Kecederaan sukan biasanya berlaku semasa bersukan. Faktor
lain termasuk latihan yang tidak sempurna, alatan yang tidak sesuai dan juga
latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi. Contoh kecederaan
sukan: Ketegangan dan kecederaan otot; Kecederaan lutut; Otot
bengkak; Kecederaan pada tendon achilles; Fraktur/
kepatahan; Sendi beralih.
Dua Jenis Kecederaan Sukan
- Kecederaan Acute - Kecederaan acute berlaku semasa sukan. Contohnya kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi.
- Tanda-tanda kecederaan acute:
- Kesakitan pada kawasan yang terlibat.
- Bengkak.
- Hilang fungsi anggota (tidak boleh menampung berat menggunakan kaki).
- Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal.
- Lemah pada anggota terlibat.
- Fraktur/ kepatahan.
Kecederaan kronik - Kecederaan kronik berlaku selepas sukan
atau berlatih untuk satu tempoh yang lama.
- Tanda-tanda kecederaan kronik:
- Kesakitan semasa bermain.
- Kesakitan semasa latihan memanaskan badan.
- Kesakitan yang berterusan semasa rehat.
- Bengkak.
Apa Yang Patut Dilakukan
Bawa bertenang, jika mengalami kecederaan semasa bersukan,
dinasihatkan supaya berhenti daripada melakukan aktiviti. Komplikasi lain akan
berlaku jika terus bersenam ataupun bersukan. Jika gejala atau tanda yang
dialami bertambah teruk, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan doktor.
Tanda-tanda kecederaan bertambah teruk
- Kecederaan yang menyebabkan kesakitan, bengkak atau kebas yang amat sangat.
- Tidak boleh menampung berat badan.
- Kecederaan lama yang berulang.
- Sendi yang tidak stabil.
Rawatan awal
- Menggunakan rawatan R.I.C.E; rehat, applikasi ais (ice), balutan (compression) dan penggantungan atau meninggikan anggota (elevation) boleh mengurangkan kesakitan, bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan.
- Rehat: Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota yang terlibat.
- Aplikasi Ais: Kenakan ais pada anggota yang cedera, dilakukan selama 20 minit, 4-8 kali sehari.
- Balutan: Penggunaan alat balutan boleh mengurangkan bengkak.
- Penggantungan: Pastikan anggota yang terlibat berada pada posisi yang lebih tinggi dari jantung. Ia dapat mengurangkan bengkak (seperti meletakkan kaki pada atas bantal semasa baring).
Rawatan lanjutan
- Rehabilitasi - senaman yang berjadual membantu fungsi anggota yang terlibat kembali normal. Senaman dimulakan dengan regangan untuk beberapa hari/minggu (3 set sebanyak 20 ulangan – 3 kali sehari). Jika tubuh sudah mulai kuat, pemberat boleh digunakan untuk menguatkan anggota yang terlibat.
- Ubat penahan sakit - Doktor akan memberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
- Pembedahan - Pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki tendon atau ligamen yang cedera termasuk kepatahan. Kebanyakan kecederaan sukan tidak memerlukan rawatan pembedahan.
Mengurangkan Risiko Kecederaan
- Jangan memusingkan lutut secara mengejut semasa bersukan.
- Pastikan lutut bengkok semasa melompat untuk mendarat.
- Pastikan buat pemanasan badan yang mencukupi sebelum aktiviti sukan.
- Jangan melakukan aktiviti yang berlebihan.
- Amalkan latihan menyejukkan badan selepas aktiviti sukan.
- Memakai kasut sukan yang sesuai untuk bersukan.
- Berlari di atas permukaan lembut dan rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan