di hutan dan di gunung seperti perkhemahan, abseiling, treking, mendaki, ‘orienteering’ dll.
Rumusan
Alam semulajadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya
dengan sumber pendidikan. Pendekatan pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah
penemuan, eksperimen dan kajian lapangan.
Alam luar digunakan bagi meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Pendidikan Luar sebagai landasan untuk mengenalpasti
pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian.
Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi penggunaan
persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran
dalam kurikulum yang sedia ada.
Bacaan Asas/Rujukan
Mohd Sufian Omar Fauzee, Shahrizad Yusof & Samsudin Mohd Sharif, (2002).
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4. Dewan bahasa dan Pustaka.
Wee Eng Hoe, (1998). Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan