Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 28 Disember 2017

Rawatan Pemulihan

Pertandingan Kawad Kaki dan Perkhemahan Bersepadu
Kolej Matrikulasi Malaysia di di KMPh 2017
Penglibatan aktif dalam sukan dan permainan mengundang kecederaan sekiranya latihan yang dilakukan tidak mengikuti prinsip-prinsip latihan yang ditetapkan. 

Walau bagaimanapun, jurulatih serta atlet perlu mempunyai asas rawatan kecederaan dan pemulihan agar individu yang tercedera dapat menerima rawatan bantu mula yang baik, betul dan sistematik. 

Rawatan yang sistematik akan mempercepatkan kadar pemulihan dan atlet boleh bergiat cergas dalam semula masa yang singkat.


Konsep dan Definisi
Kecederaan yang berlaku memerlukan rawatan serta pemulihan yang sistematik. Rawatan bererti langkah-langkah yang diambil bagi menilai serta memberi bantu mula kepada kecederaan. 

Manakala pemulihan membawa maksud langkah-langkah yang diambil bagi memastikan atlet boleh kembali bergiat dalam sukan pada tahap sebelum berlakunya kecederaan.

Prosedur Rawatan
Rawatan boleh dibahagikan kepada dua:
  • Rawatan bantu mula
  • Rawatan berterusan
Rawatan bantu mula bermaksud rawatan awal yang diberi bagi mengelakkan kecederaan yang berlaku menjadi semakin serius, manakala rawatan berterusan adalah rawatan yang diberikan sewaktu fasa pemulihan kecederaan. 

Jenis-jenis rawatan bantu mula akan diterangkan dalam bahagian kedua bab ini. Sebelum melakukan rawatan bantu mula, penilaian awal tahap kecederaan perlu dilakukan terlebih dahulu. 

Penilaian awal tahap kecederaan ini dilakukan untuk tujuan berikut:
  • Menentukan apakah bentuk rawatan yang perlu diberikan.
  • Menentukan jenis rawatan pemulihan yang akan diberikan.
  • Menjadi tanda aras bagi menentukan keberkesanan rawatan pemulihan.
Selain dari penilaian awal, penilaian berterusan juga perlu dilakukan. Tahap-tahap
membuat penilaian adalah seperti berikut:
  • Sewaktu berlaku kecederaan kenalpasti rawatan bantu mula dan tahap kecederaan. 
  • Sebelum rawatan permulaan tentukan jenis-jenis rawatan pemulihan yang perlu diberikan.
  • Sewaktu rawatan pemulihan pastikan keberkesanan rawatan yang diberikan.
  • Sebelum atlet dibenarkan melibatkan diri semula, tentukan jenis latihan yang sesuai bagi menentukan tahap kesediaan atlet.
Senarai Semak sebelum Melakukan Rawatan Bantu Mula :

1. Matlamat
  • Memastikan sama ada perlu bantuan kecemasan atau tidak
  • Menilai tahap kecederaan 
  • Menentukan sama ada atlet perlu dialih atau tidak
Rawatan bantu mula perlu dimulakan dengan penilaian awal. Penilaian awal akan menentukan sama ada terdapat masalah dalam perkara-perkara di atas. Selain dari itu, jurulatih perlu juga menilai sama ada:
  • Atlet sedar atau tidak
  • ABC merujuk kepada saluran udara (Airways), pernafasan (Breathing), peredaran darah (Circulation)
  • Pendarahan
Selepas melakukan kesemua penilaian di atas, barulah melakukan tinjauan sekunder:
  • Bagaimana Kecederaan Berlaku - Bertanya bagaimana kecederaan tersebut berlaku sama ada dari: (i) atlet sekiranya beliau sedar. (ii) rakan sepasukan, sekiranya atlet pengsan
  • Pemerhatian - Sewaktu melakukan tinjauan sekunder, beberapa perkara perlu di ambil perhatian: (i) Kedudukan/posisi atlet tersebut (ii) Respirasi (kadar, cetek atau dalam, ritma) (iii) Trauma -  lihat sama ada terdapat kecederaan kepala, lihat sama ada terdapat perubahan bentuk pada tulang, bengkak atau lebam, kesan-kesan kejutan (berpeluh, pucat, lemah)
  • Tindak balas atlet terhadap kecederaan 
  • Saringan Umum. (i) Lakukan penilaian bagi deria sentuh dan pergerakan sekiranya mengesyaki kecederaan pada tulang belakang atau saraf. (ii) Lakukan penilaian neuromuskular sekiranya mengesyaki patah, retak atau islokasi tulang. (iii) Lakukan penilaian untuk kecederaan di kepala. (iv) Lakukan penilaian ortopedik -  sentuhan, julat pergerakan dan kekuatan, ujian khas
  • Seliaan berterusan sekiranya atlet mengalami kejutan

JENIS-JENIS RAWATAN BANTU MULA

(1) Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation (DRABC)

Rawatan DRABC dilakukan seperti turutan berikut:
  • D = Danger – Pastikan atlet tidak berada di tempat yang merbahaya dan boleh emburukkan keadaan. Sebagai contoh, atlet marathon yang pengsan berhampiran dengan cerun atau longkang. Alihkan atlet ke tempat yang lebih selamat.
  • R = Response – Lihat sama ada terdapat tindak balas dari atlet. Contoh: panggil nama atlet dan cuba berbual dengan beliau. Pastikan apa yang dituturkan oleh atlet itu boleh difahami. Jangan sekali-kali menggoncangkan badan atlet untuk mendapatkan respons/tindak balas.
  • A = Airways – Pastikan saluran udara atlet tidak tersekat. Contoh: atlet mungkin mengunyah gula-gula getah sewaktu berlari dan ianya mungkin tersekat di kerongkong. Masukkan jari ke mulut atlet untuk mengeluarkan bahan asing tersebut.
  • B = Breathing – Pastikan atlet bernafas. Pastikan sama ada pernafasan atlet terlalu pantas, cetek dan mempunyai ritma atau tiada pernafasan langsung.
  • C = Circulation – Merujuk kepada peredaran darah. Periksa sama ada terdapat denyutan nadi.

(2) Talk, Observe, Touch, Action, Press (TOTAPs)

Rawatan TOTAPs dilakukan seperti turutan berikut:
  • T = Talk – Berbual dengan atlet untuk menentukan tahap kesedarannya.
  • O = Observe – Lihat sama ada terdapat pendarahan, perubahan bentuk tulang dan perubahan warna kulit di tempat yang cedera.
  • T = Touch – Sentuh tempat yang cedera untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan dalam suhu di tempat yang cedera.
  • A = Action – Arahkan atlet melakukan pergerakan bagi melihat sejauh manakah tahap kecederaan tersebut.
  • P = Press – Perlahan-lahan tekan tempat yang cedera 

(3) Rest, Ice, Compression, Elevation (RICE)

Rawatan RICE dilakukan bagi kecederaan-kecederaan seperti lebam dan terseliuh. Rawatan RICE dilakukan dalam turutan yang berikut:
  • R = Rest – Rehatkan atlet. 
  • I = Ice – Letakkan ais di tempat yang cedera. Pastikan ais tersebut dibalut dengan tuala. Jangan sekali-kali letakkan ais pada kecederaan yang terbuka seperti luka. 
  • C = Compression – Berikan tekanan pada kawasan yang cedera. Tekanan boleh dilakukan dengan membalut kawasan yang cedera dengan menggunakan bandej.
  • E = Elevation – Naikkan kawasan yang cedera melebihi paras dada supaya darah dapat mengalir dengan lebih mudah.

(4) Elevation, Airways, Resuscitation (EAR)
Rawatan EAR diberikan kepada atlet yang tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi. Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung (resuscitation), pastikan tidak ada benda asing dalam mulut atlet. Rawatan EAR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih.


(5) Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)
Rawatan CPR diberikan kepada atlet yang tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan
nadi. Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung (resuscitation), pastikan tidak ada benda asing dalam mulut atlet. Rawatan CPR ini adalah ombinasi antara memberikan pernafasan mulut ke mulut diselang-selikan dengan ekanan kepada kawasan jantung untuk menggerakkannya. Rawatan CPR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih.


JENIS-JENIS PEMULIHAN

(1) Rawatan Dingin
Rawatan dingin adalah yang paling mudah dan ianya merupakan rawatan awal bagikesemua kecederaan yang tidak melibatkan pendarahan terbuka. Jurulatih boleh menggunakan ketulan ais yang diletakkan dalam plastik dan dibalut dengan tuala. Bungkusan ini kemudiannya diletakkan pada tempat yang cedera.

Selain daripada bungkusan ais, cawan ais juga boleh digunakan. Untuk rawatan ini, air dibekukan dalam cawan Styrofoam. Setelah beku, cawan ais ini digunakan secara langsung ke tempat yang cedera tetapi pastikan cawan ais tersebut di oleskan di tempat yang cedera untuk mengelakkan berlakunya frostbite.

Walau bagaimanapun, terdapat bungkusan sejuk-dingin yang dijual di farmasi. Bungkusan
ini mempunyai fungsi yang sama seperti bungkusan ais. Sekiranya tempat yang cedera agak sukar untuk diletakkan ais kerana struktur tulang yang tidak teratur, rawatan dingin boleh dilakukan dengan merendam kaki atau tangan dalam baldi berisi air dan ais. Pastikan suhu air ini berada sekitar 55 hingga 65ºF.

Rawatan dingin sebaik-baiknya dilakukan segera selepas melakukan aktiviti atau selepas berlakunya kecederaan. Rawatan dingin hanya dilakukan selama 15 ke 20 minit atau setelah warna kulit berubah kemerah-merahan.


(2) Rawatan Panas
Rawatan panas biasanya dilakukan setelah berhentinya radangan awal. Penggunaan rawatan panas ini akan menyebabkan vasodilasi iaitu keadaan di mana saluran-saluran darah akan membesar. Lebih banyak darah yang mengalir ke tempat yang cedera akan membantu penyembuhan setelah peradangan awal pulih.

Rawatan panas boleh dilakukan dengan menggunakan hydrocollator. Walau bagaimanapun alat tersebut mahal dan sukar untuk diperolehi bagi kegunaan kolej. Sebagai alternatif, tuala yang direndam dalam air panas boleh digunakan. Rawatan panas dilakukan selepas 72 jam berlakunya kecederaan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius.


(3) Rawatan Bertentangan
Rawatan bertentangan merupakan suatu alternatif bagi rawatan panas dan dingin. Rawatan ini dilakukan sekiranya masih terdapat radangan (bengkak dan sakit) pada
kawasan yang cedera walaupun selepas 72 jam kecederaan berlaku.

Untuk rawatan bertentangan ini, sediakan dua baldi, satu diisi dengan air panas (90ºF) dan satu lagi diisi dengan air sejuk (ais). Rendamkan bahagian badan yang cedera dalam air panas selama 1 hingga 2 minit dan tukar ke air sejuk selama 4 hingga 5 minit. Lakukan berulang-ulang kali sehingga 30 minit dan pastikan rendaman terakhir ialah rendaman dalam air sejuk. Kemudian balut tempat yang cedera untuk mengelakkan berlakunya bengkakan.


(4) Urutan
Urutan merupakan manipulasi badan dengan menggunakan tangan. Urutan mempengaruhi sistem saraf, otot dan peredaran darah. Urutan penting kerana ia dapat embantu mengalirkan cairan yang tertumpu di kawasan yang cedera. 

Urutan boleh urutan bagi kecederaan sukan, pastikan arah urutan adalah ke arah jantung bagi mengelakkan pengumpulan cecair di hujung-hujung tangan dan kaki. Urutan boleh dilakukan sendirian atau pun oleh orang lain. Satu perkara yang perlu diingat ialah dalam

RUMUSAN
Rawatan awal dan pemulihan merupakan perkara yang penting bagi memastikan atlet dapat kembali ke arena pertandingan dengan lebih pantas. Setiap jurulatih dan atlet
seharusnya mengetahui tanda-tanda kecederaan dan melakukan tindakan awal bagi memastikan kecederaan tidak berlarutan.

GLOSARI
Rawatan – Langkah-langkah yang diambil bagi memberi bantuan kepada atlet yang cedera.

Rawatan Bantu Mula – Rawatan awal bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius berlaku.


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...