Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 14 Disember 2017

Simpulan dan Ikatan


Pernahkah anda terfikir! Siapakah orang yang pertama mencipta atau menghasilkan tali?  Tidak siapa yang dapat memberi jawapan yang tepat.

Kewujudan tali telah dikesan di Mesir kira-kira 5000 tahun yang lalu.  Tali yang ditemui diperbuat daripada rami yang halus, dahan, rumput, bulu unta dan akar-akar pokok.

Pada tahun 1840 di Great Britain tali telah dihasilkan daripada dawai.  Kini tali telah dihasilkan daripada bahan campuran (sintatik) atau nilon.

Kegunaan tali dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan.   Tali digunkana untuk mengikat, menambat, memancing dan dalam apa jua kegiatan tertentu baik di dalam atau di luar rumah.  Untuk tujuan tersebujt tali telah dibentuk menjadi simpulan dan ikatan.

Menurut kajian yang telah dijalankan terdapat kira-kira 3000 jenis simpulan dan ikatan yang dihasilkan menggunakan tali.

Bagi pengakap pula,  mereka dianggap sebagai seorang ahli yang cekap apabila dapat menguasai segala kemahiran yang dipelajari.  Termasuklah mengetahui jenis-jenis tali, kekuatan tali dan menyimpan tali.   Setiap ahli pengakap juga perlu tahu membuat simpulan dan ikatan serta mengetahui kegunaan

Menurut BP simpulan dan ikatan amat perlu untuk setiap ahli pengakap dan semestinyalah mereka dapat membuatnya.  Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya terdapat cara yang betul untuk membuatnya.  Simpulan dan ikatan yang betul, apabila ditegangkan tidak akan terlucut dan apabila hendak dibuka mudah dirombak.

Oleh itu ahli pengakap patut tahu cara yang betul kerana adakalanya nyawa seseorang itu bergantung kepada simpulan dan ikatan yang dihasilkan.  Contoh dalam kerja-kerja menyelamat.

JENIS-JENIS TALI

Biasanya terdapat 2 jenis serat digunakan untuk menghasilkan tali.
  • Serat Asli
Serat asli biasanya terdiri daripada,
Sabut - serat pokok kelapa
Sisal - serat tumbuhan yang banyak terdapatdi Afrika timur, Amerika Latin, Indonesia dan Haiti.
Abaka - serat ini seakan-akan pokok pisang. Banyak terdapat di Philipina, Kalimanatan, Sumatera dan Amerika Latin.
kapas - serat yang sepenuhnya dikasilkan dari kapas.
  • Serat Tiruan 
Serat jenis ini dihasilkan daripada campuran bahan asli dan kimia seperti minyak, arang batu, line dan beberapa bahan lain.   Kini di pasaran banyak terdapat tali daripada serat tiruan.  Biasanya serta ini diwarnakan dulu sebelum dijual.

Beberapa serat yang terdapat di pasaran di antaranya;

Nama Kimia
Nama Dagangan
PA (Poliamida)
Nilon, Nilon DuPont, Nilon Toray
PE (Polietilena)
Imperial Poliolifena

Nama Kimia
Nama Dagangan
PES (Poliester)
Dakron, Terilena, Teroron, Kanebo, Poliester
PVA (Polivinil alcohol)
Cremona, Vinilon, Kuralon
PVC (Polivinil klorida)
Teviron, Niplon
PVD (Polivinilidena klorida)
Saran, Furlon

Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira perihal tali ialah;
  • Pembentukan tali
  • Kekuatan tali
  • Cara-cara menjaga tali, dan
  • Mempelajari cara-cara membuat simpulan dan ikatan
Di antara beberapa jenis simpulan dan ikatan yang dimuatkan dalam Skim Lencana Pengakap baik Kanak-Kanak, Muda dan Remaja adalah seperti berikut;

BUKU SILA (reef knot)


Kegunaan adalah:
  • menyambung 2 utas tali yang sama besar
  • mengikat bungkusan
  • mematikan ikatan pada anduh
  • mengikat layar kapal dan khemah
Simpulan ini mudah dibuka dengan menarik salah satau hujung talinya.

BUNGA GETI / KETI (sheet-bend)


Kegunaan untuk menyembung 2 utas tali yang tidak sama besar atau berlainan jenis.

SIMPUL SENTAK (slip knot)


Kegunaan untuk diikat pada dahan atau tiang.  Untuk mengetatkan tali atau menguji kekuatannya tali berkenaan perlu disentak (ditarik dengan kuat).

TINDIK KASIH (bowline)



Kegunaan untuk;
  • membuat tanjul yang tidak boleh mencerut
  • tambat haiwan
  • tujuan menyelamat dengan mencerut tali pada pinggang mangsa atau pemyelamat

SIMPUL MANUK (clove hitch)

               

Kegunaan ;
  • mengikat pada kayu balak
  • mengikat pada tiang atau pancang
  • berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan ikatan lantai
LILIT DUA SIMPUL / SIMPUL BELIT  (round turn two half hitches)


Kegunaan:
  • untuk mengikat tali ke tiang atau pokok (tali kapal) ikat tali hujung khemah
LILIT PEMATI BIASA (common-whipping)

Kegunaan: 
  • elak tali dari terurai

SIMPUL HIMPIT (fisherman’s knot)

Kegunaan:
  • untuk menyambung 2 utas tali yang halus, licin dan sama besar seperti tali pancing digunakan juga oleh nelayan mengikat pukat dan jala

SIMPUL PULIH (sheep shank)

Kegunaan:
  • memendekkan tali tanpa memotong menguatkan tali pada bahagian yang reput atau hampir putus menegangkan tali yang kendur setelah diikat

BUNGA GETI / KETI GANDA (double sheet-bend)


Kegunaan:
  • sambung 2 utas tali yang tidak sama besar simpulan 2 lilit adalah menjamin kekuatannya dan selamat digunakan
LILT BALAK (timber hitch)

Kegunaan:
  • mengikat kayu balak, tiang kapal dan bongkah besar untuk ditarik permulaan kepada ikatan serong

LILIT `TAUT LINE ` (taut line hitch)

Kegunaan:
  • dikenali juga sebagai simpul tali khemah kerana digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang boleh dikendurkan atau dipanjang mengikut kesesuaian

IKATAN SERAYA (square lashing)

Kegunaan:
  • mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat menara, jambatangajet dan lain-lain mula dengan simpul manuk dan diikat kemas, dimatikan dengan simpul manuk juga.

IKATAN SERONG (diagonal lashing)



Kegunaan:
  • mengikat 2 tiang atau palang yang bersilang bagi membuat menara, gajet, jambatan dan sebagainya.

TINDIH KASIH GANDA (double bowline)


Kegunaan:
  • sama seperti simpulan tindih kasih.   Walau bagaimanapun simpulan ini lebih tegap kerana 2 lembar tali.

SIMPUL KERUSI (fireman’s chair knot)



Kegunaan:
  • tujuan menyelamat seseorang, untuk menurunkan orang dari tempat tinggi dengan mengikat tali pada bahagian ketiak / lutut.

BELIT LUCUT (highwayman’s hitch)

Kegunaan:
  • tujuan untuk menambat kapal atau binatang.  Mudah diurai dengan menarik satu bahagian tali akan terbuka.

LILIT PASDUL (marline-spike hitch)



Kegunaan:
  • dikenali juga dengan nama simpul sangga tangga kerana sering digunakan membuat tangga.   Kedua-dua belah anak tangga diikat dengan simpulan ini.

LILIT PEMATI SELIT (sail-maker whipping)

Kegunaan:
  • untuk mematikan hujung tali supaya kemas dan tidak berjerumai (terurus).   Setiap lilitan yang dibuat disertakan dengan sentakkan yang kuat dan ketat agar lilitan  kemas supaya jangan terbuka.

IKATAN SILANG GUNTING (sheer lashing)


Kegunaan:
  • mengikat kayu atau buluh yang selari untuk membuat jambatan, menara ataupun gajet. Mula dengan simpulan manuk dan ikat kayu dengan kemas dan matikan ikatan pada bahagian tengah agar bersilang seperti gunting.

SIMPUL KEPALA LALAT (crown knot)


Kegunaan:
  • supaya bahagian hujung tali tidak terurai.

SAMBAT BALIK (back splice)



Kegunaan:
  • fungsi sama seperti simpul kepada lalat untuk mematikan bahagian hujung tali supaya kemas tidak terurai.

SIMPUL ABAH-ABAH (man harness knot)


Kegunaan:
  • sesuai untuk membuat mata tangga dengan membentuk tanjul ditengah-tengah tali. Untuk menarik bagi tujuan menyelamat

SIMPUL NGAH (middleman knot)


Kegunaan:
  • simpul ini sesuai digunakan ketika hendak mendaki atau memanjat bukit.  Tanjul yang dibuat boleh diubah-ubah.

TINDIH KASIH AIR (water bowline)



Kegunaan:
  • simpulan sama dengan tindih kasih, Cuma ditambah dengan satu belit lagi bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat di air.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...