Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 2 Mei 2017

Makan lewat malam menyebabkan obesiti ke?




Menjamu selera bersama rakan di waktu larut malam di warung-warung tepi longkang atau di kedai Mamak 25 jam, sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Setuju atau tak?

Apa yang enak dan lazat kat tempat-tempat tu? 

Hanya pengemar bau longkang atau air tangan Mamak je yang tahu!  

Sikit masa dulu ada ahli politik mendakwa, ramai anak-anak muda di universiti ‘pecah perut’  sebab kebulur tak makan!

Mungkin kenyataan sebegini kurang tepat kot!


Kat kampong aku di Batu Pahat, warung tepi longkang dan kedai Mamak 25 jam sentiasa penuh dengan students U hingga dini hari.

Jugak, tempat makan agak ‘high class’ bagi students U seperti McD, KFC, Bistro atau PizzaHut pon sentiasa penoh dengan depa waktu tengah-tengah malam.

Sama ada grouping atau bercouple.

Dan lagi ……

2016, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang rakyatnya paling obes di dunia beb!

Pencapaian yang membanggakan bukan?

Apa tidak nya, pasti ada kaitan dengan kemakmuran negara!

Kini, masalah obesiti bukan hanya tertumpu pada golongan dewasa, malah kanak-kanak juga.

Ada pula berdiet kurus dengan meninggalkan sarapan dan menahan kelaparan di waktu tengahari!

Kenapa perlu menyiksa diri semata-mata nak kurus? 

Sarapan pagi merupakan makanan pertama yang masuk ke dalam tubuh kita. 

Selepas 6-8 jam berpuasa dalam tidur dan mungkin 12 jam bagi yang tidur ekstrem, sarapan adalah ejen tambah nilai tenaga pertama. 

Walaupun kita tidur, aktiviti metabolisme tubuh tetap berlaku dan tenaga daripada makanan tetap diperlukan. 

Glukos daripada karbohidrat dalam pemakanan adalah amat penting untuk fungsi otak dan juga merupakan sumber tenaga utama tubuh.

Cuba tanya diri sendiri, mengapa selama ini selalu dikatakan bahawa makan lewat malam akan menggemukkan? 

Jawapan yang biasa ialah ……

“sebab kurang aktiviti, jadi makanan disimpan sebagai lemak”….. 

Namun itu bukanlah jawapannya!

Makan malam bukanlah punca utama kegemukan. 

Oleh sebab kaitan antara makan malam dan kegemukan adalah sangat kuat dalam pemahaman kita.

Mereka yang ingin bertubuh kurus akan mula takut untuk makan selepas 8.00 malam.

Mereka sanggup berlapar walaupun tertinggal makan pada jam-jam sebelumnya.

Mengapa makan malam dipersalahkan?

Pada waktu bila kita makan bukanlah menjadi persoalan besar kerana yang memainkan peranan penting dalam pengawalan berat badan adalah kuantiti makanan yang kita ambil.

Memakan sarapan pagi dengan kuantiti banyak ada faedahnya, dan begitu juga dengan makan malam dalam kuantiti sedikit. 

Perlu kita fahami konsep asas gemuk disebabkan makan ialah kita menjadi gemuk kerana makan lebih daripada keperluan tubuh. 

Itu sahaja, bukanlah kerana anda kerap makan malam! 

Tapi, kaitannya amat rapat.

Jangan makan selepas 8.00 malam!

Kalau kita benar-benar mahu turunkan berat badan buat selama-lamanya, kita perlu cipta satu sistem di mana kita boleh konsisten dalam pemakanan dan latihan. 

Sering dilihat, mereka yang menyekat pemakanan sebelum jam-jam tertentu tidak bertahan lama.

Manakala mereka yang berjaya pastinya mampu menurunkan berat badan kerana telah mengurangkan jumlah kalori masuk ke dalam tubuh.

Tiada kaitan langsung dengan pengambilan makan selepas jam 8.00 malam.

Untuk menjadi konsisten dengan sesuatu tabiat, kita perlulah selesa juga dengan sistem tersebut. 

Untuk membina sistem yang selesa, perlulah kita kitarkan cara kita berdasarkan tubuh kita. 

Waktu bila kita makan tidaklah menjadi isu.

Tubuh kita sentiasa berfungsi 24 jam dan bukannya terhenti sewaktu anda tidur. 

Metabolisme tubuh tetap berjalan untuk memperbaiki sel-sel dan proses-proses ini tetap memerlukan tenaga daripada makanan.

Kaitan antara sarapan, makan lewat malam, dan gemuk!

Kuantiti pemakanan adalah penentu berat dan bukannya waktu makan, namun faktor masa makan turut memberikan sedikit impak psikologi. 

Apabila anda lapar di awal hari, ia akan mengganggu prestasi kerja harian. 

Berlapar pada waktu lewat malam pula, dari segi psikologinya, kita lebih terdedah kepada gerai mamak 25 jam bersama rakan-rakan sambil menonton WWE atau BPL.

Kalau kita suka tinggal sarapan pagi, tubuh lebih mudah lesu kerana kandungan glukos dalam tubuh sangat kurang. 

Pastinya, kita akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengahari atau malam.

Menahan diri dari berlapar akan hanya menaikkan nafsu makan!

Sekiranya kita makan sewaktu tidak lapar dan berhenti sebelum kenyang, kita tidak akan memakan dalam kuantiti yang lebih. 

Dengan mengambil sarapan pagi, kita akan dapat membendung sedikit nafsu makan pada waktu lain.

Makan lewat malam pula bermakna kita meluangkan masa untuk makan dan bukannya untuk tidur. 

Apabila kurang tidur, ini akan mengganggu pembakaran lemak tubuh kerana kekurangan rehat. 

Tekanan terhadap tubuh akan meningkat kalau kita kurang berehat. 

Tekanan seperti ini bukan sahaja mengganggu pembakaran lemak, malah boleh meningkatkan lagi penyimpanan lemak! 

Bermakna, makan malam bukanlah ‘penjahat’ yang kita cari. 

Ia hanya menjadi tempat untuk kita tunding jari meletakkan makan malam sebagai salah.

Faktor gemuk dan berat badan naik bukan sebab makan malam. 

Gemuk dan berat badan kita bertambah disebabkan, memakan melebihi yang diperlukan, kurang waktu berehat, tekanan mental dan fizikal, gagal mengawal nafsu makan dan kurang pemahaman tentang asas pemakanan



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...